TIADA MAAF BAGIMU
Telah berbelas kali ku beri kau peluang
perbaiki diri mensuci hati
tapi tak sekali kau mengerti
kerana kau percaya aku sentiasa setia
menyokong sebuah gagasan sombong
kau terlupa aku bukan unta
berada di belakangmu setiap masa.
Tak perlu lagi kau pohon maaf
menyusun jari tak akan mengundang simpati
usah sia-sia waktumu bercakap yang tak perlu
jangan juga permain sumpah atas nama Allah
air mata tak bisa mengubah apa-apa
aku tak akan berpaling lagi
tidak akan
tidak akan
skrip drama telah sampai ke noktah
bersamamu cuma sejarah lama
menyokongmu kisah kelmarin dulu
Ingat itu
tiada maaf bagimu
~ JR
Catatan:
i) Ini bukan sajak jiwang
ii) Jangan tanya siapa 'kau' dan 'kamu' dalam sajak ini, ia bergantung kepada interpretasi...
i) Ini bukan sajak jiwang
ii) Jangan tanya siapa 'kau' dan 'kamu' dalam sajak ini, ia bergantung kepada interpretasi...
JR, semoga dapat memaafkan, sedangkan Dia mengampunkan. Satu luahan kata yg mengajak kita bermuahasabah diri. Rasanya ada luka di hati penyajak tu.
ReplyDeleteada makna disebalik.
DeleteHeheh. Lain macam saya tangkap maksudnya. Bukan sajak jiwang bagi saya. Ini sajak panas bagi saya. Menarik! Heheh.
ReplyDeleteeherm..kalau saya yang dapat sajak ni,,berjurai2 air mata saya mengalir,tidak tenang jiwa ini..selagi tiada maaf bagimu...sengsaralah hidup ku..uwaaa.
ReplyDeletebtw sama2 kita berlapang dada untuk memaafkan kesalahan orang lain :)
saya sokong! I like. Sib baik x de button like.
Deletesalam jr
ReplyDeleteSedangkan nabi ampunkan umat. Jr kan umatnya..
Relexs ar... Hati biar baik ,biar rupa buruk, hati mau luhur ,biar berbaju buruk dan hati mau tenang,biar orang x pandang.
nukilan yg sgt baik, amat menyentuh rasa. TAHNIAH!
ReplyDeleteG+ utk JR..
kemaafan tu dendam yg terindah
ReplyDeleteIM pun dah lama talak 3 dengan depa walaupun mak dan adik beradik ada yang masih setia macam dulu-dulu.
ReplyDeletebiaq pi kat depa la. nak buat macam mana.
tapi CP nak mintak maaf nih , hehehe ~
ReplyDeletenak taw kenapa , jom lawat entry nih
http://pinkymanis.blogspot.com/2012/12/nak-mintak-maaf.html
susah betul jr nak maafkan ya hihihi
ReplyDeletejangan ego...
ReplyDeletenabi pun maafkan umatnya..