Seronok ke perkahwinan jarak jauh (PJJ)? Kalau baca tajuk entri JR dua hari lepas macam la seronok sangat perkahwinan jarak jauh...
Sebenarnya JR saja buat tajuk gempaq seperti PJJ tu best sangat. Yang betulnya, lain yang tersurat tapi lain yang tersirat.
Sebenarnya JR saja buat tajuk gempaq seperti PJJ tu best sangat. Yang betulnya, lain yang tersurat tapi lain yang tersirat.
Sebenarnya bagi mereka termasuk JR yang pernah melalui PJJ lebih kurang 10 tahun, lebih banyak tak seronok dari seronoknya perkahwinan jarak jauh ini. Tapi apa nak buat apabila suami dan isteri ada kerjaya masing-masing, demi tugas mereka perlu berkorban emosi. Rasa rindu terhadap pasangan, rasa rindu terhadap anak-anak terpaksalah pura-pura dilupakan sementara. Demi negaralah konon...
Apa yang tak seronoknya PJJ? Banyak yang tak seronoknya:
~ Wang banyak habis kerana terpaksa tinggal dalam dua rumah yang berbeza, duit sewa rumah, bayaran utiliti, makan minum berasingan...Bila tinggal berasingan periuk nasi dari satu dah jadi dua. Semuanya menambahkan beban kos yang perlu ditanggung.
~ Letih tak usah dicerita. Seperti JR ketika di KL dulu, setiap petang Jumaat terkejar-kejar ke Puduraya memburu bas express ke Alor Setar. Ahad malam pula terburu-buru lagi untuk balik ke KL kerana pagi-pagi esok (Isnin) perlu bekerja seperti biasa. Enam jam pergi, enam jam balik, seminggu 12 jam bertapa dalam bas bukanlah pengalaman manis. Bayangkan jika seminggu 12 jam berada dalam bas, jika setahun dah jadi 624 jam atau dalam setahun 26 hari berada dalam bas. Memang gila!
~ Anak-anak membesar tanpa pengawasan ibu bapa seperti sepatutnya. Seperti JR dulu, hujung minggu baru dapat menjenguk anak isteri, bagaimana nak membimbing anak-anak yang sedang membesar? Yang paling sedih dua dari anak JR lahir di hospital Alor Setar ketika JR sedang sibuk bermesyuarat di KL. Demi negaralah kononnya!!
~ Selalu rasa bersalah kerana susah senang tidak dikongsi bersama keluarga. Bila anak dan isteri dalam kesusahan, dalam jarak 400 km bukan senang untuk membantu. Lainlah jika kita ada sayap boleh terbang ke Alor Setar untuk membantu kemudian balik semula ke KL. Pernah sekali rumah JR diceroboh penyamun ketika JR di KL, ketika itu rasa diri sangat bersalah kerana tidak dapat membantu keluarga dalam keadaan segenting itu.
~ Kesepian juga jika tak dikawal dengan baik boleh menggoyangkan kerukunan rumah tangga. Ada kawan JR yang juga ahli kelab PJJ menyelesaikan masalah kesepiannya dengan kahwin satu lagi di KL. Berdasarkan cerita bisik-bisik dalam bas, ada juga isteri yang menjalinkan hubungan intim dengan kekasih gelap kerana tak tahan suami cuma memberi nafkah batin seminggu atau dua minggu sekali.
~ Kesepian juga jika tak dikawal dengan baik boleh menggoyangkan kerukunan rumah tangga. Ada kawan JR yang juga ahli kelab PJJ menyelesaikan masalah kesepiannya dengan kahwin satu lagi di KL. Berdasarkan cerita bisik-bisik dalam bas, ada juga isteri yang menjalinkan hubungan intim dengan kekasih gelap kerana tak tahan suami cuma memberi nafkah batin seminggu atau dua minggu sekali.
~ Tekanan emosi tak usap cakaplah, memang sangat-sangat terasa. Bayangkan kalau dulu terbangun tidur terlihat ada seseorang di sisi, tapi kini hanya melihat katil besar dan bantal-bantal sepi tanpa penghuni. Tiba-tiba ketika itu terasa katil begitu besar untuk ditiduri seorang! Jika dulu setiap malam rumah riuh dengan suara anak-anak, tapi kini cuma mendengar suara cicak di dinding yang seperti mentertawakan kita...
Bagi JR yang suka menulis, tak ingat pula ketika itu berapa puluh puisicintan untuk keluarga dihasilkan. Memang dalam keadaan emosi terganggu dan jiwa kacau, idea banyak datang mencurah untuk menghasilkan puiisi.
Bagi JR yang suka menulis, tak ingat pula ketika itu berapa puluh puisi
Walaupun kini JR dan isteri telah kembali bersatu dalam sebuah rumah, tapi kenangan lalu ketika masing-masing terpaksa berpisah seketika demi tugas tak akan dapat dilupakan.
Kepada mereka yang kini masih dalam status PJJ, bersabar sajalah. Suatu hari nanti di hujung terowong samar pasti ada cahaya dan korang akan bersatu kembali seperti dahulu....
pasti berindu rindu kalau PJJ ni kan. Rasa faham macam mana rasa situasi ni.
ReplyDeleteTerbayang susahnya...dan terbayang ketabahan JR serta pasangan PJJ yg lain. Dlm family saya pun ada dua psgn yg PJJ, mmg nampak susah lagi2 dgn anak2 kecik. Tp lepas beberapa thn diorang dpt tinggal bersama...kita pun lega tengok.
ReplyDeleteada seorang kenalan yang juga ahli kelab pjj sampai la anaknya nak abis sekolah rendah. tapi last2 dapat jugak pindah tinggal sama. sekali tengok air muka, memang berseri abis...
ReplyDeleteBerkat kesabaran akhirnya bersama jua..semoga tak terpisah lagi.
ReplyDeleteKiranya byk sengsara dari indah kot PJJ ni.....pada pendpt sy dr segi pembacaan la...dr segi pengalaman....tak lg la......
ReplyDeletekalau dah semua kena double dua memang belnjawan bertambah lah ye...
ReplyDeletePeh 10 tahun PJJ. Saya masa baru-baru kahwin pun PJJ jugak. Tuntutan kerjaya punya pasal. Walaupun cuma 2 tahun aje, pengalaman naik bas selama 3 jam pergi dan 3 jam balik untuk bertemu isteri setiap minggu adalah pengalaman yang menyeksakan. Dah la dapat jumpa pun sekejap.
ReplyDeleteNak tunggu hujung minggu tu sikit punya lama. Tambah-tambah waktu malam.
Pada masa tu, setiap malam hari bekerja adalah malam yang sangat panjang.