Dah beberapa kali JR pergi menjenguk jiran JR yang tiba-tiba jatuh sakit itu. Masa dia di hospital sempat jenguk 2 kali, bila dia dah balik rumah dah banyak kali tengok, maklumlah jiran.
Sakit jiran JR tu agak misteri. Ketika di hospital selama seminggu, doktor dah buat macam-macam ujian untuk mengesan punca sakitnya: periksa kandungan darah, x-ray, scan, fisioterapi dan macam-macam prosedur perubatan yang lain. Tapi result nya tetap sama: dia tak dikesan mengalami apa-apa penyakit.
Sakit jiran JR tu agak misteri. Ketika di hospital selama seminggu, doktor dah buat macam-macam ujian untuk mengesan punca sakitnya: periksa kandungan darah, x-ray, scan, fisioterapi dan macam-macam prosedur perubatan yang lain. Tapi result nya tetap sama: dia tak dikesan mengalami apa-apa penyakit.
Maknanya dia sihat.
Tapi masalahnya dia confirm tak sihat!!
Dia cuma mampu duduk atau berbaring. Nak bangun tak boleh. Kakinya seperti lumpuh, tapi dia boleh menggerakkan semua jari-jari kaki, boleh melipat betis, bila dipegang dia akan merasainya, bila dipicit kuat dia akan mengadoi sakit, tapi suruh bangun dia memang tak upaya. Kedua-dua lututnya seperti tak upaya menampung kaki.
Doktor kata semuanya OK, dia sepatutnya boleh bangun, tapi masalahnya jika dia bangun dan melepaskan tempat dia berpaut dia akan jatuh terduduk di lantai.
Akhirnya kerana dia tak dikesan sakit, dia dibawa balik keluarga ke rumah selepas seminggu di hospital.
Memandangkan dia masih tak boleh berjalan, isterinya bawa dia ke sebuah premis yang menamakan dirinya 'Pusat Rawatan Islam *******' yang terletak di Jalan S******, Alor Setar.
Mengikut cerita kawan JR tu, 'Ustaz' yang mahu merawatnya bertanya dulu sebelum merawat: "Ada bawa duit tak?"
"Berapa banyak?" balas isterinya.
"RM100 saja untuk kos scan"
Upah scan RM100? Ya lah, mesin scan mana ada made in Malaysia, mesti mesin imported punya. Consultation fees lagi, memang harga tu dah cukup patut kot..
Isterinya mengangguk, memang dia dah standby duit seratus dua ratus ringgit untuk merawat suaminya.
Lepas bayar tunai RM100, lalu 'ustaz' pun scan jiran JR yang sakit tu. Dia scan bukan guna mesin seperti di hospital atau klinik, tapi cuma menggunakan tangannya menyentuh bahagian yang sakit.
Selepas scan, ustaz pun beritahu result berdasarkan scan tangannya: ada jin yang menumpang badan jiran JR. Jin itu bertenggek di saraf tunjang yang mengawal pergerakannya, sebab tu lah dia tak boleh bergerak.
"Boleh ka ustaz halau jin tu?" tanya jiran JR penuh harapan.
"Boleh..kalau nak sekarang saya akan berubat..Tapi kena bayar..Bukan senang nak halau jin tu"
"Berapa?" tanya isteri jiran JR
"Tak banyak...RM4,000 saja..Lepas bayar RM4,000 saya akan cuba mengubati. Lepas tu cik **** (nama jiran yang sakit) boleh balik ke rumah. Saya akan buat rawatan lanjut di rumah, kena buang 'benda' yang ditanam orang di dalam rumah. Untuk 'buang 'benda' tu kena bayar RM5,000 lagi" jawab 'ustaz'
Terbeliak biji mata jiran JR dan isteri. Scan RM100, rawatan pula RM4,000 + RM5,000 = RM9,100!! Mana nak cari duit sebanyak tu??
