»

12 October 2015

Selamat Menduduki Peperiksaan PT3


Selamat menduduki peperiksaan Pentadksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk semua pelajar Tingkatan 3 seluruh Malaysia yang bermula hari ini. Semoga kalian dapat memberi jawapan terbaik dan dapat keputusan cemerlang untuk bekalan dunia dan akhirat.

JR sendiri tak ada anak yang menduduki peperiksaan PT3 tahun ini dan tajun-tahun mendatang. Sha, anak bongsu JR menduduki peperiksaan PT3 tahun lepas (2014). Teringat kata-kata seorang guru ketika JR berada di dalam dewan sekolah untuk tengok keputusan PT3 tahun lepas : "PT3 2014 adalah peperiksaan untuk pelajar Tingkatan 3 yang paling teruk dalam sejarah Malaysia.10 kali lebih teruk dan lebih payah dari peperiksaan PMR tahun-tahun sebelum itu..".

Mana tak teruknya, tahun lepas silabus PT3 itu sendiri masih kelam kabut dan wujud ketidak pastian tentang formatnya hingga beberapa bulan sebelum periksa, format peperiksaan bertukar ganti lebih dari 3 kali. Pening kepala cikgu, pelajar dan ibu bapa!

Akibatnya banyak sekolah yang berharap mereka akan dapat keputusan cemerlang seperti peperiksaan PMR sebelumnya rasa terkejut. SMK Sultanah Asmah Alor Setar tempat anak JR belajar yang  selalunya sebelum itu  lebih dari 100 pelajar score straight A's dalam PMR tapi pada 2014 cuma 4 pelajar saja dapat straight A dalam PT3. 

Sekolah-sekolah menengah lain pun begitu juga. SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur yang merupakan antara sekolah menengah terbaik di Malaysia, cuma 1 pelajar  saja yang mendapat keputusan straight A's dalam PT3 2014, sedangkan dalam peperiksaan PMR 2013, 137 pelajarnya mendapat straight A's.
  

                                Keputusan PT3 Sha tahun lepas

Begitulah susahnya PT3 berbanding PMR.

Tapi tahun ini, tahun kedua PT3 dilaksanakan, mungkin keadaan dah berubah. Tahun ini kelam kabut format PT3 yang berubah-ubah seperti tahun lepas tak berlaku lagi, guru-guru banyak belajar dari tragedi PT3 2014 dan pelajar lebih bersedia. Lalu tak hairan jika tahun ini semua sekolah menengah di Malaysia akan mendapat keputusan PT3 berpuluh kali ganda lebih baik dari keputusan PT3 2014.

Kepada pelajar-pelajar yang sedang menduduki peperiksaan PT3, selamat menjawab soalan. Jika jawapan untuk kertas hari ini tidak menggembirakan  jangan terbawa-bawa untuk peperiksaan yang akan dihadapi esok. Kepada ibu bapa yang anak-anak mereka ambil PT3 tahun ini, jangan bandingkan keputusan PT3 anak korang dengan keputusan PMR tahun-tahun sebelumnya kerana PMR dan PT3 sangat berbeza seperti langit dan bumi. Dan jika keputusan peperiksaan PT3 anak korang nanti tak sebaik seperti yang diinginkan, jangan kecewa, kerana apa pun keputusan PT3 dunia tak akan kiamat hanya kerana PT3...

4 comments:

  1. Moga mereka yang duduki pt3 berjaya menjawab soalan

    ReplyDelete
  2. Kita tgk bagaimana prestasi PT3 kali ini..

    ReplyDelete
  3. Moga semua calon dapat menjawab dengan baik dan moga mendapat keputusan cemerlang hendakNYA.

    ReplyDelete
  4. InshaAllah semohg merekan berjaya jawab dengan tetang hari ini lastday tu JR

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....