Kejadian ini berlaku dua malam lepas di tengah-tengah pusat bandar Alor Setar, tak jauh dari Pekan Rabu.
Ketika banyak kenderaan sedang beratur panjang dekat traffic light yang berwarna hijau, sebuah kereta Vios hitam di belakang kereta JR membunyikan hon dengan agak nyaring. Bukan sekali bunyi hon, banyak kali... fedup betul. Agaknya dia minta JR lajukan lagi kereta sebelum traffic light bertukar warna dari hijau menjadi merah.
Kereta Vios hitam di belakang bunyikan hon lagi. Ini yang buat hatiku terbakar ni. Sekali hon dah le bro...ini sampai berapa puluh kali kau nak bunyukan hon? Memang pantang tok nenek aku dipaksa-paksa begitu. Nak laju macam mana lagi weeei, di depan pun ada kereta, tak ada ruang nak laju lagi. Aku bukan gila nak sondol kereta di depan supaya dia lebih laju!
Tersinggung dengan hon bertalu-talu itu, JR tekan brek kereta...kereta JR tak bergerak langsung! Apa lagi bunyi hon Vios di belakang makin kuatlah!!
Bila traffic light bertukar warna menjadi kuning dan kemudian hampir bertukar kepada merah barulah JR pecut kereta dengan laju ke depan. Vios di belakang tersangkut di depan traffic light, dia tak dapat melepasi traffic light yang dah bertukar warna merah. Padan muka!!
JR bawa kereta dengan tenang. Hati puas kerana dapat 'mengajar' pemandu kenderaan yang mempunyai hobi gila membunyikan hon.
Tiba di traffic light depan Kolej Sultan Abdul Hamid, terdengar lagi bunyi hon nyaring, betul-betul di sebelah kanan kereta JR. Hon lagi!!
Bila JR paling ke kanan ternampak sebuah kereta Vios hitam. Alamak... Vios hitam tadi dah kejar aku rupanya!
Kereta itu dipandu oleh seorang pemuda berkulit gelap berusia 20an. Penumpang di sebelah kirinya juga berkulit gelap, mukanya besar (mesti badannya sangat gempal) dan berjambang tebal macam Wak Doyok. Muka kedua-duanya nampak bengis.
"Mau mati ka...?" jerit penumpang kereta berjambang tebal dari dalam keretanya yang dibuka sedikit tingkapnya. Jeritannya sungguh kuat menerjah lubang telinga JR walaupun semua cermin tingkap kereta JR bertutup.
Ada lagi jeritan yang entah apa bunyinya lepas itu, sambil si-jambang mengacah-ngacah keluar tingkap keretanya objek besi berwarna merah - steering lock rupanya!!
JR cuma menjeling ke arah kereta Vios itu tanpa sebarang reaksi. Kalau mereka turun menyerang JR, tak tau pula apa nak buat. Yang pasti JR mungkin akan kalah. Mereka berdua, JR cuma seorang. Mereka ada senjata (steering lock dan entah apa lagi dalam kereta..), JR cuma ada tangan dan kaki. Mereka muda, badan besar-besar ala wrestler pula tu. JR pula bukan muda lagi, badan pula nipis saja. Kalau berlawan mesti aku lumat punya kena tenyeh!
Ketika traffic light bertukar warna hijau, kereta Vios itu memecut ke simpang kanan, JR pula meneruskan perjalanan ke jalan hadapan. Sempat jeling ke arah pemandu kereta yang sedang mengepal-ngepal penumbuk menghala ke arah kereta JR.
Mujur mereka masuk simpang kanan. Alhamdulillah...tak perlu lagi JR bertempur dalam satu pertempuran yang tak adil...
Alhamdulillah xda apa2...
ReplyDeletebgus gak di ajar cmtu.mcm keta dia sorang ja nk lalu
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSeram juga tu JR.. Alhamdulillah berlainan arah perjalanan tu..
ReplyDeleteRoad bully?
ReplyDeleteIsh...seram gak...
JR sorang dia berani la sound mcm tu... kalau dalam kereta JR ada 4 org lelaki , confirm dia buat senyap je.... org sekarang ni nak tunjuk samseng memang selalunya dalam berkumpulan.... klu sorang2 tak berani punya.
ReplyDeleteHaah betul tu.
Deletesaya cukup menyampah..geram..sakit hati dgn manusia berperangai mcm tu...mcm bapak depa punya jalan..
ReplyDeleteseram gak..
ReplyDeletesuami saya sibuk nak beli kereta power, katanya senang nak pecut lepas balas pembuli jalanraya. hehehee
kereta akak duk kena sondol dengan lori, nak kata ikut lorong salah, rasanya dah berada di lorong betul. mentang-mentanglah besar, sabor jerler... sepatutnyalah kepada yang berkuasa perlu pantau pembuli-pembuli jalanraya seperti itu.
ReplyDeleteambil no kenderaan tersebut, buat laporan polis, abis cerita....
Dalam kereta memang kena standby steering lock jugak. Hehe. Video pun kena ada senang nak rekod road bully macam tu.
ReplyDeleteAsalm JR minta lah agar JR berhati2 ya..banyakkan doa sebelum melangkah tu kalau kelaur malam..syukran tak ada apa2
ReplyDeletepembuli tu . klu mrk nak cepat krn emergency x pe la . tak perlu lah nak kepal tgn kan ... seriau gak baca ...
ReplyDeleteHana kalau org bunyi hon ni mcm dia je ada hon kita pun ada hon jg. Pepun alhamdulillah tidak terlibat dengan sebarang insiden yang tidak diingini.
ReplyDeleteMemang geram bila dalam situasi begitu, selalu yang buat Nurul geram disimpang trafik lite menuju ofc, semua org nak cepat, ade yang main masuk je, potong Q, dgn takde signal hape.. memang sakit hati sangat2.. Nurul bunyi hon je la.. nyaring dan lamaaaaa.. puas hati!! huhuuuu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteishh kt alor star jd cm tue...aihhs teruk betul adab
ReplyDeleteBangang betul mamat tu!
ReplyDeleteKalau aku yang kene, mamposlah lah ko.
Tengok sikit kat kete aku ada sticker askar.
Memang semua budak laki aku turun cari kau.
Haaa..garang tak saya, JR.
Saya pun dah banyak kali kene hon time banyak kete kat jalan.
Waktu tu saya sorang-sorang, tapi aku peduli apa...hon je kuat-kuat balik!
Betul kata Etuza, JR mai kita selalu amalkan doa /zikir pendinding diri. Insyaallah selamat dari segala macam bala.
ReplyDelete