Akhirnya mereka meninggalkan 'Pusat Rawatan Islam *******' tu.
JR cuma menggelengkan kepala mendengar cerita jiran mengenai operasi 'Pusat Rawatan Islam' tu..Memang sekarang ini banyak Pusat Rawatan Islam tumbuh macam cendawan lepas hujan. Sambutan sungguh baik, ia sebagai alternatif kepada rawatan dukun dan bomoh yang yang diragui menggunakan cara yang tak islamik.
Tapi benarkah yang bernama Pusat Rawatan Islam tu memang betul-betul berubat mengikut metod Islam?? Setahu JR Pusat Rawatan Islam seperti Darul Shifa tidak meletakkan harga tertentu untuk rawatannya, pesakit boleh menghulurkan derma mengikut kemampuan masing-masing.
Islam itu indah, Islam itu bukan untuk menyusah.
Islam itu ikhlas, Islam bukan minta dibalas..
rasa yg pusat rawatan tu la pulak macam "benda" atau jin yg sedut duit org... bukan ke klw beramal secara islam ni selalunya org tak mintak duit :P
ReplyDeletehuh..jelas sgt penipunya!
ReplyDeletesaya pernah pegi DarulSyifa' (us. harun din), takde kenakan byrn. cuma kalau nak bagi masuk je dlm tabung seikhlas hati. Tapi jgnlah kita kedekut, mcm g doktor..kenalah bg upah.
Cari tempat lain jer. Bunyinya pun lain macam...
ReplyDeletebetul tue...memang penipu punya orang...sampai beribu-ribu....
ReplyDeletealahh . pakai yg lain jelah . menipuu je
ReplyDeletemacam pelik je puast rawatan tu JR.. kalau betul nak tolong bukan mcm tu...
ReplyDeletedeno berubat tradisional kat kl baru2 ni ustazah tu tak minta bayaran pun.. atas kita ikhlas nak bagi berapa.. kalau org xde duit pun xpe tak byr.. deno berubat baru ni dengan seorang uztazah, dia menggunakan ayat2 al-quran dan bahan2 tradisional utk berubat.. alhamdulillah deno makin pulih...
deno doakan jiran JR semakn pulih dan cepat sihat... insyaallah...
hampir 10k...huhu boleh jadi jutawan la ustaz tu....
ReplyDeleteorg kata kalau yg ikhlas,depa tak cakap pun berapa rm...ikut suka pesakit nak bg berapa...
sy pun penah terkena.pegi berubat nak sbb kanser ritu,tetibe die kate sy n famly ada saka, nk buang kene bayar sekian sekianhahahaha..kitorg pakat gelak kt ctu jgk petu kakak sy kate,haah mmg kitorg bela saka tu,tanak buang.
ReplyDeleteamboi..kan main lagi ribu-ribu..sakit sungguh laa rasa hati
ReplyDeleteMelampaunya... guna nama agama utk kaut keuntungan. Memalukan. Saya pun ada jugak pengalaman masa bawak arwah mak berubat kat pusat rawatan islam. Tapi esok la citer.,
ReplyDeletekesian kalau ada mereka yang kurang penilaian dan terjebak mempercayai penipuan ini. kadang dalam keadaan terdesak nak baik dan dah cuba berbagai usaha, ramai yang akan terperangkap jua.
ReplyDeletesemuga kita dilindungi dari penipuan sebegini.
semuga jiran anda ditemukan dengan penawarnya dan dikurniakan kesembuhan.
Guna nama islam tp menipu..pergi la ke darul syifa ustaz harun din tu..tk kena bayaran....tp kena ingat juga,ada juga nama yg seakan2 tp minta bayaran,ini didedahkan sendiri oleh ustaz di perubatan darul syifa tu..ejaan je yg berlainan,bunyi sama...sy x inat ejaan syifa tu di tulis bagaimana oleh org yg tk bertanggungjwb tu....
ReplyDelete