»

16 December 2014

Sesepi Taman Rimba


Pagi tadi bila keluar rumah nampak langit mendung. Baru saja melepasi gate rumah, hujan pun turun. Bagus juga hujan turun kerana dah seminggu juga bumi Alor Setar kering tanpa hujan.

Yang tak bagusnya agenda untuk berjoging pagi ini perlu dipikir balik.  Tapi dalam dok pikir punya pikir tanpa sedar kereta sudah pun sampai di Taman Rimba aka Taman Jubli Perak. Alang-alang dah sampai, elok joging diteruskan. Sori, pembetulan..bukan joging, tapi big walk!!

Memandangkan hari ini hujan, maka tak ramai orang beriadah di Taman Rimba. Biasalah kebanyakan orang sekarang ada sedikit persamaan dengan kambing - takut hujan!

Bila big walk masuk round ketiga, hujan semakin kasar. Akhirnya cuma JR seorang saja yang berada di atas trek joging:

              Biasanya di depan JR ramai orang tapi pagi tadi cuma JR seorang yang beriadah..

Dalam wakaf ini juga biasanya ada orang duduk bersantai, kadang-kadang pasangan bercinta pun di sinilah juga tempatnya memadu kasih. Tapi pagi tadi wakaf ini sunyi. Kesian kat wakaf tu, mesti merindui suara pujuk rayu sepasang kekasih di dalamnya:

                                                    Wakaf sepi kerana hujan

Kalau hari biasa di musim cuti sekolah seperti sekarang, terutama hari Jumaat dan Sabtu, tempat ini memang meriah dengan budak-budak dan mak bapak budak-budak:


Tapi pagi tadi tak ada seorang pun di situ kerana hujan....

Kesian kat orang yang berniaga kat gerai ni. Kalau hari biasa terutama pagi Jumaat dan Sabtu nak cari tempat duduk pun payah. Penuh! Tapi pagi tadi gara-gara hujan pengunjung boleh dibilang dengan jari:


Lepas habis big walk 7 pusingan (lebih kurang 6 km), JR pun menuju ke kerusi panjang untuk berehat seketika sebelum balik ke rumah. Yang bestnya bila lepak kat kerusi panjang ni kita boleh akses wifi percuma yang dipancarkan dari Pejabat SUK Kedah yang berada beberapa meter saja di luar pagar Taman Rimba: 


Apa yang penting objektiviti pagi ni untuk berjoging, opppp...big walk.. tercapai. Apa yang penting pagi ini badan lecun dibasahi peluh + air hujan....


15 comments:

  1. ramai yg terasa 'berat' ja utk keluar rumah hujan2 mcm ni...

    ReplyDelete
  2. Ramai yg tarik balik selimut JR bila hujan2 ni... sambung tido ehe :)

    ReplyDelete
  3. Mesti segar rasanya bila sudah bermandi peluh... :)

    ReplyDelete
  4. rajin JR jaga fitness..
    tgk tempat cam mnarik jer..
    mmg best ler dpt jog kt cni.
    sambil jog sambil cuci mata.
    x gtu :)

    ReplyDelete
  5. Tak jelas pulak peluh tu,JR.
    Hehe...Kene tambah KM lagi tu.
    Melawak ja xD

    ReplyDelete
  6. * Nanti saya singgah BW lagi tau, Bro JR.
    Banyak sangat hutang ngan sumeorang ni xD.

    ReplyDelete
  7. Sesekali keluarkan peluh ni memang best jugak. Dapat big walk pun dah kira baik dari lepak kat rumah tengok TV.

    ReplyDelete
  8. Big walk maksudnya? Jalan kaki je? Langkah panjang2 ke mcmn? Hehe. JR big walk waktu ujan renyai ke? Kang demam takpe kot, sbb wife dia misi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan kaki laju-laju ala perlumbaan walkathon...

      Delete
  9. Replies
    1. Dan perut semakin berisi, hehehehe...

      Delete
  10. Petang lebih ramai org beriadah dan berniaga dari pagi.

    ReplyDelete
  11. huuuuu... tahniah JR patut lah semakin sihat..ok teruskan ya..

    ReplyDelete
  12. rasa sennag nak joging jika sepi ja ..terbaik ..

    ReplyDelete
  13. best tu ada wifi . blh santai lama - lama ...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....