Semalam terbaca coretan Daddy Ziyyad dalam blognya mengenai amanah menjaga anak.
Tiba-tiba JR teringat pengalaman menjaga 6 anak-anak kami masa mereka masih kecil dulu...
JR ini walaupun ketika berusia 20an dan 30an menyimpan misai tebal dan ramai yang pertama kali jumpa sangka JR seorang yang garang, tapi sebenarnya JR seorang yang pelembut dengan anak isteri (bukan nak angkat bakul nooooo...). Sampai kadang-kadang kerana 'terlalu lembut dengan anak-anak', isteri pula yang merayu JR untuk berkeras sikit dengan mereka. Kadang-kadang berlakon juga jadi keras dengan anak-anak depan isteri tapi selalunya tak menjadi! Tak seperti isteri yang mempunyai lantunan suara tinggi yang menyebabakan anak-anak selalu mencari perlindungan ayahnya bila dimarahi.
Teringat satu peristiwa ketika JR baru beli kereta baru - Nissan Serena - berbelas tahun dulu. Suatu hari ketika balik ke rumah dari joging, JR lihat kereta yang baru seminggu dibeli bercalar sana sini. Rupanya anak kedua JR yang masa itu berumur kira-kira 3-4 tahun mencalarkannya dengan kereta mainannya.
Apa lagi mengamuk sakanlah JR! Kereta baru dibeli kan? Mesti sayang bukan main (macam sayang bini baru kot??)
Lalu JR capai tali pinggang dan rotan belakangnya cukup-cukup. Itulah kali pertama seorang ayah yang begitu pelembut merotan anaknya begitu rupa. Sehingga isteri pun jadi terkejut tak pernah lihat JR dirasuk syaitan seperti itu.
Tapi malam itu ketika anak lelaki kedua itu sedang tidur, JR masuki bilik tidurnya. Melihat matanya yang tak
berdosa itu pejam dalam keadaan begitu damai - mata sama yang waktu
petang menangis terisak-isak minta ampun tapi tak dipedulikan oleh
ayahnya yang kerasukan - hati berkata: berdosanya aku tak menghargai
amanah Allah! Kemudian bila diperiksa belakangnya kelihatan begitu jelas beberapa jalur merah kesan kena talipinggang. Ketika itu baru rasa hati sebak, pedih rasa hati, tapi samakah pedih hati seorang ayah dengan pedih kulit nipis seorang anak ketika menahan pukulan seorang dewasa? Tiba-tiba ketika itu air mata jantan JR yang sangat mahal dan sangat jarang jatuh itu, jatuh semahu-mahunya berderaian atas pipi anak yang masih tidur dalam damai. Cuma kerana sebuah kereta yang dibuat dari besi dia dipukul seteruk itu, sedangkan anak aku mempunyai roh yang perlu disayangi??
Dan malam itu JR tidur di sebelah anak lelaki kedua itu meninggalkan isteri sendirian tidur dalam bilik kami. Esoknya JR cuti kecemasan, menghabiskan hampir separuh hari dari pagi hingga ke petang membawa anak kedua dan abangnya berjalan-jalan. Rasa seperti hilang separuh dosa apabila melihat keceriaan kedua-dua anak ketika kami sama-sama main kejar-kejar berdekatan Taman Tasik Titiwangsa, kekenyangan makan ayam goreng di KFC dan kebasahan mandi di kolam KLCC..
Dan itulah seingat JR kali terakhir (juga kali pertama) JR pukul anak seteruk itu. Lepas itu jika anak-anak melakukan kesalahan, JR lebih berdiplomasi, kalau nak ajar dengan tangan pun cuma setakat 'tamparan manja' dan lembut seperti tamparan pasangan yang sedang bercinta.
Insiden itu mengajar JR untuk lebih sabar dengan anak-anak, lebih menghargai anak-anak. Sebagai orang dewasa tak perlu kita berfikir seperti orang dewasa bila berhadapan dengan anak-kanak. Kita perlu berfikir seperti kanak-kanak yang kehidupan mereka hanya dipenuhi bunga-bunga keceriaan dan keriangan. Dan ketika dipuncak keceriaan dan keriangan mereka sering bertindak sesuatu yang kadang-kadang kita orang dewasa tak dapat menerimanya. Kita tak dapat terima kerana kita orang dewasa berfikir sebagai orang dewasa, terlupa kita juga pernah hidup sebagai kanak-kanak yang cuma tahu keceriaan dan keriangan, kalau boleh conteng semua nak dicontengnya tak kira dinding rumah, dinding kereta, meja dan lain-lain..
