JR ni orang Utara Semenanjung. Bagi kami orang Utara ni perkataan "keling" bermaksud orang India Muslim. Kalau orang India beragama Hindu pula kami orang Utara panggil mereka "Hindu". Perkataan India Muslim cuma wujud dalam buku dan akhbar, sebutan harian kami untuk orang India Muslim ialah keling.
Sebab itu bila ada orang India marah bila kaum India dipanggil keling JR agak hairan. Mengapa orang India marah jika dipanggil keling?
(sumber: malaysiakini)
JR bukan nak bela Ketua Umno dalam berita di atas, cuma JR tak paham mengapa perkataan keling begitu sensitif kepada orang India?
Banyak perkataan "keling" sebenarnya dalam kamus Melayu dan kamus Malaysia:
1. Banyak nama tempat berkaitan dengan keling, misalnya Tanjung Keling (Melaka), Permatang Tok Keling (dekat Pendang, Kedah), Permatang Keling (Seberang Perai Selatan) dan Jalan Masjid Kapitan Keling (Pulau Pinang).
Kalau perkataan keling itu menghina India mengapa mereka tak bantah nama-nama tempat itu dinamakan keling??
(sumber: penangtraveltrip)
2. Di Pulau Pinang ada sebuah masjid bernama Masjid Kapitan Keling. Masjid ini adalah merupakan masjid tertua di Pulau Pinang dibina pada abad ke-19. Mengikut sejarah, orang India Muslim sendiri yang menamakan masjid ini Masjid Kapitan Keling bagi mengingati peranan orang Keling (India Muslim) yang terlibat dalam pembinaan masjid ini. Kalau orang India sendiri menamakan masjid mereka keling mengapa pula ada orang India lain marah dan rasa terhina?
3. Di Utara juga ada sejenis kuih tradisional yang sangat sedap dipanggil kuih telinga keling. Ada juga yang panggil kuih ini kuih peniram. Kalau bab nama kuih ini dianggap sebagai sesuatu yang menghina orang India, JR sangat setuju. Ini kerana kuih ini dipanggil kuih telinga keling sebab bentuknya menyerupai telinga yang berwarna hitam, seperti telinga orang India... Memang ia sangat menghina, tapi mengapa sejak dulu orang India tak pernah marah pula dengan nama kuih ini??
(sumber: google)
4. Ada juga peribahasa Melayu mengenai keling, misalnya 'akal keling' maksudnya 'pandai menipu dengan kata-kata'.
Peribahasa ini juga JR kurang setuju kerana seperti menghina orang India (Keling), kononnya mereka suka menipu. Sedangkan perangai menipu ini ada dalam semua kaum kan..? Mengapa tak panggil akal Melayu atau akal Cina sebab orang Melayu dan Cina juga ramai yang pandai menipu?
Berbalik kepada soalan mula-mula tadi, mengapa orang India marah jika mereka dipanggil Keling? Sesiapa yang tahu jawapannya, tolong beri pencerahan....
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteini semua politik je..modal nak buat orang bergaduh...huhuhu
ReplyDeleteAsalam JR sensitif amat ya...bahaya juga sebut ni di area Etuza ..ada ramai india buka restoran sini juga..
ReplyDeleteisu ni pernah naik beberapa kali sebelum ni, juga berpunca daripada orang-orang politik.
ReplyDeletepada saya, dari sudut sejarah memang la perkataan `keling' tu ada makna tersendiri dan mereka patut berbangga. tapi zaman sekarang ni, orang melayu terutamanya di sebelah sini dah jadikan perkataan ni sebagai nama ejekan, sinis dan bersifat merendah-rendahkan. kadang tu sebut siap dengan bibir yang mencebik lagi. memang dah lari dari maksud asal.
jadi, rasanya elokla perkataan ni kita biarkan kekal dalam kamus je. apa yang penting, perasaan pihak lain mesti kita jaga. kita berkongsi hidup, bekerja, tinggal, membesar, cari makan dan mati di tempat yang sama dengan orang lain. berkongsi.
api sebesar gunung yang menjulang tinggi asalnya dari hanya percikan kecil je.
*sekadar pendapat...
pernah dpt roomate ank mami..kdg2 kalau sembang ngan kawan tersebut keling..marah betul dia
ReplyDeletekalau kat kelantan,semua hindu disebut Keling...ubi keling,pisang kelat keling..
ReplyDeleteNurul tau perkataan 'keling' sensitif diucapkan pada kaum india sebabnya, perkataan tu sinonim dengan unsur negatif(penipu, pembohong, pembelot) tapi Nurul juga mempunyai seorang kawan india, dia pun sering juga berkata " kalau keling tu keling juga laaaa!" bila marah pada seorang india yang lain.. huhuuu
ReplyDeleteSaya tau keling tu panggilan untuk india.
ReplyDeleteTapi, taktau pulak untuk india muslim.
cina klu dipanggil lancau dia marah, india dipanggil keling pn dia marah, melayu pulak klu dipanggil belacan pn marah, jdi kita dimalaysia ni hidup berbilang bangsa kne la jaga sensitiviti org lain bru la, bole hormat menghormati satu sme lain, btoi tak???
ReplyDelete