»

12 March 2013

Grrrr....Dah Luput Tarikh Rupanya!!!


4-5 hari ni JR diserang batuk yang kronik. Betul ke istilah kronik ni? Sedikit pembetulan....bukan batuk yangh kronik, tapi batuk yang sangat degil untuk hilang. Ubat batuk yang ada dalam stok peti ais dah habis diteguk, tapi batuknya macam tu juga, masih tak hilang. Sekali sekala rasa kepala pening adalah, namun nak kata batuk berkurangan tidak juga.

Grrrrr...ni yang geram ni, kadang-kadang rasa malu kerana batuk yang mengganggu orang lain. 

Sampai pagi tadi baru JR tau mengapa ubat batuk tu tak dapat sembuhkan batuk JR. Bila dibelek-belek botol baru tau rupanya ia dah luput tarikh. Bukan luput tarikh 3-4 hari, tapi dah 4 minggu...dah sebulan! Patutlah batuk tak hilang!!!

Ubat batuk luput tarikh sebenarnya sangat bahaya dan boleh menimbulkan kesan sampingan kepada manusia. Pernah terbaca dalam sebuah akhbar tak berapa lama dulu tentang seorang lelaki di Jerantut, Pahang mengalami muntah-muntah, pening kepala dan cirit birit yang teruk selepas makan ubat batuk luput tarikh.

Mujur juga JR tak mengalami apa-apa simptom seperti itu, alhamdulillah... Cuma kepala rasa pening sekali sekala ada juga yang JR sangka ia akibat cuaca panas terik sekarang..

Kepada korang...sebelum makan ubat lihat dulu tarikh luputnya, jangan termakan ubat yang dah luput tarikh kerana sangat membahayakan kesihatan!!

Nota Kaki: Bercakap tentang soal luput tarikh ni, kerajaan yang memerintah Malaysia hari ini juga adalah kerajaan yang telah luput tarikhnya. Pilihanraya Umum Malaysia ke-12 telah diadakan pada 8 Mac 2008. Pada 9 Mac 2008 Tun Abdullah Badawi telah mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk memaklumkan pembentukan kerajaan Barisan Nasional selama 5 tahun yang sepatutnya tamat pada 8 Mac 2013.

Hari ini sudah 12 Mac 2013, maknanya kita telah berada selama 4 hari di bawah kerajaan yang luput tarikh

Harap-harap tak ada yang keracunan makanan, cirit-birit atau pening kepala kerana dah 4 hari kita menyedut udara di negara yang kerajaannya telah luput tarikh!! 

8 comments:

  1. kerajaan telah xpired haha...

    ReplyDelete
  2. 1. ni mesti ubat batuk yang dah lama simpan, dulu-dulu punya batuk.

    2. sebelum 8 mac lagi dah ramai yang kena cirit-birit...

    ReplyDelete
  3. macamana boleh terambil ubat lama tu?. mujurlah cepat kesan, jumpa doktor lagi sekali. Hehehe kemarin pun saya ada tegur sikap pekerja kedai di Keningau...niat ikhlas.Ada sebabnya,....

    ReplyDelete
  4. hrp cpt baik ler batuk tuu..
    biar kerajaan yg xpired jgn yg dipangkah nnt yg xpired pandai jaanji,..tunai haram tak..hihihi

    ReplyDelete
  5. salam jay ar.
    Terkadang yg nyata lg besuluh pun taknampak

    ReplyDelete
  6. patut lah rasa malas je ..

    rupanyer dah expired kerajaan kite ni..
    hahahahhaha

    ReplyDelete
  7. Kadang2 kita makan ubat tak pernah nak tengok tarikh luputkan. Tu baru ubat, belum lagi benda2 yang lain.

    ReplyDelete
  8. kerajaan pun expired jugak ya...kikiki

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....