»

03 November 2014

Sakit Lutut..Padan Muka!


Itulah degil sangat. Bini cakap tak mau dengar. Sekarang apa dah jadi...padan muka aku! 

Kata isteri, nak bersukan pun berpada-pada, tengoklah sama umur kita berapa. Janganlah berlagak macam orang muda bila atas ranjang padang.  Berpada-padalah...

Sebenarnya dah 3 minggu JR rasa kesakitan di bahagian lutut kiri setiap kali berjoging.  Tapi kerana joging dah jadi rutin harian sejak 20 tahun lalu, sukar nak hentikan aktiviti ini. Minggu lepas kerana lutut semakin sakit, masa berjoging terpaksa pakai bandage. Bandage pun bandagelah, namun joging tetap joging.


                       Bandage yang mula dipakai minggu lepas masa joging..

Tapi sejak Khamis lepas kesakitan terasa makin luar biasa. Bila diamati betul-betul, rupanya lutut kiri sudah membengkak, nampak urat hijau timbul. Solat mula terganggu terutama masa tahiyat, bila lipat kaki rasa sangat sakit. Akhirnya cara duduk masa tahiyat terpaksa diubahsuai sikit bagi mengurangkan kesakitan.

Tapi nasib baik juga masih boleh berjalan seperti biasa walaupun masa mula berjalan rasa juga sakit, tapi lama-lama hilang. Kesakitan paling terasa cuma ketika berjoging dan masa solat (waktu tahiyat).

Dan akhirnya semalam (Ahad) terpaksa pergi ke Klinik Bandar Alor Setar (klinik kerajaan). Takut juga kalau digagahkan, lutut semakin teruk.

"Otot lutut cedera ni.." beritau doktor lelaki Melayu berusia awal 30an itu sambil tangannya menyentuh bahagian lutut yang membengkak.

"Pasal apa otot cedera dok..?" tanya JR.

"Encik kata encik selalu berjoging kan..? Ahli sukan memang selalu kena macam ni. Aktiviti berlebihan boleh menyebabkan degenerative (penyusutan) tulang rawan.. Kalau dipaksa juga otot akan cedera. Tapi tak apa, saya rujuk encik ke unit fisioterapi."

"Untuk sementara ni encik cuba bagi peluang otot tu pulih dulu, jangan joging lagi sampai pulih..Sekarang encik pergi ke fisio.."

                 Tulisan doktor biasalah, memang sangat berseni..susah pesakit nak paham

Lalu JR pergi ke unit fisioterapi di tingkat sama untuk buat appoinment. Kata petugas di unit fisioterapi tarikh paling dekat boleh datang buat rawatan ialah pada 19 November ni..


19 comments:

  1. Perkataan yg 'strike out' tu je saya nampak. Hahahaha.

    ReplyDelete
  2. faham2..

    terjemahan sikit: sakit lutut kanan x 3 minggu, bla.bla.bla..

    ReplyDelete
  3. haa..ikut nasihat doc...jgn dok gagah2 pi jogging sementara lutut tu sembuh

    ReplyDelete
  4. ala siaannyer .mesti tension kan JR bila tak dpt meneruskan rutin kegemaran..tp betullah kata isteri tuh..kena jg n ikut keupayaan..:)

    ReplyDelete
  5. 2 faktor JR kena ambil kira:

    - regular jogging outdoor ( surface keras, maka hentakan lebih kuat pada semua sendi, terutamanya lutut...VS jogging in door iaitu atas treadmill, low impact)

    - umur ..hihihih..Memang proses umur meningkat menyebabkan proses degeneration pada sendi juga...kurangnya lubricant pada sendi lutut ( synovial fluids)

    Nasihat saya:

    - amalkan makan supplement glucosamine utk tambah synovial fluid & rawat cartilage yg rosak/ haus ..lagi bagus, kalau JR beli yg combination glucosamine + chondroitin...JR boleh pi tanya aja kat mana mana farmasi..sebab klinik kerajaan mmg tak akan bagi ubat ni ( bajet takdak..hahaha)

    - maybe JR kena consider alternating jogging outdoor, dan jogging atas treadmill

    - kena lah labur beli kasut jogging yg mahal :P

    Kalau makin teruk sakit lutut / berulang2, dan sukar nak lipat lutut especially masa solat, kena suspect ligament injury..yang ini kena buat further check up spt MRI lutut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas nasihat dok. Untuk makluman dok, atas nasihat kawan, saya dah beli glucosamine + chondroitin pada minggu lepas. Tapi hingga kini lepas 6 hari makan belum nampak kesan yg nyata. Mungkin pemulihan ambik masa kot, maklumlah glucosamine tu supplement, bukan drug. Apa pun, terima kasih atas nasihat dok...

      Delete
    2. Sama sama...
      JR kena makan berterusan...paling kurang ambil masa 4-5 bulan pengambilan, baru nampak kesannnya...sebab proses pemulihan itu lama

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Betul apa yang diisarankan DZ tu...bunda pun dah lama makan supplement combination glucosamine + chondroitin ni...sejak 2011 lagi..

      Delete
  6. Alahai..bersenam pun boleh sakit lutut. Hope JR cepat sihat. Susahkan sakit lutut ketika sembahyang. Ana yang muda ni, hari tu bengkak kaki..nak solat pun susah., deritanye Allah je yang tahu.

    ReplyDelete
  7. Demi kesihatan kenalah buat supaya lutut kembali sihat.

    ReplyDelete
  8. lbh baik rehat jer dulu . bimbang klu gasak jer terus jadi terus jem ... bdn kita ni mcm machine gak . makin lama semakin lemah .

    ReplyDelete
  9. maknanya tulang rawan saya masih ok....sebab saya dah lama tak jogging...hehehe

    ReplyDelete
  10. masa utk berehat tu..isyarat dah diberi. Kalau dah elok, nak sambung jogging kena kurangkanlah kekerapannya.

    ReplyDelete
  11. JR, jangan lupa pi fisio tau.
    Insyaallah membantu.

    ReplyDelete
  12. Sementara tu jangan paksa sangat penggunaan lutut tu.
    Memadai gerak2kan je..sebab taknak stiff pulak.

    ReplyDelete
  13. bagusnya masih lagi jogging... xmacam saya nie.. malas..ishhh kena joging gak la.. jaga kesihatan

    ReplyDelete
  14. ada lagi macam ni ke JR..tak najis ..cuma hati2

    ReplyDelete
  15. Heee,,, next time hati2 ya :) Semoga cpt sembuh JR :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....