Insiden itu mengajar JR untuk lebih sabar dengan anak-anak, lebih menghargai anak-anak. Sebagai orang dewasa tak perlu kita berfikir seperti orang dewasa bila berhadapan dengan anak-kanak. Kita perlu berfikir seperti kanak-kanak yang kehidupan mereka hanya dipenuhi bunga-bunga keceriaan dan keriangan. Dan ketika dipuncak keceriaan dan keriangan mereka sering bertindak sesuatu yang kadang-kadang kita orang dewasa tak dapat menerimanya. Kita tak dapat terima kerana kita orang dewasa berfikir sebagai orang dewasa, terlupa kita juga pernah hidup sebagai kanak-kanak yang cuma tahu keceriaan dan keriangan, kalau boleh conteng semua nak dicontengnya tak kira dinding rumah, dinding kereta, meja dan lain-lain..
Kepada Faez Amirul yang kini di tahun akhir sarjana kejuruteraan awam di UTHM, maafkan ayahmu ini kerana pernah menyakitkanmu dulu...
Faez Amirul - bekas kena talipinggang itu dah lama hilang....
Kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil, sayangilah anak anda melebihi kasih sayang terhadap kereta, meja, kerusi, pasu bunga, pinggan, cawan atau dinding rumah kerana itu semua cuma material yang cuma punya jasad tapi tak punya roh seperti anak-anak anda....
apa yang saya perasan tentang kebanyakan pasangan suami isteri ni, salah seorang mesti ada sikap lembut dengan anak-anak. yang seorang lagi pulak akan keras atau garang. kadang-kadang sampaikan anak tu jadi manja atau rapat dengan yang seorang tu.
ReplyDeletekalau macam tu, baru la balance kot...
Sewaktu anak-anak masih kecil, kakcik memang lebih garang berbanding ayah mereka. Tapi sesekali memang suami ada 'naik hantu' dan waktu itu kakcik akan menjadi pelindung kepada anak-anak.
ReplyDeleteSekarang bila anak-anak kian dewasa, kakcik sudah makin hilang suara...
kepada Faez Amirul - semoga menjadi jurutera yang berjaya di dunia dan sejahtera di akhirat. Semoga juga akan menjadi lelaki yang baik seperti ayahnya...
terasa sedih pulak baca entri JR ni...
ReplyDeletealhamdulilah saya dan suami tak pernah meukul anak2..kalau nak marah sekalipun...cuba bertahan...bersabar...
dah besar panjang dah budaknya... UTHM BATU PAHAT ke jr ?...
ReplyDeleteYa..UTHM BP....
DeleteHuhu. Nice tips abg jr. Peringatan yg mnrik jgk. Sedih pulak sy.
ReplyDeleteTerima kasih JR berkongsi kisah itu..
ReplyDeleteUtk pedoman saya dalam membesarkan anak anak saya..
Saya pernah dengar di radio IKIM,ustaz memberitahu, mmg kena redakan kemarahan dulu, baru pukul...sebab masa tu kita pukul dlm keadaan waras, kita pukul utk mengajar...bukannya pukul kerana geram..
sedih baca..perit rasa nya pukul anak..etuza ada sama melakukannya..ya Allah ini ujian kami yg bergelar ayah...anak2 maafkan kami yang bergelar ayah...
ReplyDeleteSaya garang JR. Bila anak saya tu buat perangai terutamanya kat meja makan, saya mmg rasa mcm dah kembang kepala ni sbb tahan marah. Kdg2 ada juga tertinggikan suara. Huhu.. Perkongsian JR ni, buat saya sebak je.
ReplyDeletewpun blm ada anak , rasanya x sampai hati kot nak pukul selepas mengandung dan melahirkan mrk dgn susah payah ...
ReplyDeleteayah lagi garang. smpi sekarang tak rapat.
ReplyDelete