»

19 December 2012

Tahniah Syasya!!!


Ketika Entri ini JR tulis, JR baru saja beberapa minit sampai di rumah dari percutian yang tersangat pendek di Pantai Merdeka. Nanti kalau ada masa JR nak cerita kepada korang tentang percutian yang tak banyak cerita menarik tu. Sabar menanti... 

Cuma sekarang ni JR agak capek deh...Eh, tiba-tiba cakap Indonesia pula...ya JR memang letih, kalau boleh JR nak stop menulis untuk malam ni di sini saja. Kemudian nak sedut teh panas secawan, lepas tu nak 


              

Tapi sebelum tidur, JR nak ucapkan tahniah kepada semua calon yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2012 yang diumumkan pagi tadi. Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pelajaran, bilangan calon yang mendapat straight A agak merosot tahun ini. Pasti ramai yang sedih tak berjaya dapat semua A, ia termasuk anak saudara JR, Syasya yang cuma mendapar 6A 2B dalam PMR:


Tapi bagi JR dapat 6A 2B pun ok jugalah tu, ada yang cuma dapat 1A atau 2A, malah yang tak dapat A langsung pun ada. Jadi jangan bersedih kerana gagal dapat 8A, bersyukurlah dengan apa yang diperolehi. Yang penting perlu berusaha agar pencapaian esok lebih baik dari hari ini, insyaallah...

Selalu terpikir, mungkin salah ibu bapa juga kerana terlalu mengukur pencapaian anak-anak berdasarkan deretan A dalam peperiksaan. Kadang-kadang kita terlupa tak semestinya yang dapat 8A dalam PMR hari ini masa depannya lebih baik daripada yang dpt 6A, kerana masa depan kita di tangan Allah dan bukannya ditentukan oleh huruf dan angka...

7 comments:

  1. 1. dulu bangga la jugak dapat 3A sebab tak ramai kat sekolah yang lagi power daripada tu. heheee...

    2. kita biarkan mereka meraikan kejayaan buat seketika sebelum menyambung semula perjuangan yang takkan selesai...

    ReplyDelete
  2. Arini perasaan saya bercampur..sbb sorang anak sedara saya dpt 9A..dan sorang lg sebijik A pun takde!

    ReplyDelete
  3. tahniah....
    anak sedara ita dapat 9A sorang..5A sorang

    ReplyDelete
  4. Tahniah syasah...lebih 1 dari anak saya..tak apa wajib bersyukur..kadang2 kita kena faham tuah manusia tak siapa yang tahu..

    ReplyDelete
  5. Bangga jugak dapat 6a 2b...hihihi

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....