Pengalaman ini diceritakan oleh seorang ayah yang sangat JR kenali.
Sebelum itu jangan keliru bahawa orang yang pernah masuk lokap polis semuanya penjenayah. Kebanyakan yang masuk lokap ialah orang yang disyaki polis terlibat melanggar undang-undang. Jadi belum tentu orang yang di tahan di lokap bersalah. Ustaz yang mahir agama pun pernah masuk lokap apabila difitnah menyebar ajaran sesat. Mereka ditahan di lokap supaya polis dapat menyiasat tuduhan terhadap mereka. Jika tiada kes mereka akan dibebaskan.
Kawan JR yang merupakan ayah kepada 3 anak bercerita tentang anak lelaki sulungnya yang ditahan di lokap atas tuduhan memiliki barang curi. Katanya anaknya membeli alat ganti motorsikal dari seorang kawannya. Polis menangkap anaknya kerana disyaki memiliki barang curi.
Bagaimana rupanya lokap balai polis Malaysia? Mungkin tak semua lokap sama layanannya, tapi kata kawan JR, lokap tempat anaknya di tahan adalah antara lokap yang terburuk. Anaknya berkata mereka "dilayan seperti anjing".
Bagaimana bentuk lokap polis yang dikatakan anaknya seperti tempat mengurung anjing itu?:
~ Anaknya di tahan dalam satu sel yang penuh sesak dengan tahanan kebanyakannya penagih dadah dan pendatang asing.
~ Selain dari penuh sesak, aroma busuk yang amat sangat menyelubungi sel tempat anaknya ditahan. Pertama busuk terhasil dari badan tahanan, kebanyakannya pendatang asing yang mungkin dah berminggu tak mandi. Kedua busuk dan hancing yang terhasil dari air kencing tahanan yang bertakung di penjuru lokap itu.
~ Tahanan diberi makan 3 kali sehari. Pagi diberi sekeping roti, tengahari dan malam sepinggan nasi bersama ikan kering dan kadang-kadang ada sayur taugeh yang 'entah apa-apa rasanya'
~ Tahanan cuma diberi segelas air minum untuk bekalan minuman sehari. Mereka perlu berjimat kerana segelas air itu adalah bekalan untuk tempoh 24 jam.
~ Tahanan dibenarkan mandi sekali sehari. Bilik mandi tanpa dinding terletak di luar sel. Disebabkan tiada dinding, tahanan lain boleh nampak seseorang tahanan yang sedang mandi.
~ Di dalam sel disediakan satu bekas plastik untuk kencing.Tahanan yang ingin kencing perlu melakukannya disaksikan tahanan lain.
~ Jika tahanan ingin membuang air besar, tandas disediakan di luar sel. Malangnya seperti bilik mandi, tandas untuk buang air besar juga tidak mempunyai dinding. Oleh itu tahanan yang sedang berak dapat diperhatikan oleh puluhan mata tahanan-tahanan lain.
~ Walaupun semua tahanan di sel itu adalah lelaki tetapi pengalaman kencing dan berak di hadapan orang bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan oleh semua orang. Sepanjang 5 hari di tahan, anak kepada kawan JR yang sangat pemalu itu tidak buang air besar walau sekali pun. Kencing pula cuma dilakukannya di waktu malam, ketika kebanyakan tahanan lain dah tidur.
~ Kata kawan JR, mengikut cerita seorang waris, tahanan wanita yang di tahan di sel khas untuk wanita juga mengalami nasib sama seperti tahanan lelaki. Mereka juga terpaksa mandi, kencing dan berak di hadapan tahanan lain. Yang mana boleh tahan, tahanlah. Yang tak boleh tahan terpaksalah buat tayangan perdana menunjukkan benda-benda sulit mereka untuk dikongsi oleh tahanan lain.
Selepas 5 hari ditahan, anak kawan JR dibebaskan kerana tiada bukti kukuh dia memiliki barang curi. Tapi pengalaman "dilayan seperti anjing" di lokap polis tidak dilupakan sepanjang hidupnya.
Jika orang yang cuma disyaki melakukan kesalahan dilayan sebegitu, bagaimana pula dengan mereka yang benar-benar didapati bersalah dan dipenjarakan??
Kita kata Malaysia negara Islam, kadang-kadang kita bercakap tentang aurat dan sopan santun, tapi di mana aurat dan sopan santun bila terpaksa mandi, kencing dan berak di depan orang ramai??
Mungkin layanan buruk di lokap polis sebagai satu perang psikologi supaya orang ramai jangan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. Tapi perlukah tujuan menghalalkan cara??
selama ni cuma tgk kat tv ja 'keadaan' dlm lokap...
ReplyDeletememang pun mcm tu.aku pun sama tapi kes berlainan.tiga hari dalam lokap dilayan mcm anjing.
ReplyDeleteKalau ada masa, ceritalah pengalaman itu utk dikongsi oleh orang lain...
Deletetakde lagi anjing yg cerita dia dilayan seperti manusia kan....
DeleteKalau semua orang tahu keadaan camtuh kat lokap mesti tobat taknak buat jahat kang...tp kalau hati batu..apa kesah?
ReplyDeleteMasalahnya bukan semua yg masuk lokap tu org jahat, sebahagiannya cuma disyakki...
DeleteMacam mana la sesetengah orang ni boleh relaks je keluar masuk penjara. Tak rasa nak berubah ke?
ReplyDeleteItu yang pertama kali masuk...bagi mereka yang banyak kali kene tahan macam manalah mereka bolih lali dah agaknyer...
ReplyDeleteSeperti kata pepatah Melayu: "Alah bisa tegal biasa.."
Deletemcm x de tpt utk sembahyang jer ... ermmm
ReplyDeleteNak solat dalam sel boleh, tapi dari segi kebersihan cuma Allah yg Maha Tahu dan Maha Pengampun..
Deletejahat betol layanan kalau macam ni...soh2 lah tak mayam kan
ReplyDeleteMungkin tak semua lokap polis macam tu, mungkin ada yang layanannya baik???
DeleteMalaysia Boleh!!!
ReplyDeleteYa allah saya terkejut baca kisah ini.... tak sangka macam itu halnya didlm lokap malaysia
ReplyDeleteMungkin tak semua lokap polis macam tu, mungkin ada yang layanannya baik???
Deletemantap gan berguna bngt :D
ReplyDeletesaya baru tahu. selalu tengok kt tv takdelah teruk sgt...
ReplyDeleteKata sesetengah orang sel penjara lebih teratur berbanding lokap polis. Saya tak dapat mengesahkannya kerana tak ada pengalaman masuk!!!
Deleteorg yg masuk lokap tu tk semestinya bersalah tp dh dilaysn dgn buruk. .kalau bersalahpun,itu bkn cara yg baik utk melayan sesiapapun wpun seorg musuh
ReplyDeletekita harap tahanan islam perlu dibela utk mnjaga aurat dan solat.. hukum tetap hukum
ReplyDelete