SEPI
Seringkali aku terjaga di tengah dinihari
teraba-raba mencari sebuah mimpi yang hilang
mimpi tentang anak
mimpi tentang isteri
sehingga aku pun dikejutkan oleh kenyataan kejam
tiada siapa di sisi.
Tiada tahan lagi rasanya sendiri di katil ini
keseorangan dihimpit sepi demi sepi demi sepi
tilam dan bantal-bantal kaku menambah sebuah rasa rindu
akankah muncul jua satu hari indah
kita bersatu seperti dahulu?
Malam-malam sepi begini
ingin sekali aku terbang
menghampirimu melayari mimpi indah
atau berenang
menyusuri hilai tawa anak-anak
kerana aku tidak tahan lagi digilis keterasingan ini
kerana katil ini terlalu besar untuk ku tiduri sendiri
Sepi ini seperti belati yang menyiat-nyiat hati
pedih pilu berganti selalu
dalam lena engkau menjelma
dalam jaga engkau tiada.
Malam-malam sepi begini
terjaga aku lagi di tengah dinihari
seperti mengharapkan seseorang di sisi bergelar isteri
tapi segala yang indah hanyalah mimpi
dan engkau tidak akan kembali
Malam tadi ketika mengemas beberapa buku yang bersepah di rak buku di ruang tamu, JR terjumpa sajak di atas. Ia sebuah puisi lama yang JR hasilkan lebih 10 tahun lalu. Ketika itu JR bekerja di KL, tinggal di Ampang seorang diri dalam rumah empat bilik yang kami beli bersama. Isteri pula kerja di Alor Setar. Seperti yang pernah JR ceritakan dalam entri sebelum ini, sepinya hidup ketika itu tinggal seorang diri tanpa anak isteri di sisi. Dalam kesepian itu, banyak pula puisi yang terhasil, yang di atas salah satunya.
Tapi itu cerita lama, sekarang JR dan isteri sudah bersatu semula dalam sebuah rumah. Kini giliran anak-anak pula yang semakin membesar meninggalkan rumah seorang demi seorang demi menuntut ilmu. Seorang di Johor, seorang di Melaka dan seorang lagi sedang belajar di Perlis.
Tapi itu cerita lama, sekarang JR dan isteri sudah bersatu semula dalam sebuah rumah. Kini giliran anak-anak pula yang semakin membesar meninggalkan rumah seorang demi seorang demi menuntut ilmu. Seorang di Johor, seorang di Melaka dan seorang lagi sedang belajar di Perlis.
meremang bulu roma. kalau tengah malam baca ni sambil dengar lagu2 oldies, hiba jugak...
ReplyDeleteselamat hari raya haji....salam blogging.
ReplyDeleteBerbakat betul JR ni mengarang puisi. Syukur la sepi itu dah berakhir ye.
ReplyDeleteidea mencurah2 tatkala berseorangan..kesepian..:)
ReplyDeletehihihi..terus pandai karang puisi bila berjauhan dgn isteri yer...
ReplyDeleteBila hati keseorangan macam2 puisi boleh dicipta.
ReplyDeleteCiptaan sendiri rupa2nya...ingat copy dr pemuisi terkemuka...hehe...
ReplyDeleteMemang berbakat la.....