14 January 2016

Akibat Punggung Menggerutu

Kadang-kadang dalam dunia ini ada perkara-perkara serius yang berlaku akibat sesuatu yang lucu. Contohnya seorang kawan pernah bercerita tentang bapa saudaranya yang meninggal akibat serangan jantung selepas gelak terlalu kuat. Gelak memang lucu tapi mati satu insiden serius yg bukan melucukan.

Begitu juga bercerai bukan benda lawak tapi jika bercerai akibat punggung pasangan menggerutu memang lawak:


(Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Selangor/Kosmo)

Banyak lagi benda-benda yang nampak seperti kecil tapi ada orang nampak ia besar hingga boleh meruntuhkan rumah tangga. Misalnya isteri tak suka suami berborak di surau, suami tak suka isteri basuh baju waktu malam, suami tak suka isteri makan dalam kereta dan pasangan lupa pam tandas.

Bagi JR semuanya itu cuma perkara-perkara kecil yang boleh diselesaikan. Kalau pasangan curang, tak bertanggung jawab atau kaki pukul itu lainlah. Ini bercerai cuma kerana punggung isteri menggerutu yang pasti ada ubatnya atau kerana isteri suka basuh baju waktu malam, ia sangat lucu! 

Patut pun 156 pasangan Islam bercerai setiap hari, benda-benda kecil pun dianggap besar oleh orang Islam!

12 comments:

  1. sungguh memprihatinkan, semoga tahun ini bisa menjadi tolak ukur untuk perubahan :)

    ReplyDelete
  2. alasan yg tersangat remeh temeh..hingga membuatkan tergelak membacanya..

    ReplyDelete
  3. Tulah kan..benda kecik je, tapi tak berkomunikasi, tak tolak ansur..jd bercerai pulak. Rugi!

    ReplyDelete
  4. mende kecik ... beli la ubat ke ..antar slim world ke .... lawa la bini tu ..die kedekut tp nk bini lawa ..ceh betui

    ReplyDelete
  5. macam2 hal depa ni nak jadi sebab

    ReplyDelete
  6. banyak masalah kecil diperbesarkan, harap dijauhkan daripada kami

    ReplyDelete
  7. ni yang buat ramai takut nk kahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sampai jadi trauma sesetengah orang

      Delete
  8. Niat sebenarnya nak bercerai ..
    Maka timbulah alasan yg tak munasabah ini JR..
    Bila difikirkan tak kan tak boleh diatasi ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sendiri cari alasan sebenarnya, betul tu

      Delete
  9. Bila ego menguasai diri, segala bentuk komunikasi tak boleh nak diterima hingga menyebabkan perpisahan berlaku.

    ReplyDelete
  10. lagi satu, benda kecik kalau dikumpul-kumpul jadi besar jugak..so, sama je

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....