Ada desas-desus yang begitu kuat di Amerika bahawa pada 21 Mei 2011 (esok) dunia akan kiamat. Jika mengikut waktu Malaysia seperti yang korang tahu, 21 Mei itu akan tiba tak lama lagi, empat jam saja lagi dari sekarang!! Jadi empat jam saja lagi dunia akan kiamat!! Tapi heran kan, TV kita tak bagi apa-apa amaran pun bahwa dunia akan kiamat sebentar lagi?
Harold Camping ialah seorang penganut Kristian Amerika yang juga bekerja sebagai host radio tempatan di New York. Dia menyatakan hari penghakiman (judgement day) akan tiba kepada kita semua penduduk seluruh bumi ini pada 21 Mei 2011 (esok). Pada hari judgement day itu Tuhan akan mengangkut semua jiwa-jiwa yang baik dari Bumi, yang dimulakan dengan satu gempa kuat di seluruh dunia. Jiwa orang-orang yang baik ini seterusnya akan dibawa Tuhan ke syurga untuk satu kehudupan indah seterusnya.
Harold Camping
Harold Camping, seorang jurutera, kononnya menggunakan serangkaian teori-teori matematik yang kompleks untuk membuktikan bahawa kiamat akan berlaku esok. Di Amerika mereka yang percaya kepada teori Camping sangat ramai, kebanyakannya golongan profesional. Malah ada seorang penduduk Amerika yang bertaruh USD200,000 kepada sesiapa yang tidak percaya kiamat tidak akan terjadi esok.
Bagi meyakinkan manusia kiamat akan berlaku pada 21 Mei 2011, pengikut-pengikut Camping telah pergi keseluruh pelusuk dunia menyebarkan risalah mengenai judgement day ini. Mereka bukan saja mengedarkan risalah tapi di beberapa tempat di Amerika dan termasuk Indonesia sepanduk mengingatkan manusia bahwa kiamat akan berlaku esok telah di pasang lebih setahun yang lalu. Di Malaysia JR tak pernah pula dengar ada sepanduk sebegini di pasang, tapi JR pernah dengar risalah mengenai judgement day ini pernah diedarkan di sekitar Kuala Lumpur.
Sebenarnya Camping juga pernah membuat ramalan sebelum ini kiamat akan berlaku pada tahun 1994 yang terbukti tidak benar. Dia kemudian mengakui dia membuat perkiraan yang salah tentang tarikh kiamat hasil dari kesilapan dalam merungkai beberapa formula metamatik.
Jika telahan Camping benar, huhuhu... pertandingan akhir big match merebut Piala UEFA antara Barcelona dan MU yang dijadualkan pada 22 Mei ini tak dapatlah kita saksikan. Begitu juga pertandingan akhir Piala FA di di antara Kelantan dan Terengganu pada 11 Jun depan juga tak dapat kita saksikan. Malangnya....
Walaupun banyak sekali tanda-tanda akan berlaku kiamat berdasarkan nas-nas daripada Quran dan hadis, tapi JR sangat-sangat-sangat-sangat yakin esok kita akan bertemu lagi, kerana kiamat tidak akan berlaku esok....
Bagi Harold Camping pula, JR cadangkan mulai esok dia bolehlah masuk kem dan ber camping di mana-mana hutan bersama-sama pengikut-pengikutnya, huhuhuhu....
Walaupun banyak sekali tanda-tanda akan berlaku kiamat berdasarkan nas-nas daripada Quran dan hadis, tapi JR sangat-sangat-sangat-sangat yakin esok kita akan bertemu lagi, kerana kiamat tidak akan berlaku esok....
Bagi Harold Camping pula, JR cadangkan mulai esok dia bolehlah masuk kem dan ber camping di mana-mana hutan bersama-sama pengikut-pengikutnya, huhuhuhu....
Hanya Allah SWT je yg tahu bila akan kiamat,.=)
ReplyDeletekira judgement day guna teori dan formula matematik ? adesss
ReplyDeleteNurul Aini: Betul3...hanya Dia Yg Maha Tahu...
ReplyDeleteFreaky: Entah teori apa yg dia pakai, asyik tersasul ajer org tua tu...
ReplyDeleteWoi malaysia anjing.. Diam kau.. Pencuri.. Pantasnya mati kalian bangsa terkutuk
ReplyDeleteyg anjing mah pemerintahnya gan
ReplyDelete