»

24 October 2012

Pengguna Lebuhraya PLUS..Berhati-Hati Esok


Korang yang pagi-pagi esok atau tengahari esok atau petang esok nak menggunakan lebuhraya PLUS, sila berhati-hati kerana mengikut pengurusan PLUS lebuhraya itu akan sesak esok kerana dijangka 2 juta pengguna akan menggunakannya. Laluan yang turut dijangka sesak ialah Lebuhraya Baru Lembah Klang, Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Linkedua, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang. 

Seeloknya pengguna jalan raya patuhilah nasihat waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS untuk mengelak korang terbabit dalam jem yang teruk.

Tapi kalau jem juga, bawalah roti banyak-banyak..boleh juga disapu dengan jem tu.....

JR bernasib baik kerana kampung JR cuma 100 km saja dari rumah. Bertolak dari Alor Setar lepas solat Eidul Adha, dalam satu jam sampailah ke Penang (Seberang Perai)...

Tak terlalu awal rasanya nak ucapkan salam Eidul Adha....

8 comments:

  1. mjur kali ni tak balik kg...selamat..mg mereka yg balik kg,..tiba dgn selamat

    ReplyDelete
  2. nasib baik tak balik ikut higway...

    ReplyDelete
  3. slmt hari raya bang...saya pun kmpg tak jauh mana :)

    ReplyDelete
  4. salam Eidul Adha JR :)

    semoga perjalanan mereka semua dipermudahkan termasuk JR dan family.hati2 memandu.. :)

    ReplyDelete
  5. salam aidil adha JR... hati2 balik ke kampung ya... kirim salam keluarga dari deno... deno alhamdulillah dapat cuti 3 hari dari doc... :) terima kasih JR yang sentiasa mendoakan deno... ^_^

    ReplyDelete
  6. Untunglah JR, umah dekat je dgn kampung. Saya balik kampung jugak jap lagi nanti. Tapi tak guna PLUS. Balik pantai timur, guna LPT.

    Salam Aidil Adha JR.

    ReplyDelete
  7. Salam Aidiladha... Semoga semuanya selamat dalam perjalan pulang ke kampung dan kembali semua ke rumah.

    ReplyDelete
  8. salam aidiladha Jr! baru nak pi raya umah JR . ehm :(

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....