»
Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

31 May 2015

Awas Bila Simpan Botol Dalam Kereta!!


Korang yang ada kereta mesti pernah simpan botol air dalam kereta kan? 

JR pun selalu begitu juga - simpan botol air dalam kereta. Contoh kalau jalan jauh mesti JR simpan beberapa botol air dalam kereta. Bila dahaga tak perlu berhenti tepi jalan, teguk saja sambil drive

Kalau nak pi joging pun sama, botol air mesti ada dalam kereta. Air peluh yang keluar semasa joging perlu diganti. Lepas joging mesti kena basahkan tekak.

Tapi jaga-jaga, jangan letak botol air merata-rata tempat dalam kereta. Silap haribulan botol air punya pasal, korang terpaksa bermalam di hospital. Kalau nasib tak baik perkara lebih buruk berlaku - isteri korang jadi janda, suami korang jadi duda:

17 December 2014

Kisah Benar: Anakku Hilang!!!


Idea menulis entri ni terbit selepas JR baca kisah anak seorang pendakwah PU Yeop yang kehilangan anak 2 hari lepas. Lepas 2 jam perjalanan dari Kedah, bila dah sampai ke rumah di Taiping, baru Ustaz Yeop, isteri dan 5 anaknya yang lain sedar seorang lagi anaknya tertinggal di Gurun. Beritanya di sini...

Kebetulan JR juga pernah melalui pengalaman yang hampir serupa dengan Ustaz Yeop. JR juga pernah tertinggal anak di tempat makan selama kira-kira sejam tanpa menyedarinya langsung. Isteri dan 5 anak JR yang lain juga tak menyedari kehilangan saudara mereka. Sungguh pelik!!

Kisahnya begini:

29 September 2014

Peraturan Baru Cermin Gelap (Tinted) Kereta


Jika korang ada kereta dan mahukan kereta yang kelihatan lebih cool dan stylo, ada berita baik untuk korang - kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah meluluskan peraturan baru penggunaan cermin gelap. 

Mengikut Ketua Pengarah Penngangkutan Jalan Malaysia, Datuk Seri Ismail Ahmad, peraturan baru ini akan mula berkuatkuasa mulai 1 November 2014.

Peraturan yang ada sekarang ialah: