»

26 January 2016

Bila Kereta Dicium Pemandu Wanita

Masa berhenti di simpang dekat SMK Asma, Alor Setar lepas hantar anak ke sekolah pagi tadi, JR berada betul-betul di belakang sebuah kereta Proton Saga model 1990an. Bila tayar kereta berada atas tanah bonggol seperti ini sang pemandu kenalah berhati-hati, terutama jika bawa kereta manual. Kena tekan brek kuat-kuat, kalau tidak....

Dan apa yang JR risaukan benar-benar terjadi. Tiba-tiba kereta di depan JR  menggelusur  laju ke belakang. JR cuba undur kereta ke belakang tapi di belakang juga ada kereta berhenti. Serah nyawa sajalah....

Tak sampai 10 saat bunyi "bummm!" menggegar kereta JR. Pen dan kertas atas dashboard jatuh berselerak atas lantai kereta.


Seorang wanita awal 30an dengan wajah pucat keluar dari kereta Proton Saga memimpin seorang budak lelaki berumur kira-kira 4 tahun.


"Maaf encik, maaf..brek kereta saya tak makan. Saya dah cuba, tapi kereta turun juga" katanya dengan suara panik. "Berapa saya kena bayar?".


JR periksa Hyundai Elantra. Cuma ada sedikit calar di bumper depan. Tak ada kemek sikit pun walaupun dentumannya tadi kuat juga. Hebat juga kereta Korea!

Kereta Proton Saga wanita itu pula  nampak kesan kemek dan calar yang dalam dan besar di bumper belakang. Jenuh juga dia nak bayar kepada tukang cat nanti.

"Encik..berapa saya kena bayar?" tanya lagi wanita itu dengan suara sedikit bergetar.

JR perhatikan wajahnya yang nampak sangat risau itu. Kemudian  JR perhatikan budak lelaki yang nampak takut-takut yang berada di sisi wanita itu. Di dalam kereta pula ada seorang budak perempuan usia kira-kira setahun lebih sedang terlompat-lompat menangis.

Rasa simpati membuak-buak.

"Tak payah bayar saya apa-apalah. Kereta saya kena sikit saja..." kata JR.
 

Tanpa ucapkan sepatah kata pun, wanita itu bergegas masuk ke dalam keretanya. 

Rasanya kalau dia tak panik pasti dia akan ucapkan terima kasih kepada JR yang telah membantu menghilangkan rasa bersalahnya...


 
Sikit saja bahagian yang calar, lepas polish nanti OKlah tu...

Sekejap lagi JR nak cuba polish bahagian yang calar itu. Moga-moga menjadi...

6 comments:

  1. Betul tu JR..
    Sebab dia panic tu yg lupa nak ucapkan terima kasih..
    Tambahan anak perempuannya yg didalam kereta tu dah melompat-lompat menangis, tentu ingatannya pada anak didalam kereta sehingga lupa nak mengucapkan terima kasih..

    InshaAllah boleh ok tu yg calar tu di polish balik JR..
    Macam kereta CH itu hari..
    Tambahan dengan niat ikhlas JR hendak membantu tanpa meminta bayaran dari pompuan tu..

    ReplyDelete
  2. Mesti dia bersyukur sangat2 sebab dapat orang yang baik hati macam JR..
    Macam tu jugak kes saya minggu lepas.. Alhamdulillah selesai dengan baik.

    ReplyDelete
  3. Salam singgah!

    Baiknya JR ni. Kita orang perempuan memang mostly panik bila terlibat dalam kemalangan. Mulalah tu gundah-gulana tak tahu macamana nak berdepan dengan driver yang satu lagi. Tentu wanita tu lega sangat bila tak kena bayar. Baik sungguh nasibnya.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah . permudahkan org lain , insha Allah dipermudahkan juga urusan kita . klu saya pun panik . RM terbang wooo ...

    ReplyDelete
  5. betui tu ...panik la tu .... tak pun risau laki dia marah plak .... tu yg tak terkeluar ckp TQ tu ...seb baik JR ni jenis org baik hati pastu tak viral pun pasal wanita ckp TQ tu ..... proud of u JR!!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....