»
Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

26 January 2016

Bila Kereta Dicium Pemandu Wanita

Masa berhenti di simpang dekat SMK Asma, Alor Setar lepas hantar anak ke sekolah pagi tadi, JR berada betul-betul di belakang sebuah kereta Proton Saga model 1990an. Bila tayar kereta berada atas tanah bonggol seperti ini sang pemandu kenalah berhati-hati, terutama jika bawa kereta manual. Kena tekan brek kuat-kuat, kalau tidak....

Dan apa yang JR risaukan benar-benar terjadi. Tiba-tiba kereta di depan JR  menggelusur  laju ke belakang. JR cuba undur kereta ke belakang tapi di belakang juga ada kereta berhenti. Serah nyawa sajalah....

Tak sampai 10 saat bunyi "bummm!" menggegar kereta JR. Pen dan kertas atas dashboard jatuh berselerak atas lantai kereta.


Seorang wanita awal 30an dengan wajah pucat keluar dari kereta Proton Saga memimpin seorang budak lelaki berumur kira-kira 4 tahun.


"Maaf encik, maaf..brek kereta saya tak makan. Saya dah cuba, tapi kereta turun juga" katanya dengan suara panik. "Berapa saya kena bayar?".


JR periksa Hyundai Elantra. Cuma ada sedikit calar di bumper depan. Tak ada kemek sikit pun walaupun dentumannya tadi kuat juga. Hebat juga kereta Korea!

Kereta Proton Saga wanita itu pula  nampak kesan kemek dan calar yang dalam dan besar di bumper belakang. Jenuh juga dia nak bayar kepada tukang cat nanti.

"Encik..berapa saya kena bayar?" tanya lagi wanita itu dengan suara sedikit bergetar.

JR perhatikan wajahnya yang nampak sangat risau itu. Kemudian  JR perhatikan budak lelaki yang nampak takut-takut yang berada di sisi wanita itu. Di dalam kereta pula ada seorang budak perempuan usia kira-kira setahun lebih sedang terlompat-lompat menangis.

Rasa simpati membuak-buak.

"Tak payah bayar saya apa-apalah. Kereta saya kena sikit saja..." kata JR.
 

Tanpa ucapkan sepatah kata pun, wanita itu bergegas masuk ke dalam keretanya. 

Rasanya kalau dia tak panik pasti dia akan ucapkan terima kasih kepada JR yang telah membantu menghilangkan rasa bersalahnya...


 
Sikit saja bahagian yang calar, lepas polish nanti OKlah tu...

Sekejap lagi JR nak cuba polish bahagian yang calar itu. Moga-moga menjadi...

03 June 2015

Kecil-Kecil Myvi Terpelanting Lori...


Masih ingat tragedi di Lebuhraya Duke awal bulan lepas? Akibat kereta Myvi bergesel dengan sebuah Pajero Sport, satu keluarga yang menaiki Pajero  Sport hilang nyawa.

Berdasarkan tragedi itu ramai yang kata jangan pandang rendah kepada keupayan Myvi. Pajero Sport pun boleh tewas dengan Myvi, apa lagi kenderaan buatan Malaysia lain.

Hari ni JR baca satu lagi berita, juga melibatkan Myvi. Sekali lagi jangan pandang rendah kepada keupayaan Myvi: