»

07 October 2015

WW: Graduan Termuda Malaysia


Umur anak bongsu JR ini baru 16 tahun. Dia belajar di Tingkatan Empat SMKSA Alor Setar, Kedah. Panggilan manjanya di rumah Sha.

Dulu Sha bercita-cita nak jadi akauntan. Kemudian bila di Tingkatan Empat cita-citanya berubah sama ada untuk menjadi doktor atau ahli farmasi. 

Tak kisahlah apa kerjanya nanti. Tapi 3 hari lepas bila dia hadir bersama JR dan isteri di majlis konvokesyen 2 anak lelaki JR, dia teringin sangat nak pakai jubah abangnya:

                                  Mula-mula pakai topi

                                                  Kemudian pakai jubah lengkap

Lalu jadilah dia graduan termuda di Malaysia. Umur 16 tahun, belum ambil SPM dah jadi graduan...
 

6 comments:

  1. Comey anak dara JR ye...
    Tak pe lah.. mula2 pinjam topi dan jubah abang tu..
    tu kan motivasi bagi sha..
    lagi 5 tahun inshaAllah pakai topi dan jubah sendiri ye Sha..

    ReplyDelete
  2. Nasihat saya buat Sha:

    Kalau nak jadi doktor, cuba pergi ke Hospital Alor Setar, pergi ke klinik kerajaan...tengok betul betul cara hidup & cara kerja doktor di Malaysia. Lawatlah beberapa kali. Tengok kesibukan wad, kesibukan klinik. Tengok doktor wanitanya, yg mana saya yakin ramai yg tak sempat make up...hahaha...

    kalau semua itu tak menjadi masalah utk Sha, maka silakan...teruskan cita cita murni tu...

    Satu lagi, kalau Sha ada impian nak jadi kaya raya dengan jadi doktor, saya suka tekankan, majoriti doktor tak kaya....nak kaya, jadi akauntan bertauliah..:P

    ReplyDelete
  3. Takpe lah JR biar dia ambil aura dulu... mana tahu lepas ni bertambah usaha dia untuk berjaya kemenara gading seperti abang2 nyer...

    ReplyDelete
  4. alo...begitu ceritanya kan JR ..

    ReplyDelete
  5. amin.mudah mudahan suatu hari nanti sha menjadi graduan..amin

    ReplyDelete
  6. JR, kalau betul Sha nak jadi doktor, galakkan dia jadi pakar sakit puan. Heheh, kita kekurangan Gynecologist wanita.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....