Sempena Cuti-Cuti Malaysia ni, JR dan famili dah rancang sejak bulan November lagi nak ke pulau Pukhet, Thailand. Kami bercadang nak pergi ke Pukhet pada 21 Disember dan bertolak balik ke Alor Setar pada 26 haribulan, sehari selepas Krismas. Mengikut perancangan asal, kami nak pergi ke Pukhet ikut jalan darat naik kereta secara berkonvoi bersama tiga keluarga lain: keluarga jiran JR, keluarga sepupu jiran JR yang tinggal di Sungai Petani dan keluarga sepupu jiran JR yang berasal dari Pukhet. Mengikut perancangannya, sepupu jiran JR yang merupakan warga Thailand itu kebetulan pada minggu ini akan turun ke Alor Setar atas urusan bisnes. Kemudian bila dia balik semula ke kampungnya di Pukhet, kami akan berkonvoi mengikutnya ke Pukhet.
Mengikut sepupu jiran JR tu (dia orang Melayu Thai yang tak begitu fasih cakap Melayu dan tak tau langsung cakap Inggeris, cakap dengannya kadang-kadang pakai bahasa isyarat) jarak antara Phuket dan Alor Setar ialah 850 km, perjalanan melalui lebuhraya tanpa tol mengambil masa kira-kira 8 hingga 9 jam. JR sendiri belum pernah ke Pukhet, tapi sebagai orang Utara JR dah pernah sampai hingga ke beberapa daerah di selatan Thai termasuk Pattani, Hadyai dan Songkhla.
Punyalah teruja nak ke pulau peranginan Thai yang sangat popular ke seantero dunia tu hingga awal-awal lagi kami dah apply cuti siang-siang, servis kereta dan pastikan passport masih hidup. Anak JR pula sampai siang malam menghafal jalan darat ke Pukhet:
an
Tapi manusia cuma boleh merancang dan Allah jua yang Maha Perancang. Tiba-tiba jiran JR jatuh sakit (ceritanya ada di sini...) dan sehingga sekarang dia masih belum pulih sepenuhnya dari sakitnya. Lalu terpaksalah rancangan ke Phuket itu dibatalkan...Sedihnya....
Dan kerana tak mau kecilkan hati anak-anak yang dah begitu teruja nak bercuti terpaksalah buat plan B pula...bercuti...tapi nak bercuti ke pulau peranginan mana? Pulau Langkawi dan Penang selalu sangat pergi, Pangkor dan Lumut pun sudah pergi. Akhirnya adik ipar JR memberi idea ke Pantai Merdeka! Dia dan keluarganya juga akan ikut sama.
Pantai Merdeka? Korang pernah dengar Pantai Merdeka? Kalau orang Kedah dan Penang memang pernah dengar Pantai Merdeka. Kalau orang negeri-negeri lain mungkin cuma pernah dengar lagu Cinta Pantai Merdeka alunan Pak Long dan kemudian dipopularkan semula oleh Jinbara..
Pantai Merdeka terletak lebih kurang 80 km dari Alor Setar dan 30 km dari Sungai Petani. Masa JR muda-muda dan masih bujang di Penang dulu selalu sangat ke Pantai Merdeka, pantang saja ada public holiday itulah antara tempat yang selalu teringat di hati untuk bercuti. Maklumlah jarak Penang negeri asal JR dan Pantai Merdeka di Kedah tu cuma lebih kurang 40 km saja.
Malah ada satu sejarah istimewa di Pantai Merdeka ni...di pantai itu pernah menjadi lokasi pertemuan JR dan isteri sebelum cinta bertaut hingga ke jinjang pelamin dahulu...
Tapi bila dah kawin sangat jarang pula JR dan keluarga ke Pantai Merdeka, mungkin kerana jarak dari Alor Setar ke sana tak lah dekat sangat (80 km). atau kerana pantai itu tak seindah dan se natural dulu lagi...
Pantai Merdeka..gambar dari google
Dan esok JR akan ke Pantai Merdeka selama 2 hari. Selain dari keluarga JR, keluarga adik ipar JR juga akan ke sana. Kami akan tidur di sebuah chalet di sana, siang mandi dan bermain pantai, malam menikmati BBQ sambil mengira bintang-bintang di langit, membilang kekerapan ombak mencumbu pantai dan menyapa dingin bayu malam....
mak sedara saya (sblh arwah ibu) masih ramai kat sana(thailand)...tp saya tak pernah kesana...serius cakap...saya amat2 takut walaupun ramai yg kata,pergolakan hanya di bhg selatan ja...
ReplyDelete...pun rasa macam nak bercuti kat tempat peranginan berpantai. tapi cuaca macam kurang sesuai pulak...
ReplyDeleteFuh, nyaris dah nak ke Phuket JR ye. Kalo JR deal je terus dgn sepupu jiran JR tu takleh ke?
ReplyDeleteSo, anak2 JR okay ke pegi kat Pantai Merdeka? Hehe. Apapun selamat bercuti ye JR.
Alahai.. terpaksa mengubah tempat percutian saat-saat akhir adalah perkara yang tidak best. Pernah alamai dalam perjalanan nak ke cherating, smapai di karak banjir pulak. Terpaksa ubah ke melaka. Sedih2.
ReplyDeletebest tu nak gi cuti2 malaysia
ReplyDeleteMenggamit nostalgia la JR ke sana nnti..:)
ReplyDeleteSlmt bercuti..tak dpt jauh, dkt pun jadi. Janji enjoy!
seronoknya jr...
ReplyDeleteseronok tu JR...nikmatilah kehidupan sambil zikirkan kehebatan Allah. Tak salah beriadah
ReplyDeleteada nostalgia cinta berputik ya bang JR....
ReplyDeleteini baru lah namanya Cinta Pantai Merdeka......(^__^)
jauh jalan..langkah sepadan tuu
ReplyDelete