»
Showing posts with label Hyundai Elantra. Show all posts
Showing posts with label Hyundai Elantra. Show all posts

26 January 2016

Bila Kereta Dicium Pemandu Wanita

Masa berhenti di simpang dekat SMK Asma, Alor Setar lepas hantar anak ke sekolah pagi tadi, JR berada betul-betul di belakang sebuah kereta Proton Saga model 1990an. Bila tayar kereta berada atas tanah bonggol seperti ini sang pemandu kenalah berhati-hati, terutama jika bawa kereta manual. Kena tekan brek kuat-kuat, kalau tidak....

Dan apa yang JR risaukan benar-benar terjadi. Tiba-tiba kereta di depan JR  menggelusur  laju ke belakang. JR cuba undur kereta ke belakang tapi di belakang juga ada kereta berhenti. Serah nyawa sajalah....

Tak sampai 10 saat bunyi "bummm!" menggegar kereta JR. Pen dan kertas atas dashboard jatuh berselerak atas lantai kereta.


Seorang wanita awal 30an dengan wajah pucat keluar dari kereta Proton Saga memimpin seorang budak lelaki berumur kira-kira 4 tahun.


"Maaf encik, maaf..brek kereta saya tak makan. Saya dah cuba, tapi kereta turun juga" katanya dengan suara panik. "Berapa saya kena bayar?".


JR periksa Hyundai Elantra. Cuma ada sedikit calar di bumper depan. Tak ada kemek sikit pun walaupun dentumannya tadi kuat juga. Hebat juga kereta Korea!

Kereta Proton Saga wanita itu pula  nampak kesan kemek dan calar yang dalam dan besar di bumper belakang. Jenuh juga dia nak bayar kepada tukang cat nanti.

"Encik..berapa saya kena bayar?" tanya lagi wanita itu dengan suara sedikit bergetar.

JR perhatikan wajahnya yang nampak sangat risau itu. Kemudian  JR perhatikan budak lelaki yang nampak takut-takut yang berada di sisi wanita itu. Di dalam kereta pula ada seorang budak perempuan usia kira-kira setahun lebih sedang terlompat-lompat menangis.

Rasa simpati membuak-buak.

"Tak payah bayar saya apa-apalah. Kereta saya kena sikit saja..." kata JR.
 

Tanpa ucapkan sepatah kata pun, wanita itu bergegas masuk ke dalam keretanya. 

Rasanya kalau dia tak panik pasti dia akan ucapkan terima kasih kepada JR yang telah membantu menghilangkan rasa bersalahnya...


 
Sikit saja bahagian yang calar, lepas polish nanti OKlah tu...

Sekejap lagi JR nak cuba polish bahagian yang calar itu. Moga-moga menjadi...

19 April 2015

Baju Baru Untuk Kekasih 2


Dua minggu lepas JR pernah tulis entri tentang baju baru untuk kekasih:


Akhirnya pda hari Khamis lepas baju yang ditempah kira-kira dua minggu lalu itu telah disiapkan oleh Bengkel Cat Kereta Ah Chang. Beginilah rupa baju baru untuk 'kekasih' yang bewarna maroon gelap:




Cantik tak baju baru bewarna maroon untuk 'kekasih'? Sapa kata tak cantik  angkat tangan!!

31 March 2015

Baju Baru Untuk Kekasih


Sudah 11 tahun  bersamamu, namun sekali pun belum pernah ku tukar bajumu. Walau di mana kau berada, hari-hari kau dikenali dengan warna hitammu..

Kau pernah berada di Alor Setar dan Taiping bersamaku, kemudian berada di Pulau Pinang dan Langkawi bersama isteriku. Tapi di mana pun kau berada, warnamu tetap sama - hitam:

                                Hyundai Elantra ini dibeli pada 2004 - usianya kini dah 11 tahun

                                Walau dah 11 tahun bersamanya, dia tak pernah meragam..

Kini lepas 11 tahun ingin ku tukar bajumu. Aku cadang kau dipakaikan baju warna putih atau biru Suzuki Swift, tapi isteri dan anak perempuan tak setuju. Kata anak perempuan kereta mama berwarna putih, kereta abang nombor 2 berwarna biru, carilah warna selain putih dan biru pula untukmu.

Bincang punya bincang isteri dan anak perempuan cadang tubuhmu disaluti warna dark purple seperti Alza dan Myvi dan aku tiada pilihan selain setuju:

                                         Ngam ke colour ni dengan Hyundai Elantra kami??

Petang tadi ku hantar kau ke bengkel Ah Chang. RM2,500 untuk baju pearl barumu berwarna dark purple rasanya berbaloi untuk persalinan 11 tahun sekali....