»

12 January 2015

Aku Tak Mahu Popular!

Dah 5 hari JR perhatikan tandas awam Taman Jubli Perak (Taman Rimba), Alor Setar dalam keadaan yang sangat kotor. Ia berlaku sejak bekalan air di kawasan itu terputus 5 hari lepas.

Tanpa air ia sangat menyusahkan JR dan rakan-rakan yang hampir setiap hari beriadah di sini. Dah jadi kebiasaan JR, lepas joging akan masuk bilik air membersihkan diri sebelum pulang ke rumah. Tapi sejak 5 hari ini kerana ketiadaan air terpaksa pulang dalam keadaan badan melekit dengan peluh. Rimas!

Tahun lepas tandas awam itu juga hadapi masalah. Tapi lepas JR telefon pihak akhbar, kemudian berita mengenainya masuk akhbar, baru Majlis Bandaraya Alor Setar bertindak membaiki kerosakan tandas awam itu.

Jadi sekarang kena telefon akhbar sekali lagi?

Sekali ini JR tak telefon Nurul, wartawan akhbar itu. JR WhatsApp dia, sertakan sekali gambar tandas awam yang kotor itu:


 

Tapi tengoklah tu, apa jawapan Nurul? Wartawan itu kata dia boleh siarkan berita mengenai  tandas awam itu dengan syarat JR sudi ditemubual. 

JR (seperti juga pengunjung lain) sebenarnya tak kisah ditemubual tapi diambil gambar masuk akhbar, itu JR sangat keberatan. Tak pasal-pasal aku jadi popular!! JR bukan orang politik yang gila populariti dan publisiti, apa-apa pun mahu ada gambar...

Yang bossnya nak juga gambar orang yang ditemubual disiarkan dalam akhbar kononnya  takut kenyataan yang diberi ada unsur menipu.

Jadi sekarang bagaimana? Entahlah... nanti JR akan pikir kemudian. Tapi kalau syarat berita itu masuk akhbar kena juga siarkan gambar JR yang tak hensem ni, rasanya setakat ini, sorilah. Pengalaman lalu mengajar apa tindakan kita hari ini....

Apa pun terima kasih kepada Nurul, dia telah cuba yang terbaik...

13 comments:

  1. kalau ditemubual dan disertakan gambar sekali, pada saya masih juga berisiko untuk gambar abang JR dimanipulasi kemudian hari. saya biasa terbaca macam2 hal pasal gambar orang awam yang ditemubual. ada yang mengaku lain dicakap, lain pulak yang disiarkan. dan ada jugak yang langsung tak tau apa2, tapi tiba2 terpampang muka dalam akhbar. kononnya dia yang ditemubual.

    rasanya, abang JR kena buat perjanjian dengan si wartawan dulu supaya apa yang disiarkan kelak tak bercanggah dengan apa yang dicakap. lepas tu baru la boleh bagi izin siarkan gambar muka sekali.

    *kawan saya masih simpan keratan akhbar pasal rumah sewa yang terbakar lewat 80-an (zaman belajar) dulu. yang ditulis kononnya mereka rasa berterima kasih mendapat bantuan, tapi sebenarnya si wartawan yang suruh bergambar ramai2 sambil tadah tangan! kesian...

    ReplyDelete
  2. tak mengapa lah kalau orang buat tak baik ngan kita asalkan kita buat baik untuk orang lain... kesan buruk hanya datang dalam fikiran tapi kesan baik akan datang dalam kehidupan... bukan popular yg dikejarkan tapi syarat yg menjadikan benda tu bertambah baik...

    ReplyDelete
  3. Uwekkkk...
    Nak muntah hijau tgk gambaq2 ni.
    Memanglah kan, Bro JR.
    Kalau saya pun xnak glamer.
    Tapi, dah mmg job wartawan tu..
    Apa kata JR bagi ambik gambar sipi ja.
    Yg penting nampak misai...hahaha...

    ReplyDelete
  4. eeeeeeiiii...kotor nyer...

    ReplyDelete
  5. alamak...kotor ..tak sanggup..lari.....

    ReplyDelete
  6. bukan ke tanggungjawab majlis perbandaran utk ambil kisah perkara ini...tandas tiada bekalan air..sepatunya lapor kepada siapa selain dari akhbar..

    ReplyDelete
  7. kalau JM maybe akan di pertimbangkan ahhahaha

    ReplyDelete
  8. salam...

    mengelikan sungguhkan... mmg jarang guna public toilet.. tp kalau dah terpaksa, kira memang menyusahkan..

    jd popular kejap demi kebaikan.. insyallah ok kot.

    ReplyDelete
  9. tu masaalah utama tandas awam kat malaysia ni...

    ReplyDelete
  10. Pengalaman JR yg mana yg buat JR serik ditemuramah beserta gambar tu? Org kat taman jjubli tu kenal dgn JR ke then kena boikot? Kalo mcm tu, terpaksa la jR tahan je perasaan dengan tandas kotor tu. Toilet tu kalo tak ada air, mmg akan jadi masalah macam tu.

    ReplyDelete
  11. Tak cukup hanya dengan gambar sekitar tandas tu untuk dijadikan bukti ke..?
    Kenapa pihak berkenaan tak datang baiki mana yang rosak..

    ReplyDelete
  12. sy pernah kena. member lemas sebab terjatuh dalam lombong. dikatanya menjala ikan. yg ditemubual ckp lain disiar cakap lain

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....