»
Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

26 March 2016

Beza Orang Korea Dengan Malaysia

Bezanya bukan setakat bentuk mata, warna kulit, fesyen rambut dan bahasa. 

Banyak beza orang Korea dengan orang Malaysia. Salah satunya tentang sikap.

Ini sikap orang Korea:


Ini pula sikap orang Malaysia dalam situasi yang sama:


Tapi bukan semua orang Malaysia macam tu. Bukan semua orang Malaysia yang akan sambar semua rezeki di depan mata tanpa selidik halal haramnya. Ramai yang seperti orang Korea masih ada maruah, ada harga diri. 

Bangsa maju ialah bangsa yang ada harga diri dan maruah.

16 May 2015

Rohingya - Kejamnya Sebuah Kehidupan


Ketika kita sedang sedap-sedap hadap makanan yang berlambak-lambak atas meja:


ingatilah 8,000 pelarian Rohingya seagama dengan kita yang sedang kelaparan atas sampan usang di tengah lautan berdekatan Thailand, Malaysia dan Indonesia. Sudah berminggu-minggu mereka di tengah lautan, ada yang berbulan-bulan, tanpa makanan mencukupi. Mereka kurus kering, ramai yang sakit terutama kanak-kanak dan orang tua. Ada yang mati kelaparan dan sakit dan terpaksa dikuburkan ke dalam laut. 


Ada sampan usang Rohingya yang cuba hampiri perairan Thailand, Malaysia dan Indonesia. Tentera laut dan udara Thai membantu beri mereka makanan dan ubat tapi pelarian yang berada dalam sampan itu tak dibenarkan mendarat di Thailand. Mereka perlu berada di tengah laut entah berapa lama lagi.

Ada juga pelarian yang kelaparan cuba memasuki perairan Malaysia. Menurut berita, tentera laut Malaysia mengusir mereka ke tengah laut semula. Akhirnya sebahagian mereka dapat mendarat di wilayah autonomi Islam Acheh, Indonesia yang masih sanggup menerima saudara seagamanya.


Kita saudara seagama mereka di sini, makanan tak habis-habis, makan dari awal pagi hari ini sampai awal pagi esoknya. Jika pelarian Rohingya ramai yang mati kerana tak cukup makan, kita di sini mati kerana terlebih makan. 

Kita di sini makanan berlambak tak habis buang dalam bakul sampah. Kejam dan kontrasnya sebuah kehidupan...


Sambil sedap-sedap makan, ingat-ingatlah mereka. Mereka Islam, kita juga kan Islam...?

11 April 2015

Hebatnya Penangan Furious 7!!!


Sejak filem Fast & Furious 7 (Furious 7) dalam pembikinan lagi, JR dah memasang angan-angan untuk menontonnya di pawagam. Dan seperti biasa kalau pergi pawagam, JR mesti diiringi oleh bodyguard yang diketuai isteri dan anak-anak lelaki dan perempuan.

Mengapa JR nampak macam teruja nak tengok filem  Furious 7?

1) Sudah ikuti siri Fast & Furious sejak siri 1 lagi, sama ada melalui pawagam atau video. Memang sejak siri 1  lagi, Fast & Furious sentiasa menjadi filem aksi hebat yang tak mengecewakan. Sekurang-kurangnya bila berada dalam panggung menonton filem itu  akan terlupa sekejap realiti dunia dan manusia yang sangat kejam di luar panggung.

11 December 2014

Vietnam


Apa perasan korang jika tetamu datang rumah korang, kemudian anak-anak korang yang selalu dipuji di TV sebagai anak-anak yang 'sopan santun' dan 'baik budi bahasa' membelasah tetamu yang datang itu?

Mesti malu kan?

Yang lebih memalukan bila giliran korang nak pergi bertandang ke rumah tetamu itu, tetamu itu menjanjikan korang akan dilayan dengan baik di dalam rumahnya, anak-anaknya tak akan buat seperti apa yang anak-anak korang lakukan terhadapnya:

09 December 2014

Azam 2014 Yang Belum Tercapai


Dah tinggal 18 hari lagi sebelum masuk 2015, korang masih ada azam 2014 yang belum tercapai?

JR tak ada azam 2014 yang belum tercapai. Bukan kerana semua azam 2014 dah tercapai, tapi kerana JR tak pernah ada azam tahun baru...

Tapi Malaysia ada azam tahun 2014 yang sampai sekarang masih tak tercapai:


Melihat gaya Malaysia menentang Vietnam dalam Piala Suzuki 2 malam lepas, nampak macam azam untuk ke Piala Dunia 50 tahun lagi pun seperti sukar dicapai.

Dan bila melihat cara penyokong kita membelasah penyokong Vietnam di Stadium Shah Alam malam itu, semakin kuranglah keyakinan itu...


23 November 2014

Permainan Google Yang Aku Sangat Tak Paham


Sebentar tadi saja la JR belek-belek statistik visitor yang melawat blog JR. Lepas itu belek pula bilangan pageview blog ini mengikut negara dalam tempoh seminggu dari 16 November hingga 23 November 2014.

Tak paham aku pasal apa jadi begini?