»

17 December 2013

Azean Irdawaty Meninggal....Alfatihah


Seorang lagi artis veteran pergi menemui penciptanya hari ini. Malam ini, kira-kira pukul 8.30 malam, pelakon Azean Irdawaty, 63 tahun, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihidapinya.


Azean yang pernah popular dengan lagu Bawalah Daku Bersamamu pada tahun 1980-an pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia pertama (FFM1) menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada FFM3.
 
 
Sepanjang penglibatannya dalam seni, Azean banyak berlakon filem termasuklah Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Baginda, Layar Lara, Mami Jarum Kembali dan Waris Jari Hantu serta berpuluh-puluh drama televisyen tempatan.

Jenazah Allayarham akan dikebumikan esok.

Al-fatihah untuk Allayarham. Semoga rohnya ditempatkan Allah di kalangan mereka yang beriman....

7 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusannya disana..alfatihah...

    ReplyDelete
  2. Ada juga baca kat fb semalam...Al Fatihah....dan salam takziah untuk keluarga arwah....

    ReplyDelete
  3. hang pc mai cni,bro...awat ???
    mg arwah dicucuri rahmat

    ReplyDelete
    Replies
    1. "hang pc mai cni,bro...awat ???"

      Boleh tolong translate maknanya....hehehehe...

      Delete
  4. Al fatihah takziah kepada keluarga arwah semoga Allah menempatkan arwah dikalangan orang2 yg beriman

    ReplyDelete
  5. alfatihah. . .

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....