»

25 November 2014

Bila Dracula Si-Penipu Masuk Rumah Aku


JR memang minat tengok cerita Dracula sejak kecil lagi. Masa JR muda-muda dulu banyak  filem mengenai Dracula di tayang di TV.

JR juga pernah baca buku sejarah yang ceritakan bahawa watak Dracula memang pernah wujud. Dracula atau Count Dracula The Bloodthirsty Ruler  pernah menjadi pemerintah Transylvania sebuah wilayah di Romania. Dracula terbunuh dalam peperangan Salib ketika menentang Sultan Muhammad II atau Muhammad Al-Fateh atau orang Barat memanggilnya Mehmet II.

Tapi dua malam lepas Dracula telah masuk rumah JR....
Anak JR yang download filem Dracula ini. Dua malam lepas sementara nak tunggu waktu tidur, anak pasang filem ini di layar TV dalam rumah kami. JR dan isteri turut menontonnya.


Filem Dracula Untold sudah ditayangkan di pawagam Malaysia sejak Oktober lalu lagi. Pernah baca dalam paper gesaan dari seorang ulamak yang meminta filem Dracula Untold diharamkan di Malaysia kerana dikatakan menghina Islam.

Habis tengok filem itu, JR tak nampak begitu ketara filem itu menghina Islam. Tak kan kerana cop mohor Sultan Mehmet (Sultan Muhammad) bertulis karektor Arab, ia dikata menghina Islam? Tak kan kerana bendera hijau bertulis karektor Arab yang dikibar oleh tentera Turki ketika berperang dengan Dracula ia boleh ditafsir sebagai menghina Islam?

Tapi jika filem Dracula Untold digelar sebagai filem penipu dan filem pembohong sejarah JR memang setuju. Banyak sangat penipuan sejarah dalam filem Dracula Untold ini:

~ Dalam filem Dracula Untold, digambarkan Sultan Mehmet agak kejam dan zalim termasuk kepada kanak-kanak. Sedangkan mengikut sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh seorang yang sangat lembut, baik dan alim. Baginda bukan saja tak pernah meninggalkan puasa wajib dan solat fardhu tapi juga tak pernah tinggalkan puasa sunat dan solat sunat. Malah ada hadis Nabi yang menyebut akan lahir seorang putera dari Timur yang akan menakluki Constantinope dan mengalahkan kerajaan Rom. Dan orang itulah Sultan Muhammad atau disebut Sultan Mehmet dalam Dracula Untold ini.

~ Dalam filem Dracula Untold, Sultan Mehmet digambarkan sebagai seorang yang agak berumur (sekitar lewat 30an atau awal 40an), sedangkan Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang sultan paling muda dalam sejarah Turki. Baginda menjadi Sultan ketika berusia 19 tahun dan pada usia 21 tahun Sultan Muhammad berjaya menakluki Contantinople dan menukar nama ibu negara Rom itu kepada Istanbul. Seterusnya bala tentera Islam yang dipimpin Sultan Muhammad bergerak ke Eropah Timur dan menguasai Bosnia, Albania, Romania dan Hungary yang sebelumnya beragama Kristian. Sampai sekarang Bosnia dan Albania  masih kekal sebagai negara Islam di Eropah.
 
~ Dalam filem Dracula Untold, Count Dracula digambarkan sebagai seorang yang lemah lembut, romantis dan baik hati. Tapi mengikut sejarah, Count  Dracula sangat kejam terutama kepada orang Islam. Dia pernah membunuh berpuluh ribu orang Islam yang menjadi tawanannya, menjatuhkan hukuman sula (lubang punggung dicucuk dengan besi tajam hingga tembus ke lubang mulut) dan memotong payu dara tahanan wanita Islam.

~ Dalam filem Dracula Untold, Dracula dengan bantuan tentera iblis telah berjaya menewaskan Sultan Mehmet yang digambarkan kejam itu. Tapi mengikut sejarah Sultan Muhammadlah yang sebenarnya telah berjaya menewaskan Count Dracula. Sebagai mengenangkan kekejamannya terhadap orang Islam, mayat Dracula telah dipamerkan di kota Constantinople (Istanbul) selama beberapa minggu.

Kalau nak baca siapa Sultan Muhammad (Sultan Mehmet) sebenar, baca buku ini...

10 comments:

  1. Saya tak tengok lagi filem Dracula Untold ni JR..Rasa nak cari online pula movie ni..

    Yup, Sultan Muhammad Al Fateh...
    Barisan askarnya tak pernah tinggalkan solat malam..( solat wajib sah sah tak boleh tinggal)..Inilah yg diterapkan pada tentera2 Al Qassam yg zionis Israel takutkan..

    Saya rasa, dimaksudkan menghina Islam tu ialah apabila jalan cerita sejarah sebenar tentang kebaikan & kehebatan Al Fateh, di spin oleh Hollywood...

    Macam tu juga dengan cerita Black Hawk Down...kononnya US la yg hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn daddy ziyyad. Sbb penipuan fakta tu yg dikatakan menghina Islam. Tapi ulama yg mohon filem ni diharamkan tu, lagi la advance sebab lebih dulu dah tgk movie ni. Kalo tidak, mana dia tau filem ni menghina Islam.

      Delete
  2. Dah kalau si kafir yg membuat filem tu.. sah-sah lah dia kata dialah yg terbaik dan hero JR.. Oleh itu kita perlu ada ilmu supaya tak terpedaya dengan jalan cerita yg direka oleh mereka ni kan JR.. memang bagus Novel Sultan Muhammad Al Fateh ni JR.. saya pun ada membeli CD animasi Sultan Muhammad Al Fateh ni utk tunton anak2 saya.. jadi mereka tahu Sultan Muhammad Al Fateh ni sangat hebat orangnya..

    ReplyDelete
  3. itulah kot yang dimaksudkan menghina Islam..hebatnya pemimpin zaman dahulu kan..

    ReplyDelete
  4. orang2 kafir nie suka nak mengubah se. kalau org islam yg tak tahu sejaarah islam yg sebenarnya mesti akan terpengruh dgn cerita rekaan barat nie..muhammd al fateh nie idola sy..

    ReplyDelete
  5. filem barat, comfirmlah propaganda memenangkan barat.... harap2 ada pembikin filem Islam buat cerita sebenar mengenai Sultan Muhammad Al Fateh ni... nak harap pembikin filem malaysia, diorg sibuk buat duit dengan filem cintan cintun.

    ReplyDelete
  6. mereka memutar belit sejarah dgn berbagai cara..

    ReplyDelete
  7. Siapa yang buat filem tu? Kafirkan? Jadi mestilah dia nak tunjuk kehebatan 'kaum'nya...dan secara langsung memang itulah tujuannya - menghina Islam yang digambarkan kejam dan tidak bertamadun...

    ReplyDelete
  8. Saja nak pesongkan fahaman penonton lah tu..especially nak brainwash their children lah tu.

    ReplyDelete
  9. Filem mmg memainkn peranan yg besar dlm masyarakat moden, apa yang selalu ditayangkn, dimomokkan, lambat laun otak akan menerima sebagai betul walau terang2 salah dlm agama kita, tak payah tengok jauh, tengok sajalah drama yg dihidangkan setiap hari waktu maghrib tu..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....