Lima hari lalu JR ada bercerita tentang Bazaar Melayu Kemboja, Pendang, Kedah. Bazaar ini dibuka setiap hari Jumaat dari pukul 7 hingga 12.30 tengahari.
Pagi Jumaat lepas isteri ajak JR pergi ke Bazaar Melayu Kemboja di Pendang untuk beli pakaian muslimah. Selama ni dengar cerita tentang kemeriahan bazaar itu dari mulut orang saja. Sekarang nak pi tengok sendiri dengan mata kepala. Anak perempuan nombor 6 tu ikut sekali, katanya nak beli tudung dan dress.
Bila sampai ke Pendang, masalah nombor satu ialah kesusahan untuk dapatkan tempat parkir. Ramai sangat orang berpusu-pusu ke Bazaar Kemboja... Nasib baik naik Viva mudah untuk kami menyelinap di celah kereta lain yang bersaiz besar.
Pembeli memang ramai di bazaar tu. Mengikut cerita setiap hari Jumaat kira-kira 50,000 orang kunjungi bazaar itu. Bila ramai sangat memang rasa sangat tak selesa, apa lagi dalam keadaan cuaca matahari yang semakin meninggi. 85% pengunjung terdiri dari wanita, biasalah....
Lepas borong beberapa helai blouse, dress, tudung dan entah apa-apa lagi, isteri buat kesimpulan: sekarang kita tak payah susah-susah ke Vietnam lagi untuk dapatkan kain dan pakaian murah kerana Bazaar Melayu Kemboja menawarkan harga yang tersangat murah. Jimat duit, tak payah habis duit untuk beli tiket flight ke Vietnam, sewa hotel dan makan, segalanya ada di sini..
Mana tak murahnya, blouse yang biasanya dijual RM50 di Alor Setar, jenama yang sama dijual di sini pada harga cuma RM25, malah ada kalangan 120 penjual di bazaar itu cuma jual pada harga RM15 aje.. Kata isteri lagi upah menjahit di Alor Setar paling murah pun RM45, tapi di Bazaar Melayu Kemboja dengan wang sebanyak itu boleh beli 3 helai baju yang dah siap berjahit. Jimatnya!!
Ini antara beberapa gambar yang sempat JR kongsi ketika berkunjung ke bazaar itu Jumaat lepas:
Pengunjung sedang memilih pakaian yang sesuai dengan cita rasa masing-masing..
Sesetengah pakaian dilungguk begitu saja..pilihan banyak dengan harga termurah..
Yang ini harganya cuma RM20 sehelai
Yang ini lagi murah, cuma RM15 sehelai
Dress ini dijual pada harga RM25 sehelai. Dua helai RM45..
Ini juga RM25 sehelai
Tudung dijual pada harga rata-rata RM10 sehelai
Patutlah peniaga-peniaga Melayu yang jual pakaian di Pendang marah apabila bazaar ini dibuka. Harga jualan Bazaar Melayu Kemboja murah sangat sehingga kata peniaga-peniaga itu ia menjejaskan perniagaan mereka yang tak dapat menjual dengan harga semurah itu.
Sekarang dengar satu lagi Bazaar Melayu Kemboja akan dibuka berdekatan Stargate, Alor Setar. Sekarang dah mula dengar peniaga Melayu yang jual pakaian di Alor Setar membantah cadangan pembukaan bazaar itu. Biasalah...pembeli tentu akan lebih tertarik kepada material sama yang dijual dengan harga lebih murah. Lagi pun penjualnya adalah orang Melayu beragama Islam, walaupun ada yang berasal dari Kemboja...
Seriously murah gilaa. Boleh rambang mata ana dibuatnye. Muehehehe
ReplyDeleteKalau orang berniaga, sesuai untuk beli borong ni... :)
ReplyDeletekalau suami saya dia tak sanggup bersesak mcm tu...sanggup tunggu kat luar ja..:)
ReplyDeleteSesekali bolehlah pergi tempat macam ni sebab en. Suami jenis tak suka bersesak..
ReplyDeleteMr JR, dari satu segi mmg kita membantu sesama Islam tp dr segi yg lain, apa nasib peniaga2 tempatan/Melayu Malaysia yg hanya mengharap pendapatan dr berniaga ...terpaksa bayar lot, cukai pelbagai lg ... Dan adakah peniaga2 kemboja ini berlesen yg sah .... Sy npk dilema ini dihadapi oleh peniaga2 runcit di tpt saya, bersaing dgn peniaga bkn melayu, mamak n acheh ...akhirnya x dpt bertahan ...
ReplyDeleteMurah sesangat dah tu kalau 'potongan' lebih dari 50%. Gulung.tikar pulak peniaga Melayu nanti. Untung bagi yang dok Pendang. Kat Parit Buntar, Perak pun ada kan? Dulu mak ada pi.
ReplyDeleteKat N9 ni takdelah..sebab jauh sangat.
Haruslah susah untuk dapat parking kan..
ReplyDeleteKalau Jumaat je.dah cecah 50k orang.
Untung besaq orang Vietnam ni.
Kira dorang ni Islam lah, kan?
ya allah murahnya... saya balik kg hari tue x sempat lagi nk p bazar tue kt pendang... xleh jadi nie.. dok balik kampung xlalu ikut pendang..
ReplyDelete