Sebut saja BABI, ramai orang Islam rasa geli geleman. Semua orang Islam tahu produk babi sama ada darah, daging, kulit, tulang, bulu dan sebagainya adalah haram dimakan atau digunakan oleh orang Islam. Kepada orang Melayu di negara ini babi adalah menjijikkan. Perasaan jijik terhadap daging babi telah ditanam semenjak dari kecil. Namun pada masa yang sama, perasaan jijik terhadap produk-produk yang menggunakan babi tetapi telah berubah bentuk, kurang menarik perhatian. Ramai yang tak sedar selama ini kita mungkin bukan saja pernah memakai produk berasaskan babi, tapi pernah menjamahnya tanpa sedar!
Yang terbaru ialah apabila Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan tentang penemuan mengejutkan iaitu DNA babi ditemui dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan oleh syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd. Dan lebih memeranjatkan lagi ialah apabila blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia turut mendakwa, bahan-bahan tersebut yang menjadi bahan-bahan utama yang digunakan oleh Secret Recipe sebuah rangkaian kedai pembuat kek terkenal yang sebahagian besar pelanggan mereka adalah masyarakat Islam.
Laman web milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.
Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.
Dari semasa ke semasa, sama ada secara sedar atau sebaliknya, umat Islam di negara ini sedang diancam dengan babi di dalam makanan mereka. Daging babi tidak perlu lagi dimasak dan dihidangkan dalam bentuk daging babi, sebaliknya elemen-elemen babi boleh didapati dengan mudah termasuklah pada bahan pembuat kek, coklat dan juga berus lukisan.
Dari semasa ke semasa, sama ada secara sedar atau sebaliknya, umat Islam di negara ini sedang diancam dengan babi di dalam makanan mereka. Daging babi tidak perlu lagi dimasak dan dihidangkan dalam bentuk daging babi, sebaliknya elemen-elemen babi boleh didapati dengan mudah termasuklah pada bahan pembuat kek, coklat dan juga berus lukisan.
Tanpa sedar rupanya selama ini orang Islam di negara ini sudah lama memakan babi termasuk menerusi bahan DNA babi. Setiap kali Raya menjelang tiba setiap tahun, pelbagai jenis kuih dan kek bertimbun di pasaran dan entah berapa kilo DNA babi yang pernah bersarang di dalam perut kita?
Soalnya: babi itu haram di sisi Islam, tapi sudah berapa lama orang Islam menyentuh bahan-bahan yang diperbuat dari babi malah MEMAKANnya?
dalam negara sendiri pun dah x selamat pasal makanan. dugaan dugaan
ReplyDeletePerempuan lebih kedekut ?
Freaky: Sebelum makan, kena samak dulu makanan...?
ReplyDeletesusah kalau hal ni semakin berterusan ..
ReplyDelete