Kadang-kadang dalam dunia ini ada perkara-perkara serius yang berlaku akibat sesuatu yang lucu. Contohnya seorang kawan pernah bercerita tentang bapa saudaranya yang meninggal akibat serangan jantung selepas gelak terlalu kuat. Gelak memang lucu tapi mati satu insiden serius yg bukan melucukan.
Begitu juga bercerai bukan benda lawak tapi jika bercerai akibat punggung pasangan menggerutu memang lawak:
(Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Selangor/Kosmo)
Banyak lagi benda-benda yang nampak seperti kecil tapi ada orang nampak ia besar hingga boleh meruntuhkan rumah tangga. Misalnya isteri tak suka suami berborak di surau, suami tak suka isteri basuh baju waktu malam, suami tak suka isteri makan dalam kereta dan pasangan lupa pam tandas.
Bagi JR semuanya itu cuma perkara-perkara kecil yang boleh diselesaikan. Kalau pasangan curang, tak bertanggung jawab atau kaki pukul itu lainlah. Ini bercerai cuma kerana punggung isteri menggerutu yang pasti ada ubatnya atau kerana isteri suka basuh baju waktu malam, ia sangat lucu!
Patut pun 156 pasangan Islam bercerai setiap hari, benda-benda kecil pun dianggap besar oleh orang Islam!
sungguh memprihatinkan, semoga tahun ini bisa menjadi tolak ukur untuk perubahan :)
ReplyDeletealasan yg tersangat remeh temeh..hingga membuatkan tergelak membacanya..
ReplyDeleteTulah kan..benda kecik je, tapi tak berkomunikasi, tak tolak ansur..jd bercerai pulak. Rugi!
ReplyDeletemende kecik ... beli la ubat ke ..antar slim world ke .... lawa la bini tu ..die kedekut tp nk bini lawa ..ceh betui
ReplyDeletemacam2 hal depa ni nak jadi sebab
ReplyDeletebanyak masalah kecil diperbesarkan, harap dijauhkan daripada kami
ReplyDeleteni yang buat ramai takut nk kahwin
ReplyDeletebetul tu, sampai jadi trauma sesetengah orang
DeleteNiat sebenarnya nak bercerai ..
ReplyDeleteMaka timbulah alasan yg tak munasabah ini JR..
Bila difikirkan tak kan tak boleh diatasi ..
sendiri cari alasan sebenarnya, betul tu
DeleteBila ego menguasai diri, segala bentuk komunikasi tak boleh nak diterima hingga menyebabkan perpisahan berlaku.
ReplyDeletelagi satu, benda kecik kalau dikumpul-kumpul jadi besar jugak..so, sama je
ReplyDelete