»

26 October 2012

Salam Eidul Adha


Sempena dengan Eidul Adha yang jatuh pada hari ini, JR memohon maaf jika ada salah silap sepanjang menerjunkan diri dalam dunia blog ni. Sesungguhnya yang baik daripadaNya yang buruk daripada diri JR sendiri...


Kepada yang mengerjakan korban, selamat menjalani ibadah korban.

Kepada pengguna jalan raya, berhati-hati di jalan raya. Jangan jadikan diri kita sebahagian dari statistik hari raya korban...

Sebentar lagi JR nak bergerak bersama famili dari Alor Setar ke SPU Penang. Destinasi utama sebuah pekan kecil bernama TG. Lepas menziarahi keluarga di SPU pada lewat petang bergerak balik ke beberapa destinasi di Kedah. Harap-harap dapat tiba balik di rumah pada lewat malam, insyaallah......


Semoga semua kita berjumpa lagi nanti dalam keadaan sihat sejahtera, amin....

4 comments:

  1. selamat hari raya korban JR...:)

    ReplyDelete
  2. Ya ..alhamdulillah kita dipertemukan juga raya haji. Semoga mandapat rahmat korban ya JR

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....