Sabtu datang lagi!! Sambil-sambil mata menonton perlawanan bolasepak Piala AFF antara Malaysia dan Indonesia (kedudukan kini Malaysia 2 Indonesia 0), sempat juga jejari JR menari...
Ketika mata JR dan anak-anak lebih tertumpu ke TV, mata isteri JR tertumpu ke skrin laptopnya: cerita Korea lagi!!
Biarkan isteri JR dengan ketagihan pada cerita Koreanya, sekarang JR nak perkenalkan korang pada satu konsep moden hubungan suami isteri: suami hujung minggu (weekend husband) dan isteri hujung minggu (weekend wife).
Korang pernah dengar istilah weekend husband dan weekend wife?
JR pernah jadi weekend husband dan isteri pula pernah jadi weekend wife..
Biarkan isteri JR dengan ketagihan pada cerita Koreanya, sekarang JR nak perkenalkan korang pada satu konsep moden hubungan suami isteri: suami hujung minggu (weekend husband) dan isteri hujung minggu (weekend wife).
Korang pernah dengar istilah weekend husband dan weekend wife?
JR pernah jadi weekend husband dan isteri pula pernah jadi weekend wife..
Weekend husband atau weekend wife ialah suatu keadaan bila suami dan isteri cuma bertemu pada hujung minggu kerana sesuatu keadaan, biasanya tempat kerja yang tak sama, berjauhan... Contohnya JR:
1- JR bekerja di KL, manakala isteri tinggal di Alor Setar bersama anak-anak. Setiap petang Jumaat JR akan naik bas balik ke Alor Setar. Sampai di Alor Setar dah tengah malam. Hari Sabtu paling seronok, nikmati makna sebuah keluarga bersama isteri dan anak-anak. Paling sedih petang Ahad kerana malamnya terpaksa naik bas untuk balik ke KL. Paling benci hari Isnin kerana mata mengantuk bukan kepalang sebab atas bas cuma tidur-tidur kambing ayam..
(Keadaan begitu berlangsung selama 2 tahun, tiap-tiap minggu JR balik ke Alor Setar kecuali bila ada kerja ofis yang tak boleh dielakkan atau jika badan tak sihat).
2- Kemudian JR ditukarkan kerja kat Perlis pula, hari-hari berulang alik naik Kancil dari Alor Setar ke Kangar. Jarak Alor Setar ke Kangar ialah 50 km. Setiap hari 100 km punggung berendam atas kusyen kereta. Tempat kerja jauh pun tak apa yang penting keluarga duduk sebumbung. Tapi ia tak lama...
3- Kemudian JR naik pangkat lalu ditukarkan kerja ke KL balik, JR terpaksa jadi weekend husband sekali lagi berulang alik dari KL ke Alor Setar setiap minggu.
(Keadaan begitu berlangsung selama satu setengah tahun)
4- Lepas tu ada kekosongan jawatan di Alor Setar, ofis hantar JR kerja di Alor Setar. Seronok dapat bersama keluarga semula. Malangnya ia tak sampai setahun JR di Alor Setar...
5- JR ditukarkan ke Taiping pula. Jadi weekend husband lagi!! Tiap-tiap minggu dari Taiping balik ke Alor Setar. Tapi kali ni tak naik bas lagi, sebab jaraknya tak jauh sangat, JR naik kereta berulang alik setiap minggu dari Taiping ke Alor Setar. Nak ulang alik hari-hari tak larat, jarak Taiping-Alor Setar 120 km, lagi pun malam pun kadang-kadang kena standby untuk tugas on-call.
(Keadaan begitu berlangsung selama hampir 3 tahun)
6- Kemudian JR balik ke Alor Setar. Sekali lagi rasa sangat seronok bila dapat tinggal bersama keluarga semula. Malangnya ia tak lama...tak sampai setahun kerana:
7- Kali ini isteri JR pula jadi weekend wife. Isteri naik pangkat dan ditukarkan ke Penang. Dia tinggal di Penang manakala JR pula menjadi Mr Mama di Alor Setar jaga anak-anak yang sedang membesar. Isteri berulang alik setiap minggu dari Penang ke Alor Setar naik kereta (mujur ada dua kereta).
(Keadaan begitu berlangsung selama 15 bulan)
8- Kemudian isteri JR dapat tukar kerja ke Kedah dan ditempatkan di Langkawi. Sekali lagi dia jadi weekend wife, setiap hujung minggu isteri balik ke Alor Setar menjenguk JR (Mr Mama) dan anak-anak. Setiap minggu (petang Khamis) JR akan pergi menjemputnya di terminal feri Kuala Kedah dan petang Sabtu menghantarnya semula ke terminal feri untuk ke Langkawi.
(Keadaan begitu berlangsung selama 18 bulan)
Sekarang alhamdulillah, sejak lebih setahun lalu, keluarga kami dah bertaut semula kerana permohonan isteri untuk ditempatkan di Alor Setar diluluskan oleh majikannya. Syukran, syukran, keluarga bersatu semula. Harap-harap episod menjadi weekend husband dan weekend wife tak akan berlaku lagi. Cuma kadang-kadang hati rasa tak sedap bila isteri kata kalau dia naik pangkat lagi mungkin dia akan ditempatkan di luar Kedah!! Jadi weekend wife lagi???
Nota: Cuba korang kira... lebih 9 tahun JR dan isteri tak jadi suami isteri sempurna, cuma bermalam atas satu katil selama dua hari pada setiap hujung minggu....Apa pun dalam sibuk-sibuk jadi weekend husband dan weekend wife tu sempat juga isteri JR menghadiahkan 6 anak untuk JR, 3 darinya lahir berderet setiap tahun...
Cuma yang paling tak seronok bila jadi weekend husband ialah bila ada akhbar-akhbar yang suka buat berita-berita karut dan sensasi macam ni:
Tapi yang seronoknya sekarang perlawanan Malaysia-Indonesia dah tamat, Malaysia menang 2-0 (alahai...lari tajuk pula!)
hahaha , wah , kalaw dapat wife yang belajar pown mesti cemtu jugak kan , same la macam coach CP nih , dye , weekend wife but masih lagik takde anak , bape thn dah kawen tak ngt la tapi kalaw ikutkan bilangan tahun yang sepatutnya dah boleh ade sorang anak la :P
ReplyDeletetepat jangkaan DSAI. Harimau membaham Garuda 2-0..
ReplyDeleteyeay! malaysia menang! :)
ReplyDeletesempat tengok semalam sambil tengok blog ..yup menang semestinya sokong Negara baru gah ngaumannya bersatu...
ReplyDeleteIsh. Makin risau jadinya. Kalau saya kahwin, dan saya masih belayar, kira nanti bakal isteri saya nak jadi "Yearly wife"?
ReplyDeleteMmg ramai yg lalui cam gitu. antaranya adik saya..adik ipar. Bila anak sorang ok lg. bila anak makin bertambah, berat jugak bg isteri nk jaga anak2 kecik sndirian lps penat bekerja.
ReplyDeleteAlhamdulillah rmhtangga JR berjalan dgn jayanya walau kerap jd wkend husband/wife. :)
nasib baik tak pernah berjauhan gan hubby.....
ReplyDeletewah...dugaan betul..tapi tahniah dapat bertahan sampai sekarang
ReplyDelete