»

06 April 2016

Tudung Neelofa Dan T-Shirt Komunis

Minggu lepas isteri JR ke Vietnam selama 4 hari. Sebelum ke sana isteri tanya JR: "Nak pesan apa-apa kat Vietnam tak?"

JR yang suka berseloroh jawab, "Dah alang-alang ke negara komunis, belilah t-shirt komunis!!"


Memang Vietnam negara komunis, diperintah oleh Parti Komunis Vietnam sejak merdeka sampai sekarang. Seperti juga dengan China diperintah oleh Parti Komunis China dari dulu sampai sekarang.
Itu semua orang tau.

Tapi tak sangka pula gurauan JR jadi kenyataan.
Balik dari Vietnam Ahad lepas, selain dari membeli pelbagai jenis pakaian dan tudung (termasuk tudung Neelofa yang harganya sangat murah di sana), ada beberapa t-shirt dibeli isteri untuk JR. Paling istimewa sehelai t-shirt berwarna merah dengan gambar tukul besi dan sabit. Isteri betul-betul beli t-shirt lambang komunis! 


 
Bergambar dengan t-shirt Parti Komunis Vietnam dan topi Vietcong di depan rumah....

"Laa..abang melawak aje.. ni dah betul-betul beli baju komunis ni!" kata JR.

"Sapa suruh melawak, dah nampak..tengok ja terus beli. Lagi pun bukan salah pakai t-shirt komunis kan?" kata isteri.


Memang pun tak salah pakai t-shirt lambang Parti Komunis yang memerintah Vietnam. Kerajaan kita pun berkawan baik dengan kerajaan komunis seperti China, Vietnam dan Cuba. Malah tiap kali ada Persidangan Agung Umno delegasi Parti Komunis China, Parti Komunis Vietnam dan Parti Komunis Cuba turut hadir sebagai pemerhati.
Kalau kerajaan kita berkawan baik dengan kerajaan komunis dan parti komunis tentu tak salah jika rakyat Malaysia pakai baju berlambangkan negara yang Malaysia bersahabat dengannya.

Bendera Parti Komunis Vietnam

    2 parti dari 2 negara sahabat..
 
Walaupun JR tau pakai t-shirt Parti Komunis Vietnam tak salah tapi JR  tak akan pakai t-shirt itu di luar rumah. Setakat pakai masa di dapur atau masa tidur bolehlah. Atau simpan aje dalam almari sebagai kenangan pernah ke negara komunis!

31 March 2016

Terima Kasih JM!!


Petang semalam sampai saja ke rumah ternampak beberapa surat dalam post box. Salah satunya dari seseorang yang sangat istimewa yang JR tak pernah jangka akan menerimanya....

Bila dibuka:



Terima kasih blogger Jari Manis (JM)!!

Bertambahlah satu lagi fridge magnet untuk di pelekat di peti ais rumah kami. Setiap kali membuka peti ais tentu akan teringat JM, hahahaha..harap-harap JM tak marah, melawak aje....

Inilah kali pertama JR terima cenderahati dari JM. JM memang blogger budiman selalu bagi souvenir kepada pembaca yang rajin singgah di blognya. Semoga Allah akan sentiasa merahmati hidup JM.


http://jarimanistravel.blogspot.my/

Blog JM memang istimewa, ia dipenuhi catatan kembara seorang wanita cekal ke seluruh dunia. Kalau satu hari nanti JR ke negara yang pernah disinggah JM, JR akan jadikan catatannya sebagai bahan rujuk. 

Kepada yang belum bersahabat dengan JM jom terjah blog JM, blog popular yang setiap entri pasti akan terima komen ratusan orang. Macam bumi dengan langit dibandingkan dengan blog JR yang jika dapat komen lebih 10 setiap entri dah dianggap bertuah!

Nota: Hari ini hari ketiga JR jadi Mr Mama apabila isteri ke Vietnam bersama rombongan pejabatnya...Sesekali seronok juga dapat lesen besar boleh buat apa saja, hahahaha...

30 March 2016

Bukan Prasangka Seks

Bukan prasangka seks, prasangka gender
bukan kami lelaki yang kata
kamu pompuan yang kata di cermin kereta:

 

 Memang kena sabar
bila kau tak pasti belok kanan atau kiri
bila kau malas bagi signal
bila kau bawa pelan di lorong kanan
bila kau parkir herot petot
bila tayar pancit tak reti ganti

Memang kena sabar
ia bukan sifat hakiki pompuan
lelaki pun apa kurang

26 March 2016

Beza Orang Korea Dengan Malaysia

Bezanya bukan setakat bentuk mata, warna kulit, fesyen rambut dan bahasa. 

Banyak beza orang Korea dengan orang Malaysia. Salah satunya tentang sikap.

Ini sikap orang Korea:


Ini pula sikap orang Malaysia dalam situasi yang sama:


Tapi bukan semua orang Malaysia macam tu. Bukan semua orang Malaysia yang akan sambar semua rezeki di depan mata tanpa selidik halal haramnya. Ramai yang seperti orang Korea masih ada maruah, ada harga diri

Bangsa maju ialah bangsa yang ada harga diri dan maruah.