Kelmarin ketika beriadah di Taman Rimba Alor Setar, JR melintas sepasang suami isteri berusia 40an bersama 2 anak dara dan seorang anak teruna yang rasanya adalah anak-anak kepada pasangan itu.
Tapi yang paling menggeletek hati JR yang mengekori belakang mereka ialah melihat kelima-lima anak beranak itu berjalan rapat tanpa bercakap sepatah perkataan pun.
Mana nak bercakapnya kerana kelima-lima mereka sambil berjalan sedang merenung sesuatu di tapak tangan: henfon!! Mungkin mereka berjalan sambil melayan FB, twitter, WhatsApp, WeChat dan lain-lain??
Eh, masa beriadah macam ni pun masih sibuk melayan henfon??
Patutlah ada satu kajian mengatakan purata rakyat Malaysia menghabiskan masa selama 14 jam sehari untuk layan laman sosial. Teruknya!!
Bagaimana dengan korang? Korang pun salah seorang yang dah masuk grup hamba henfon ke? Kalau belum masuk grup hamba henfon baguslah, sekurang-kurangnya dapat jimat duit sikit, penyakit-penyakit berkaitan dengan ternakan lemak akibat terlalu lama duduk juga berkurangan dan.. dan.. dan.. banyak lagi manfaatnya bila kita bukan dalam kumpulan hamba henfon.
Bila dah jadi macam ni JR .. hubungan anak beranak pun semakin renggang kan.. tak de nak borak2.. gurau2.. masing2 dah menghadap henpon jer kerja... nasib kat umah saya tak macam tu..
ReplyDeleteBenda betul... klu pegi lunch pun selalu nampak masing-masing sibuk makan sambil tgk henpon.
ReplyDeleteYup, setuju.
DeleteMust break this unhealthy culture.
Paling sakit hati, dalam bilik consultation, kita tgh sibuk menanya dia sakit apa, bila start sakit, dia boleh selamba nak jawab FB ( bila bunyi notification berbunyi)..Parah ke tak parah tu?
ReplyDeleteMemang kelakar. Kat KL lagi berlambak famili-famili jenis yang macam ni. Taksub sangat dengan gajet.
ReplyDeleteBukan setiap masa dengan gajdet.. kena pandai bahagikan masa antara gadjet, keluarga dan sosial life.. ;)
ReplyDeleteklu dlm bilk x de keje nak buat ok lah . tapi klu tgk tv ke , mkn ke , shopping ke , riadah ke , nikmatilah masa tu dgn sebaik mungkin ...
ReplyDeletesuka dengan penulisan JR.Selamat berkenalan.Salam ukhwah.
ReplyDeleteklau dgn babah kena sorok fhone klau taknak kena baling . hahaha tu je jln pnyelesaiannye .
ReplyDeleteamat nerugikan lah jika begitu..kena seimbangkan..
ReplyDelete