»
Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts

04 January 2016

Kerjaya Baru Sinaran Baru Di Tahun Baru

Akhirnya mulai hari ini, anak kedua JR yang dulunya kerja di Johor Bahru  bertukar kerja ke Pulau Pinang pula. Walaupun majikan baru di Pulau Pinang tawarkan gaji kurang RM500 dari kerja di Johor Bahru tapi Faez menerimanya. Alasannya pertama sebagai anak bujang mudah baginya untuk sesekali pulang tengok ibu bapa dan adik beradik di Alor Setar.

Kedua, syarikat perumahan tempat dia kerja tawarkan kediaman percuma untuk semua kakitangan mereka. Kata boss tempat Faez kerja, tak  guna jadi syarikat perumahan besar tapi ada pekerja yang tinggal di rumah yang tak selesa. Lagi pun syarikat itu tak mau masalah rumah menyebabkan pekerjanya hilang tumpuan terhadap kerja.


Kondo yang disediakan majikan Faez

Kelmarin JR dah pergi tengok rumah yang disediakan majikan Faez, kondo 5 bilik tidur dan 4 bilik air di tengah bandaraya Pulau Pinang. Unit kondo itu belum diduduki orang, Faez orang pertama mendudukinya. Dia akan berkongsi tinggal dengan 5 lagi rakan jurutera yang belum lagi sampai.

 Faez

Semoga kerjaya baru di tahun baru akan memberi sinar baru dalam kehidupan Faez...