Idea menulis entri ni terbit selepas JR baca kisah anak seorang pendakwah PU Yeop yang kehilangan anak 2 hari lepas. Lepas 2 jam perjalanan dari Kedah, bila dah sampai ke rumah di Taiping, baru Ustaz Yeop, isteri dan 5 anaknya yang lain sedar seorang lagi anaknya tertinggal di Gurun. Beritanya di sini...
Kebetulan JR juga pernah melalui pengalaman yang hampir serupa dengan Ustaz Yeop. JR juga pernah tertinggal anak di tempat makan selama kira-kira sejam tanpa menyedarinya langsung. Isteri dan 5 anak JR yang lain juga tak menyedari kehilangan saudara mereka. Sungguh pelik!!
Kisahnya begini:
Kejadian itu berlaku kira-kira 12 tahun lepas. Masa tu kami sekeluarga (JR, isteri dan 6 anak) pergi makan di sebuah kompleks gerai di Jalan Stadium, Alor Setar lepas solat maghrib.
Habis makan dah dekat pukul 9.00 malam. Lepas makan semua bergerak ke kereta MPV milik kami. Masuk kereta seperti biasa anak-anak di kerusi tengah dan kerusi belakang berlompatan atas kereta sambil melawak sesama sendiri. Gamat dan riuh! Ketika itu anak-anak berusia antara 2 hingga 11 tahun, memang usia ketika itu tengah lasak dan nakal.
Dalam perjalanan balik ke rumah, isteri singgah sekejap di City Point untuk beli barang. JR perhatikan 3 orang anak ikut bersama isteri. JR dan 3 lagi anak tunggu dalam kereta.
Lebih kurang sejam juga isteri pergi shopping bersama 3 anak kami.
Tapi bila lihat isteri balik dengan anak-anak tersirap darah JR. Cuma 2 anak yang mengikutnya...
"Mana Farhan?" tanya JR cemas bila tak nampak anak lelaki kami berusia 4 tahun itu ikut bersama ibunya.
"Farhan? Dia ada dalam kereta dengan abang kan?" isteri bertanya balas.
"Mana ada dalam kereta, tadi abang nampak Farhan ikut lm (nama isteri). Tiga budak ikut, tiga lagi dalam kereta." Memang tadi JR nampak jelas dalam kegelapan malam yang diterangi lampu jalan langkah Farhan mengikut ibunya pergi shopping.
"Farhan tak ikut la bang, 2 budak saja yang ikut" kata isteri sambil meminta pengesahan 2 anak lain yang mengikutnya shopping. Memang 2 anak lain mengesahkan cuma mereka berdua saja yang ikut ibunya. Farhan sah tak ikut!
Habis kalau macam tu Farhan pergi mana? Sapa pula budak yang JR nampak menyerupai Farhan mengikut belakang ibunya?
"Mungkin dia tertinggal kat gerai makan Stadium Darulaman kot?" kata isteri dengan suara terketar-ketar. Memang semuanya panik ketika itu!
Sambil mengucap bismillah dan berselawat, JR cuba tenangkan isteri, kemudian hidupkan enjin kereta dan terus memecut ke gerai tempat kami makan tadi.
Dalam kereta isteri tak henti-henti menangis. Macam-macam andaian yang dibuatnya: takut anak kena colek, takut dia melintas jalan dan, dan, dan, macam-macam lagi andaian yang membuat JR pun tak senang memandu....
Sesampai saja ke gerai Stadium Darulaman, JR diikuti isteri terus meluru keluar mencari Farhan ke serata tempat sekitar gerai. Malangnya kami tak nampak dia! Jantung ketika itu rasa nak gugur!! Ke mana Farhan? Kalau kena colek, kena langgar kereta macam mana?
"Awat encik..nampak kalut sangat??" tegur seorang peniaga gerai.
"Anak saya hilang, tertinggai kat sini rasanya" jelas JR.
"Budak lelaki lebih kurang 4 tahun berambut panjang, berkulit cerah tu ka yang hilang?" tanya balik peniaga.
"Ya la tu.. Encik nampak dia ka?"
"Ikut saya" kata peniaga gerai itu sambil membawa JR ke gerai paling hujung.
Bila sampai ke situ ternampak Farhan sedang duduk berdekatan sebuah meja sambil dikerumuni oleh beberapa orang lain yang kelihatan sedang memujuknya. Alhamdulillah anakku selamat!!!
Bila saja ternampak JR dan isteri, Farhan terus berlari ke arah kami sambil menangis sekuat-kuatnya...
"Tadi dia cuba ligan (kejar) kereta encik" beritau seorang peniaga di situ, "Mujoq kami nampak. Jika tak, bahaya juga, takut kena langgaq kereta lain"
"Kami bawa dia ke sini, cuba tenangkan dia, tapi dia tetap tereyak (menangis). Bagi makan pun tak nak" kata peniaga yang lain.
JR ucapkan terima kasih kepada peniaga-peniaga di situ kerana telah melayan baik anak JR sepanjang kehilangannya kira-kira sejam itu. Nasib baik tiada kejadian buruk yang berlaku. Alhamdulillah...
