Sedih juga bila JR baca catatan mengenai ayah bernama Chee ini. Chee seperti juga JR seorang marhaen, kami bukan VIP atau VVIP. Dan Chee juga seperti JR seorang ayah yang sangat cinta kepada anak-anaknya.
Dan dia juga seperti JR tentu tak percaya dengan kata-kata "Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah masa berada..". Mana mungkin kasih ayah cuma masa berada? Kasih ayah juga seperti kasih ibu hingga ke hujung nyawa, malah hingga nyawa sudah bercerai, seorang ayah akan tetap memperjuangkan keadilan untuk anaknya.
Baca ini:
(sumber: MalaysianInsider)
Beberapa fakta tentang kes ini:
~Chee Gaik Yap, gadis manis berusia 25 tahun sedang berjoging dengan adik perempuannya di kawasan reakreasi berdekatan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani pada 14 Januari 2006 apabila dia tiba-tiba dicolek. Keesokannya mayat Gaik Yap, graduan UUM ditemui dalam keadaan luka akibat tikaman dan tanda-tanda dia dirogol.
~Suspek utama kes ini, anak seorang Datuk, berjaya meloloskan diri ke Perth, Australia. Sejak itu polis sentiasa mengawasi pintu lapangan terbang seluruh Malaysia kerana kemungkinan suspek akan pulang ke Malaysia satu hari nanti.
~Pada
17 Januari, 2012, suspek bernama Shahril Jaafar, 33, ditangkap polis di KLIA ketika pulang ke Malaysia. Dia didakwa di Mahkamah Alor Setar membunuh Gaik
Yap dua minggu kemudian.
~Pada 25 Jun 2013,
Shahril dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar selepas mahkamah mendapati tiada bukti kukuh Shahril terlibat dalam pembunuhan itu.
~ Selepas saja Hakim membacakan keputusan tak bersalah terhadap Shahril, ayah si-mati - Chee Ah Sau - yang kecewa dengan keputusan Hakim, cuba membunuh diri dengan terjun dari balkoni mahkamah. Tapi dia sempat diselamatkan oleh orang ramai.
Sejak anak gadisnya dibunuh hingga sekarang - walaupun 8 tahun telah berlalu - setiap minggu Chee tanpa jemu akan pergi ke balai polis Sungai Petani dan Alor Setar dengan menaiki motor buruknya bagi mengetahui hasil siasatan polis terhadap kes pembunuhan anak perempuannya. Baginya perjalanan menaiki motorsikal 70 km dari rumahnya ke balai polis Alor Setar sejak 8 tahun dulu hingga sekarang tidaklah jauh kerana yang penting ialah mendapat keadilan untuk anak perempuannya.
Kasih ayah masa berada? Tidak...kasih dan cinta seorang ayah seperti kasih dan cinta seorang ibu hingga ke syurga, hingga ke hujung nyawa..
Moga beliau tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan itu..
ReplyDeleteZaman sekarang ni; kasih sayang, pengorbanan dan cabaran seorang ayah hampir tiada beza dengan seorang ibu...
ReplyDeletedpt membayangkan betapa pilu hatinya dgn keputusan itu . keadilan dpt dibeli dgn kebijaksanaan ... itulah masalahnya . yg pasti Allah ada utk membalas perbuatan jahat lelaki itu .
ReplyDeleteasalam..terkesan dengan cerita benar ini..semoga kita semua terhindar dari musibah bala bencana, anak2 kita selamat di dunia dan akhirat
ReplyDeletesiapapun yg berada dalam situasi si ayah..pasti kecewa...
ReplyDeleteAllah... sebaknya kakcik baca...
ReplyDeleteSemogi sipelaku yang tidak berhati perut itu menerima balasannya...
Terharu pulak pagi2 ni baca kisah kasih seorang ayah yang tak pernah luput kepada anak gadisnya walaupun sudah 8 tahun meninggal...
ReplyDeleteBukan senang nak melupakan orang yang kita kasihi selama ini pergi ..apa lagi perginya dalam keadaan tragis begitu...sesiapa yang pernah melaluinya memang faham sangat...
Sedihnya baca kisah ni. Kasih bapa juga sampai ke syurga. Cuma cara kasih syg bapa tu ditunjukkan lain dgn cara kasih syg ibu. Dalam kisah yg JR kongsi ni, betapa sedihnya hati seorang ayah, bila anak harapannya, yg dia jaga dan beri pelajaran, tiba satu masa org yg kejam dan jahat rampas macam tu je, malahan org tu masih bebas. Mmg sungguh tak terbela nasib rakyat marhaein.
ReplyDeleteSedihnya baca artikal ni.
ReplyDeleteBeliau seorang ayah yang tabah.
Malangnya pembunuh sebenar belum dijumpai.
Sekarang duit boleh beli segalanya.
Isteri pakcik saya yang beranak 3 juga dibunuh dengan kejam lebihkurang 20tahun lalu.
Suspect ada tapi sampai sekarang kes 'tergantung'.
Katanya mereka dari keluarga peguam.
Jawablah kat akhirat nanti.
Sedih bc kisah ni.... kasihnya ayh pada si anak.....
ReplyDeleteAkhirnya selepas 18 tahun tragedi berlaku, ke tali gantung juga engkau syaitan bertopengkan manusia.
ReplyDelete