“Kiamat akan tiba pada tarikh 21 Mei 2011, pada pukul 6 petang akan terjadi gempa, kuburan akan terbuka dan orang mati akan diangkat naik oleh Tuhan ke syurga. Dua juta penduduk bumi akan selamat di syurga. Seluruh bumi akan hancur dan penuh dengan genangan darah, kehancuran, dan penyakit”- Harold Camping..
Ramai yang tau, sebelum ini telah beredar kabar angin bahwa kiamat akan terjadi pada 21 Mei 2011, namun tarikh itu telah berlalu dan kiamat tidak terjadi. JR pernah menyentuh hal ini dalam entry JR yang korang boleh baca di sini.
Selepas ramalannya tak jadi kenyataan, peramal kiamat, Harold Camping dari Amerika itu kini mengubah tarikh ramalan kiamatnya yang katanya akan terjadi pada 21 Oktober 2011 pula.
“Pada 21 Oktober, semua orang akan melepaskan kekayaan dunia,” kata Camping dalam program Open Forum di Family Radio miliknya.
Selama berbulan-bulan, Camping dan para pengikutnya menyebarkan maklumat ke seluruh dunia teori bahwa kiamat akan tiba pada 21 Mei lalu. Malah Camping telah menghabiskan jutaan dolar Amerika untuk berkempen dengan meyakinkan orang ramai tentang tarikh kiamat menerusi pemasangan papan iklan dan iklan di televisyen, radio dan Internet.
Camping mengakui dia telah membuat kesilapan ketika meramalkan kiamat akan berlaku pada 21 Mei. Meskipun begitu dia menegaskan kesalahan membuat ramalan itu tidak menggangu pikirannya. “Jika orang ingin saya minta maaf, saya akan minta maaf,” kata Camping.
Kini Camping telah mengubah ramalan kiamat akan berlaku kepada 21 Oktober pula. Anehnya masih ada pengikutnya yang percaya walaupun ramalan pertamanya kiamat akan berlaku pada 1994 meleset dan ramalan keduanya pada 21 Mei lalu juga tak menjadi kenyataan.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui....
bole pulak beliau ejas2 date tu..!
ReplyDeletelerhh . dah 2x salah masih nak percaya ..
ReplyDelete