Bila baca kisah Yeop yang tertinggal anaknya di Gurun dan bagaimana mereka anak beranak cuma menyedari kehilangan itu lepas sampai ke rumah di Taiping yang terletak lebih kurang 200 km dari Gurun, JR tak rasa aneh. Ia adalah dugaan Allah untuk manusia yang sentiasa alpa ini.
Ada orang kata ada pengaruh makhluk halus dalam kes-kes kehilangan seperti yang berlaku kepada JR dan Ustaz Yeop. Jika tidak macam mana JR boleh nampak ada anak menyerupai Farhan keluar dari kereta mengikut ibunya yang sebenarnya bukan dia?? Atau ia cuma ilusi seorang ayah??
Ada orang kata ada pengaruh makhluk halus dalam kes-kes kehilangan seperti yang berlaku kepada JR dan Ustaz Yeop. Jika tidak macam mana JR boleh nampak ada anak menyerupai Farhan keluar dari kereta mengikut ibunya yang sebenarnya bukan dia?? Atau ia cuma ilusi seorang ayah??
Sejak kejadian itu bila semua anak-anak naik kereta bersama, JR akan kira dulu cukup 6 orang atau tidak. Bukan saja setakat kira, setiap kali naik kereta JR minta setiap anak memperkenalkan diri mereka dulu. Takut juga jika ternampak sesuatu dalam kereta menyerupai anak tapi sebenarnya cuma ilusi....
Sekarang Farhan dah besar, tak mungkin hilang kat gerai lagi..hahaha
Sekarang Farhan dah besar, tak mungkin hilang kat gerai lagi..hahaha
Panik kalau anak hilang.. huhuhu..
ReplyDeleteSetakat ni Alhamdulillah.. takde lagi kes hilang anak.. jauhkanlah hendakNYA.
memang panik kalau jadi mcm tu..
ReplyDeletefuh...nasib baik
ReplyDeletemujur tak jadi kejadian yang tak diingini....
ReplyDeletebaru baca tajuk terus teringat anak Etuza Nick Irfan juga ada keadaan seperti itu ..ooo nak baca dalam keadaan tenang Etuza di luar liputan bukan di rumah..nak baca nanti ya..
ReplyDeleteKisah yg sama juga terjadi pada pakcik saya, dia tertinggal anaknya di R&R lebuhraya...cuma nasib lebih baik, sebab anaknya ketika itu berusia 15 tahun...dah besar..dah pandai fikir..hahaha
ReplyDeleteMahu tak panik JR ... saya yg baca ni pun dah nak luruh jantung.. Memang kena hati2 dgn anak2 ni .. dorang kekadang leka aje.. saya pun memang pegang kuat mereka ni.. takut hilang.. pergi tandas pun saya teman..
ReplyDeleteHaiiihhh cemas jgk bila baca ni. Terbayang kalo jadi kat diri sendiri. Farhan yg kejar kereta JR tu, kita pun tak dpt bayang cemana dia rasa.
ReplyDeleteFuh! Mmg mencemaskan! Syukur ada yg bantu.
ReplyDeletemujur jumpa balik..syukur...besar dah farhan..memang confirm tak tercicir lagi.. :-))
ReplyDeleteSemua orang bercerita tentang kehilangan anak, tapi tau tak yang mak bapak bunda dulu pun pernah kehilangan anak masa tengok funfair...anak perempuan yang lebih kurang berumur 6 tahun...dia itu lah bunda sendiri...bunda pun rasa macam ingat2 lupa ajer peristiwa
ReplyDeleteitu...sebab masa tu bunda 6 tahun, dah agak cerdik sikit..dan sedar apa yang sedang berlaku...hilang dari kelompok keluarga, dalam kesesakan dan keriuhan suasana 'fun fair' ketika itu.
dah baca ..huuu! semangat..aduh berdebar tau baca! teringat terus nick irfan ..ada keadaan macam tu tapi bukan berjam-jam ni ..ada beberapa minit ja ..macam nak jatuh jantung ni..Rasanya yg JR lihat itu adalah takdir Allah, Allah beri JR peringatan agar tersedar ada ank belum ada dalam lingkungan...
ReplyDeletealhamdulillah...farhan selamat hensem teruna JR ni..hadui..lega rasanya dia selamat..naluri ayah JR dapatku rasakan getaran debaran tu kuat..
ReplyDeleteAdik IM juga pernah hilang sebab naik salah gerabak. Masa tu balik kampung naik keretapi, mana ada bas ekspres macam sekarang.
ReplyDeleteMujur cari-cari, jumpa juga.
Dulu, dalam keretapi bukan macam sekarang... semuanya sendat tak ubah macam keretapi kat India. cuma tak duduk atas bumbung jer...
Farhan dah sado sekarang.
ReplyDeleteHehe..nasib baik jumpa balik Bro JR.
Takut & gerun saya baca.
Panik kalau berlaku kat saya...
rasanya mungkin ada jin yg menyerupai farhan . dah waktu pun mlm kan ...
ReplyDelete