»

19 October 2013

Hidayah Allah Buat Penghina Nabi


Balasan amat perit kepada mereka yang menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW??

Tapi jawapan Tuhan tidak seperti jawapan manusia. Bila Allah mahu menunjukkan hidayahNya, malah mereka yang menghinaNya dan menghina NabiNya diletakkan di tempat terbaik di dunia dan akhirat.

Buktinya ialah Arnold Fandor seorang penulis Belanda yang sangat benci kepada Islam, bukan benci sebarang benci, malah dia pernah membuat filem menghina Nabi Muhammad sehingga diancam akan dibunuh oleh penganut Islam yang rasa begitu marah kepadanya.

Tapi alhamdulillah, kini Arnold Fandor bukan saja telah memeluk Islam, tapi dia sekarang sedang berada di Mekah untuk menunaikan Haji. Begitulah bila Allah mahu membuka pintu hidayah kepada kita, semuanya boleh berlaku dengan segala keajaibannya. Subhanallah!!
  
Arnold Fandor ketika bercakap dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana dia mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira setahun lalu, menyebabkan dia bertaubat di atas segala dosanya.

Fandor yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya berkata dia merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji.
   
”Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat. Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji,”  katanya kepada akhbar  Okaz.
Arnold Fandor (kiri) sedang bersolat...

Sambil tersenyum, Fandor menyatakan dia merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
 
Air matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu.
 
"Pada mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam. Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini. Saya berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia.

"Kemudian perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat keputusan untuk memeluk Islam. Sekarang saya bersyukur dan merasa amat bahagia serta memiliki ketenangan jiwa.
 
"Sebelum memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut udara sahaja.
 
"Saya dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam Rasulullah SAW dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem berkenaan keperibadian baginda yang mulia,” katanya.
 
Fandor berkata ini kali pertama dia mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas.
  
Katanya selepas selesai menyempurnakan urusan haji, dia bercadang meluangkan masa beberapa hari di Madinah kerana dia berasa amat selesa dan aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi.  

Itulah kebesaran Allah...kun fayakun, bila Dia berkata jadi, maka jadilah. Allahuakbar!!

9 comments:

  1. Alhamdulillah..membaca kisah beliau nie tringat akan zaman Rasulullah saw yang penentang2 hebat dulu spt Umar al Khattabyang memeluk islam..semoga islamnyer dia nie dapat berbakti kepada dunia islam sebaiknya..ameen

    ReplyDelete
  2. Di saat yg bukan islam ramai kembali kepadaNya, yang secara fitrah terlahir Islam ramai tersasar...sungguhlah hidayah milik Allah tp yg mencari itu tetaplah kita.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..semoga ramai lagi yg menghina Islam mendapat hidayah Allah..:)

    ReplyDelete
  4. hidayah Allah ..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Hidayah itu milik Allah, alhamdulillah, bertambah lagi umat Islam di muka bumi.

    ReplyDelete
  6. Beruntungnya dia dapat hidayah. Sedangkan bapa saudara nabi sendiri pun tidak memeluk Islam. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.. segala puji bagi Allah.

    ReplyDelete
  8. Subhanallah...allahuakhbar....Allah yg berkuasa membolak balikkan hati manusia....baru tau tentang perkembangan terkini penulis ni

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....