»

11 January 2015

Isunya Bukan Kerana Artis K-Pop Tak Hensem....


JR tak pasti sama ada boleh setuju atau tak setuju dengan apa yang Pak Menteri kita ini kata:



Tapi bagi JR isunya bukan kerana artis Korea itu tak hensem, pucat dan lain-lain. Bagi JR isu artis Korea bukan lelaki sejati kerana mereka tak hensem dan pucat itu tak penting.

Bagi JR hijab dan K-Pop juga bukan isunya. Hijab dan K-Pop tak salah pun. 

Tak salah pun wanita Islam berhijab, ia kewajiban setiap wanita Islam berhijab.

Juga tak salah pun artis K-Pop datang ke Malaysia. Itu memang profesyen mereka sebagai penghibur datang bila dijemput. Mereka bukan paksa wanita Islam datang jumpa mereka. Mereka tak paksa pun mana-mana wanita menggatal dengan mereka.

Yang jadi isunya bagi JR ialah pihak yang menjemput artis K-Pop itu datang, pihak yang luluskan permit kedatangan mereka. Kalau artis K-Pop tak dijemput mereka tak akan saja-saja datang.

Isu kedua ialah mengapa gadis-gadis  Melayu berhijab itu datang ke pusat hiburan itu untuk melihat artis K-Pop di waktu malam? Mengapa tak duduk di rumah saja waktu malam? Kemudian  berani pula naik atas pentas untuk memeluk dan dipeluk oleh artis K-Pop itu.
Bagi JR bukan saja memeluk dan dipeluk oleh lelaki  'tak sejati' seperti artis K-Pop itu salah, menggatal dengan lelaki sejati yang bukan muhrim seperti JR dan Khairy juga salah...




13 comments:

  1. Makin parah tingkahlaku anak-anakku...

    ReplyDelete
  2. astagfirullah..ingat kan gambar sekeping ja..pelik pula nampak..kah menyamar tu JR..takka rela ja tu..
    mybe kena siasat ..macam2 kita boleh andaikan..bentarsa ni kena bentras

    ReplyDelete
  3. semoga insaf jika dah terfikir salah dari segi hukum...

    ReplyDelete
  4. jatuh luluh hati ibubapa dia bila tengok anaknya begitu..nauzubillah...

    ReplyDelete
  5. hiburan punya pasal, dah tak fikir halal dan haram lagi dah...ish ish ish

    ReplyDelete
  6. Saya skip dari terus melihat foto itu semua. Tak tega.

    Tak terkata apa. Sebenarnya yang itu cuma sikit. Lebih dasyat dari itu ada banyak di keliling kita.

    Yang perendakan sembahyang berjamaah pun ada...

    ReplyDelete
  7. remaja...yg rela diperlakukan sebegitu.oleh artis popular...

    ReplyDelete
  8. TU la JR, yg gadis muslimah tu pergi konsert tu kenapa? Saya terfikir juga, cemana pemilihan peminat yg dijemput ke pentas tu dilakukan? Random je ke, sebab takkan takde dah peminat yg tak pakai tudung atau bukan Islam? Atau mmg semua yg hadir ke show tu semua bertudung sehinggakan susah artis KPop tu nak cari yg tak bertudung? Apapun, bagi saya... walaupun minat mcmn sekalipun, tak perlu pegi konsert la. Tgk dari jauh je dah cukup.

    ReplyDelete
  9. yup, bkn isu lelaki kpop..bkn isu wanita bertudung.
    Isunya, tarbiah Islam belum cukup untuk org Islam di sebuah negara Islam. Satu lagi, takde beza muslim yg berpeluk di tv atas alasan berlakon, dgn isu di atas. Dua2 berstatus haram lagi berdosa.

    ReplyDelete
  10. Soalnya sekarang ni, macam manalah boleh sampai tahap macam tu awek-awek Melayu ni punya gedik. Haha.

    ReplyDelete
  11. terlalu fanatik begitulah jadinya...x berapa 'suka' statement dari Khairy tu

    ReplyDelete
  12. Saya sendiri tak sanggup nak tengok sampai habis video yang viral dalm FB tu.. eemm.. kenapa mesti jadi macam tu.. kena sanggup diperlakukan macam tu.. walhal boleh je elak.. memalukan.

    ReplyDelete
  13. adik perempuan saya peminat kpop. risau jugak ni. dalam bilik penuh poster

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....