Tadi ke klinik kerajaan bawa ibu mentua yang kurang sihat. Jengkel melihat masih ada yang merokok di kawasan klinik walaupun dah jelas tertulis ia zon larangan merokok. Buta huruf kot depa tu...?
Kalau
yang merokok tu orang bukan Islam boleh faham juga. Tapi kalau orang
lslam yang merokok memang JR tak faham. Zon larangan merokok satu hal. Tapi satu hal lagi yang lebih penting, tak kan mereka tak sedar merokok itu HARAM di
sisi lslam? HARAM, HARAM, HARAM..!! Fatwa haram merokok dalam lslam bukan baru, bukan setahun dua, tapi fatwa itu dah keluar dekat 20 tahun!
20 tahun bukan jangka waktu pendek. Bagi manusia kalau
berumur 20 tahun dah layak kahwin, dah cukup dewasa. Tapi mengapa
perokok Islam ini masih belum dewasa? 20 tahun dah keluar fatwa itu tapi seperti kata orang Kedah depa masih ketegaq (degil)?
Mungkin mereka perlukan 20 tahun lagi untuk sedar mereka dah dewasa dan patut berhenti merokok?
kalau saya pun mmg geram dgn org2 gini. JR tak tegur je? Org tak reti, kena ajar skit.
ReplyDeleteTu pasal saya kata, perokok tegar ni bodoh.
ReplyDeleteSel otak dah tak boleh nak fikir dosa..tak boleh nak fikir azab neraka, dan jangan hartap nak fikir orang lain yg terpaksa cium bau asap rokok dia
Dah ketegaq tu memang susah nak kata lah JR.. rasa mcm nak pergi jer cabut rokok kat muncung dorang tu.. padam kan api rokok tu :P
ReplyDeletekena bagi viral sikit bagitahu dalam rokok tu ada genetik babi... baru lah semua bukak mata... kat Brunei dah diharamkan merokok, rokok yg nak dibawa masuk harganya melambung tinggi
ReplyDeleteala..menteri sendiri pun merokok hehe..
ReplyDeleteKetegaq tu saya tau ~> degil.
ReplyDeleteMak saya orang Perak.
Saya ni lahir je kat Perak, stay kat Nogori 9.
nak kena hukum sebat.. baru berhenti kot..
ReplyDeletekena mula dari awal, budak budak bawah 15 tahun kena diberitahu status merokok ni, klu yg dah tegar tu mmg tak bleh buat apa.
ReplyDeleteprevention is better than cure.
disebab rokok, en. suami pernah dikejarkan ke hospital gara-gara berhenti secara mendadak.. panik gak masa kejadian tu tapi syukur takde pape2..
ReplyDeleteEtuza tak merokok ya, tapi tak pandai bagi nasihat pada yg merokok sebab dah habit diorang Etuza yakin diorang akan sedar juga
ReplyDeletenak haramkan penjualan rokok , nanti bangsa lain marah lak kan ... kena hapuskan subsidi rokok kot ...
ReplyDelete