»
Showing posts with label Vietnam. Show all posts
Showing posts with label Vietnam. Show all posts

06 April 2016

Tudung Neelofa Dan T-Shirt Komunis

Minggu lepas isteri JR ke Vietnam selama 4 hari. Sebelum ke sana isteri tanya JR: "Nak pesan apa-apa kat Vietnam tak?"

JR yang suka berseloroh jawab, "Dah alang-alang ke negara komunis, belilah t-shirt komunis!!"


Memang Vietnam negara komunis, diperintah oleh Parti Komunis Vietnam sejak merdeka sampai sekarang. Seperti juga dengan China diperintah oleh Parti Komunis China dari dulu sampai sekarang.
Itu semua orang tau.

Tapi tak sangka pula gurauan JR jadi kenyataan.
Balik dari Vietnam Ahad lepas, selain dari membeli pelbagai jenis pakaian dan tudung (termasuk tudung Neelofa yang harganya sangat murah di sana), ada beberapa t-shirt dibeli isteri untuk JR. Paling istimewa sehelai t-shirt berwarna merah dengan gambar tukul besi dan sabit. Isteri betul-betul beli t-shirt lambang komunis! 


 
Bergambar dengan t-shirt Parti Komunis Vietnam dan topi Vietcong di depan rumah....

"Laa..abang melawak aje.. ni dah betul-betul beli baju komunis ni!" kata JR.

"Sapa suruh melawak, dah nampak..tengok ja terus beli. Lagi pun bukan salah pakai t-shirt komunis kan?" kata isteri.


Memang pun tak salah pakai t-shirt lambang Parti Komunis yang memerintah Vietnam. Kerajaan kita pun berkawan baik dengan kerajaan komunis seperti China, Vietnam dan Cuba. Malah tiap kali ada Persidangan Agung Umno delegasi Parti Komunis China, Parti Komunis Vietnam dan Parti Komunis Cuba turut hadir sebagai pemerhati.
Kalau kerajaan kita berkawan baik dengan kerajaan komunis dan parti komunis tentu tak salah jika rakyat Malaysia pakai baju berlambangkan negara yang Malaysia bersahabat dengannya.

Bendera Parti Komunis Vietnam

    2 parti dari 2 negara sahabat..
 
Walaupun JR tau pakai t-shirt Parti Komunis Vietnam tak salah tapi JR  tak akan pakai t-shirt itu di luar rumah. Setakat pakai masa di dapur atau masa tidur bolehlah. Atau simpan aje dalam almari sebagai kenangan pernah ke negara komunis!

11 December 2014

Malam Sedih Vietnam & Pirate Bay


Malam ini anak-anak JR bercampur aduk antara rasa suka dan duka.

Anak-anak suka dan melompat riang sambil bersorak di depan TV apabila pengadil meniupkan wisel penamat yang memastikan Malaysia melangkah bergaya ke final Piala Suzuki AFF mengalahkan Vietnam dengan keputusan 4-2 atau agreget 5-4.

Vietnam


Apa perasan korang jika tetamu datang rumah korang, kemudian anak-anak korang yang selalu dipuji di TV sebagai anak-anak yang 'sopan santun' dan 'baik budi bahasa' membelasah tetamu yang datang itu?

Mesti malu kan?

Yang lebih memalukan bila giliran korang nak pergi bertandang ke rumah tetamu itu, tetamu itu menjanjikan korang akan dilayan dengan baik di dalam rumahnya, anak-anaknya tak akan buat seperti apa yang anak-anak korang lakukan terhadapnya:

09 December 2014

Azam 2014 Yang Belum Tercapai


Dah tinggal 18 hari lagi sebelum masuk 2015, korang masih ada azam 2014 yang belum tercapai?

JR tak ada azam 2014 yang belum tercapai. Bukan kerana semua azam 2014 dah tercapai, tapi kerana JR tak pernah ada azam tahun baru...

Tapi Malaysia ada azam tahun 2014 yang sampai sekarang masih tak tercapai:


Melihat gaya Malaysia menentang Vietnam dalam Piala Suzuki 2 malam lepas, nampak macam azam untuk ke Piala Dunia 50 tahun lagi pun seperti sukar dicapai.

Dan bila melihat cara penyokong kita membelasah penyokong Vietnam di Stadium Shah Alam malam itu, semakin kuranglah keyakinan itu...