Banyak pros & cons tinggal di rumah kampung dalam bandar macam JR ni....
Yang bestnya tinggal di rumah kampung dalam bandar ialah jarak dengan pusat bandar cuma 1.5 km. Semua kemudahan ada - rumah dekat dengan sekolah, hospital, masjid, supermarket. Yang paling unik, walau tinggal di bandar tapi masih dapat menikmati suasana kampung - di sebelah rumah ada dusun, di belakang rumah ada sawah dan yang penting rumah ada halaman yang luas. Harga belian rumah juga tak begitu mahal.
Rumah JR..rumahku syurgaku..
Itu antara yang pros. Yang cons pun banyak juga bila tinggal di rumah kampung ni. Antaranya rumah banyak tikus, maklumlah rumah JR bersebelahan bendang. Tikus race atas bumbung perkara biasa. Dua minggu lepas ada ular tedung senduk di depan rumah. Mujur berjaya ditangkap JPAM.
Satu lagi cons ialah banyak musang di sekitar rumah. Kadang-kadang dengar bunyi suara musang atas siling rumah.
Maaf..ini bukan gambar musang yang JR snap. Ia gambar musang dalam google..
Melihat musang meniti atas talian letrik lalu masuk ke siling rumah JR perkara biasa. Kadang-kadang waktu malam JR pernah nampak musang berehat atas lantai wakaf di depan rumah:
Bulan lepas nampak dua ekor anak musang berada atas perabong porch rumah. Bila JR cuba nak ambik gambar anak musang yang sangat comel tu, ia lari masuk dalam siling hall...:
Mungkin musang banyak kat rumah sebab rumah JR berjiran dengan kawasan dusun buah. Musang memang suka makan buah cempedak, rambutan dan pisang yang diambik dari dusun di luar pagar rumah JR:
Perangai musang ialah siang dia tidur, malam dia berjaga. Kalau musim cempedak, perkara biasa nampak buah dan biji cempedak bersepah di luar rumah, terutama dekat porch setiap kali bangun pagi. Itu kerja musanglah yang berkelah dekat porch waktu tengah malam ketika JR, isteri dan anak-anak sedang tidur dibuai mimpi indah.
JR pernah melawak dengan isteri untuk buat projek ternak musang. Tak perlu apa-apa modal untuk buat projek ternak musang kerana musang memang dah banyak atas siling rumah. Yang perlu dibuat cuma JR kena pandai pujuk musang-musang tu supaya rajin-rajin buat anak dengan harapan dapat banyak anak, hehehehe....
Agak2nya kalau suatu hari nanti musang tu takde lagi mungkin JR rasa sunyi walaupun lega.... :)
ReplyDeleteAsalam ...tegap ya rumah JR..kukuh kelihatannya. tak apa nak menumpang teduh tu JR
ReplyDeleteAsalam ...tegap ya rumah JR..kukuh kelihatannya. tak apa nak menumpang teduh tu JR
ReplyDeleteSetuju! laman luas tu pula tanamkn kopi.... Kopi luwak! Heheee
ReplyDeletesinggah sini.. cantiknya rumah kayu.. xpenah tgk musang dr dekat
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteJR..seronoknya...bahagianya jika tinggal kat rumah mcm JR tu...binatang2 tu dah takde tempat berteduh kut..depa cari makan kat rumah JR..
biasa la tu bro JR, setiap kelebihan pasti ada kekurangannya :-)
ReplyDeleteMana2 pun ada pro & kontra tapi paling penting kita suka sangat tempat tu walaupun banya kontranya... Saya kalau dapat rumah gitu memang rasa dunia ini ana yang punya...ahahaha...
ReplyDeletemusang takpe lagi..tapi kalau ular tu, erm...
ReplyDeletebiasalah ada pro n cons kan dalam semua perkara
Rumah JR ke tu? Cantikkk..
ReplyDeleteSiap ada gazebo. Tempat berehat dengan anak isteri lah tu..
Jangan ditemani encik musang..sudahlah..
masa kecik2 dulu kat kg , bila dgr ayam kecoh di waktu mlm , maknanya si musang sedang ' menggegar ' reban ayam ...
ReplyDelete