»

17 October 2013

Filem Seram Insidious Chapter 2


Dah lama JR tak masuk panggung tengok wayang. Tapi malam tadi, atas desakan anak-anak yang mahu ia dijadikan malam libur keluarga, kami sekeluarga seramai 7 orang (seorang lagi tak mahu ikut ke panggung) sama-sama pergi ke Alor Setar Mall untuk menonton tayangan tengah malam filem seram Insidous Chapter 2.
 
Sebelum ini pun dah beberapa kali anak-anak ajak JR pergi menonton filem sebagai salah satu acara keluarga, namun JR enggan. Tapi untuk Insidious Cahpter 2 JR tak teragak-agak untuk bersetuju pergi bersama. Tak apalah  sesekali melabur RM98 untuk merasai kengerian bersama isteri dan anak-anak.

                          Insidious – Chapter 2 Poster.jpg

Mengapa JR tak teragak-agak bersetuju untuk mengikut anak-anak menonton filem itu?

- Insidious Chapter 2 adalah hasil karya James Wan yang turut menjadi pengarah filem ini. JR memang dah lama jatuh cinta dengan buah tangan James Wan sejak beberapa siri filem Saw yang penuh adegan ngeri dan misteri itu hinggalah yang terakhir The Conjuring.

- Sebagai rakyat Malaysia, ada sedikit rasa bangga bila menonton filem arahan dan hasil karya orang Malaysia yang telah diangkat sebagai salah seorang pengarah Hollywood masa kini yang paling berjaya itu. James Wan yang dilahirkan di Kuching, Sarawak baru berusia 36 tahun tapi telah berjaya menghasilkan begitu banyak filem-filem yang kebanyakannya boleh membuat jantung kita seperti nak meletup termasuk The Conjuring yang telah ditayangkan di Malaysia kira-kira 4 bulan lepas. Sayang sekali James Wan telah berhijrah ke Australia yang lebih menghormati kebebasan berkarya dan telah mendapat taraf kewarganegaraan negara itu. Jika dia masih kekal sebagai rakyat Malaysia agaknya kejayaan besarnya di peringkat dunia pasti akan menyebabkan dia sudah mendapat gelaran Tan Sri atau secabuk-cabuknya Datuk!

- Insidious Chapter 2 adalah sambungan kepada filem Insidious. Insidious (Chapter 1) berakhir begitu saja tanpa menjawab beberapa persoalan. Dan bagi sesiapa yang ingin mengetahui apa yang seterusnya berlaku kepada keluarga Lambert yang tidak dijawab dalam Insidious, mereka perlu menonton Insidious Chapter 2 untuk mendapat jawapannya.

- Rekod tayangan filem ini sungguh bagus dan rekod yang bagus pasti membayangkan filem buah tangan pengarah yang dilahirkan di Malaysia ini juga sangat bagus. Filem yang bajetnya cuma sekitar $5 juta US ini telah meletop sakan di semua pawagam Amerika apabila di hari pertama tayangannya berjaya mengutip hingga $20 juta US memecahkan semua rekod  filem-filem terbaik sepanjang zaman dan apabila memasuki minggu kedua pula berjaya mengumpul $101 juta US. Ramai pengkritik filem berkata Insidious Chapter 2 dengan mudah akan dapat mengalahkan rekod kutipan satu lagi buah tangan James Wan - The Conjuring tak lama lagi.

- JR sendiri penggemar nombor wahid filem-filem seram. Ia sebahagiannya mungkin kerana latar belakang JR yang sudah banyak kali melihat dan mengalami peristiwa-peristiwa misteri yang tak boleh dijawab oleh akal logik seorang saintis (sebahagiannya pernah JR ceritakan dalam blog ini).

Kepada penggemar filem seram dan misteri jangan lupa menonton filem Insidious Chapter 2. Berbeza dengan filem-filem seram lain termasuk The Conjuring yang juga diarahkan oleh James Wan di mana adegan seram cuma muncul di pertengahan babak atau di pengakhiran babak, tapi Insidious Chapter 2 berbeza kerana adegan seram bermula sejak awal kita menonton hingga ke babak akhir filem apabila lampu panggung dinyalakan.

Cuma jika nak dikatakan kelemaham filem ini (ini pendapat JR yang tak pernah belajar ilmu filem) ialah adegan seramnya yang terlampau banyak. Kerana adegan seramnya yang terlampau banyak dari mula hingga akhir, unsur-unsur saspens lama-lama tak begitu terasa lagi. Ia seperti kita dihidangkan dengan selambak makanan yang lazat-lazat belaka hingga akhirnya tekak kita tidak dapat merasakan lagi kesedapan makanan-makanan itu kerana semuanya lazat-lazat belaka...

7 comments:

  1. JR ni memang peminat kisah mistik. Saya tak pernah tau pun James Wan ni org Malaysia. Nampak sgt tak fokus.

    ReplyDelete
  2. saya akan godek2 utk download..tgk free hehe..mcm the Conjuring dulu...tp rasa tertipu..tak seram,tak menakutkan pun...

    ReplyDelete
  3. Betul t. Apa-apaa pun, perlu sederhana walaupun seram di dalam filem!

    ReplyDelete
  4. mesti suspen gila . pehhhhh nak tgok ah nanti

    ReplyDelete
  5. bunda kalu filem2 seram ni kurang sikit... memang jarang tengok movie pun...nak tengok KL GANGSTER pun tak tengok2 lagi.. tengok kat umah jer..

    ReplyDelete
  6. Saya memang tak reti nak tgok citer seram, kalau pergi pun, tidur kat panggung jelaa.

    ReplyDelete
  7. Sekali sekala berhibur bersama keluarga mcam ni memang bestkan JR. sayang betul pengarah berbakat macam tu dah meninggalkan malaysia.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....