»

27 October 2012

Al-Kisah Eidul Adha Pertama


Cita-cita JR dan famili untuk keluar rumah ke Penang selepas solat Eidul Adha semalam tak kesampaian. Perlu meraikan tetamu, apa lagi tetamu itu jiran sekomuniti. Sembang punya sembang sambil menjamah ketupat raya tiba-tiba bila tengok jam dah hampir jam 1.00 tengahari. Waktu masuk solat Jumaat ialah pada jam 1.05 tengahari. Lalu tanpa sempat mandi lagi (nasib baik badan bersih), JR dan anak-anak lelaki bergegas ke Masjid Bukhary (masjid terbesar di Kedah) untuk bersolat Jumaat.

Lepas solat Jumaat, JR terus balik ke rumah. Ingat nak terus pergi ke Penang, tapi perut pula sibuk menyanyikan lagu hard rock...jadi lepas makan baru bertolak ke Penang pada jam 4.00 petang. Tiba di rumah pesaka di TG dah jam 5.00 petang. Kata adik JR pagi tadi memang ramai keluarga berkumpul (JR ada 9 adik beradik). Tapi disebabkan JR tiba lewat cuma 5 adik beradik JR yang ada di rumah ketika itu. Yang lain dah balik ke rumah masing-masing. Melepaslah untuk mendengar cerita-cerita menarik dari adik beradik yang lain. Selepas ibu dan ayah meninggal JR jarang-jarang balik kampung, kecuali jika ada kenduri dan kematian saudara mara atau ada urusan yang sangat mustahak. Jadi rasa hati agak terkilan kerana JR tiba lewat dalam perjumpaan keluarga yang jarang-jarang diadakan itu.

Hampir jam 7 malam kami meninggalkan TG balik ke Alor Setar. Bila tiba berhampiran sebuah masjid cantik di Bertam, terdengar suara azan. Lalu JR berhenti di Masjid Bertam Perdana untuk tunaikan solat. Masjid biru yang diberi nama Masjid Abdullah Fahim sempena nama datuk Tun Abdullah Badawi ini memang sangat cantik dan luas.



Mengikut maklumat yang JR perolehi dari jemaah yang bersama-sama menunaikan solat Maghrib di masjid itu, masjid ini baru siap dan dibuka untuk jemaah kira-kira tiga minggu lepas. Masjid ini belum dirasmikan lagi. 

JR dan famili rasa agak bertuah kerana dapat bersolat Maghrib di masjid indah yang baru siap ini. Mungkin kerana ia masjid baru hanya satu saf yang penuh, kebanyakannya jemaah yang sedang musafir dalam perjalanan... 





Lepas solat jemaah di Masjid Abdullah Fahim, kami terus memasuki lebuhraya ke Bukit Pinang untuk beraya di rumah adik ipar JR pula. 

Tiba di rumah JR dah hampir jam 12 malam. Letih sangat-sangat tapi bila tiba di dapur nampak pinggan mangkuk bersepah. Biarlah isteri dan anak-anak yang juga keletihan tidur, JR pula buat secawan kopi pekat untuk mencuci pinggan mangkuk, basuh pakaian isteri dan anak-anak dan menyapu sampah di ruang tamu dan dapur.

Bila kerja rumah siap, rasa mengantuk hilang pula. Ini yang tak best, bila semua orang dah tidur mata kita pula yang masih terbeliak. Sukar pula nak tidur mungkin gara-gara kopi pekat yang dihirup sebelum menghabiskan kerja rumah sebelum itu. Hingga jam 2.30 pagi mata masih enggan lena. Entah pulul berapa terlena, sedar-sedar terjaga dari tidur untuk solat Subuh pada jam 6.20 pagi...

Hari ini ada dua kenduri sempena ibadah korban. Lepas solat Zohor nanti perlu keluar rumah lagi....

8 comments:

  1. Assalamu'alaikum akhi JR ....terima kasih atas kunjungan dan komennya....selamat berhari raya Aidul Adha....jangan terlalu banyak makan daging..khawatirkan kalau tekanan darah tinggi hehe..salam ukhuwwah dari bumi kalimantan selatan.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya JR... deno hari ni makan je kejenya... esok dah tak boleh daging.. byk sgt mkn daging hari ni.. hehe... tp esok ada lagi ... dugaan... hehe... :)

    ReplyDelete
  3. ish....kalaulah semua suami rajin macam JR...aman dunia rumahtangga..bertuahnya isteri JR...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah kaum adam bagai kita kena membantu sebenarnya. nah nilah kunci dan kekuatan rtangga antara lain. tahnia JR.terbaik

    ReplyDelete
  5. singgah sini untuk mengucapkan selamat hari raya aidiladha :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah dikurniakan ahli2 keluarga yang ramai :)mesti seronok kan? saya pun keluarga besar juga tapi cuma 6 org. ramai lagi keluarga JR.

    SUBHANALLAH..besar dan cantiknya masjid tu :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....