Seorang lagi artis veteran pergi menemui penciptanya hari ini. Malam ini, kira-kira pukul 8.30 malam, pelakon Azean Irdawaty, 63 tahun, meninggal dunia di
Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat komplikasi
pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihidapinya.
Azean yang pernah popular dengan lagu Bawalah Daku Bersamamu pada tahun 1980-an pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia pertama (FFM1) menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada FFM3.
Sepanjang penglibatannya dalam seni, Azean banyak berlakon filem termasuklah Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Baginda, Layar Lara, Mami Jarum Kembali dan Waris Jari Hantu serta berpuluh-puluh drama televisyen tempatan.
Jenazah Allayarham akan dikebumikan esok.
Al-fatihah untuk Allayarham. Semoga rohnya ditempatkan Allah di kalangan mereka yang beriman....
al-fatihah.....
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusannya disana..alfatihah...
ReplyDeleteAda juga baca kat fb semalam...Al Fatihah....dan salam takziah untuk keluarga arwah....
ReplyDeletehang pc mai cni,bro...awat ???
ReplyDeletemg arwah dicucuri rahmat
"hang pc mai cni,bro...awat ???"
DeleteBoleh tolong translate maknanya....hehehehe...
Al fatihah takziah kepada keluarga arwah semoga Allah menempatkan arwah dikalangan orang2 yg beriman
ReplyDeletealfatihah. . .
ReplyDelete