»

11 March 2013

Seram: Semporna Diserang Hantu Pula


Pada 4.12.1977 (eh, korang dah ada di dunia ni ke pada tarikh itu??), terjadi satu tragedi di Tanjung Kupang, Johor. Sebuah kapalterbang MH635 kepunyaan MAS telah jatuh terhempas di Tanjung Kupang menyebabkan semua 100 orang penumpang (termasuk seorang Menteri) dan kru kapalterbang terbunuh.

Tak berapa lama lepas tragedi itu banyak cerita orang nampak 'hantu' di tapak kapalterbang itu jatuh terhempas. Antara cerita paling popular ialah kemunculan seorang wanita yang merayau-rayau mengetuk rumah penduduk sekitar untuk mencari tangannya yang hilang...

Pada 27.11.1981 pula terjadi satu kemalangan dahsyat di antara sebuah bas dan sebuah keretapi di Permatang Tinggi, Bukit Mertajam yang menyebabkan  17 penumpang bas terkorban. Dan beberapa hari selepas kemalangan dahsyat itu, penduduk sekitar banyak bercerita mereka selalu terjumpa lembaga misteri dan mendengar suara manusia menjerit sayu di tengah malam di kawasan kemalangan itu.

Dan pada 11 Disember 1993 terjadi tragedi runtuhan Highland Towers, Ulu Kelang yang menyebabkan 48 orang terbunuh. Sejak itu ramai orang dikatakan pernah melihat lembaga-lembaga aneh di tempat  kondominium itu runtuh.

Di mana ada tragedi dahsyat, di situ akan wujud cerita-cerita misteri. Sama ada ia cerita benar atau ditokoh tambah, hanya mereka yang pernah mengalami dan Allah jua yang Maha Tahu...

Dan sekarang satu tragedi besar sedang menggoncang Malaysia. Pantai timur Sabah sedang bergolak, sudah lebih 60 orang terbunuh di Lahad Datu dan Semporna di kedua-dua belah pihak pasukan keselamatan Malaysia dan "pengganas Sulu". 

Cerita hantu??

Seperti JR kata sebelumnya, di mana ada tragedi dahsyat, di situ akan wujud cerita-cerita misteri.

Tadi JR baca dalam Sinar Harian mengenai Ketua Kampung Simunul, Semporna, Ramlee Saraman yang menyatakan ramai penduduk kampungnya mengadu kepadanya mereka mengalami gangguan makhluk halus selepas tragedi kematian di Semporna. 

"Mereka mendakwa dikacau, yang mana pintu rumah diketuk pada waktu malam. Apabila dibuka pintu, tiada nampak orang yang mengetuk, mahu pun ada tetamu yang datang" kata Ramlee.

Korang percaya tak dengan cerita penduduk mengalami ganngguan makhluk misteri seperti yang dialami oleh penduduk Kampung Simunul, Semporna itu? Sebenarnya tak ramai orang yang percaya dengan cerita-cerita hantu ini, kecuali mereka yang pernah mengalaminya.

JR sendiri pernah mengalami banyak peristiwa misteri sejak kecil. Yang terakhir berlaku beberapa tahun lepas kira-kira pukul 1.00 pagi ketika melalui pekan Ayer Hitam, Kedah. Ceritanya ada di sini...

Nota: Dalam dunia ini tidak wujud hantu. Yang dikatakan hantu itu ialah makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan yang kerjanya hanya untuk menyesatkan manusia...

7 comments:

  1. melayu lbh takut hantu dari takut TUHAN..

    ReplyDelete
  2. melayu lbh takut hantu dari takut TUHAN..

    ReplyDelete
  3. setuju dengan Jay Ar..namun tak mustahil ada gangguan serupa itu..benda halus kita tak nampak..

    ReplyDelete
  4. ada logiknya cerita2 tu. syaitan mmg suka kenakan kita. lagi2 bila kita dah percaya tmpt tragedi selalu berhantu. lagi galak la dia..

    ReplyDelete
  5. 1977..er mama mia tak wujud lagi..

    hantu semua tu mmg gangguan syaitan iblis

    ReplyDelete
  6. terpaksa skip baca...
    hahahahha...seriau..

    tambah plok terpaksa guna telaga...
    paip patah...

    ReplyDelete
  7. Sokong jugak dengan apa yg di tulis oleh JR...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....