»

18 November 2014

Mengapa Aku Curang Kepada Isteri??


Sebenarnya JR baca cerita ini dalam akhbar 2 hari lepas. Jiwa JR agak terkesan dengan apa yang dicoret oleh isteri itu dalam suratnya. Isteri itu bernama Mah mempunyai 3 anak bersama suaminya. Selepas beranak 3 baru rahsia suaminya terbongkar. Suami mengaku dia berkawan dengan seorang janda sejak 6 tahun lalu dan mereka sudah banyak kali terlanjur. 

Mah yang terkejut dengan pengakuan berani suami bertanya apa salahnya hingga suami sanggup curang dan berzina dengan wanita lain? Suaminya menjawab isterinya tak bersalah, isterinya sangat baik, malah dia sangat menyintai isterinya. Dia menduakan isteri atas satu sebab yang dia tak tergamak berterus terang menyebut di depan isteri. Tapi jika isterinya nak tau juga, si-suami akan tulis surat menceritakan mengapa dia berzina dengan wanita lain walaupun dia sangat menyintai isterinya.

Dan inilah kandungan surat suami itu:


Kalau korang nak baca surat lengkap dari isteri malang  itu boleh baca di sini...

Semoga kisah benar ini dijadikan iktibar oleh mereka yang sudah berumah tangga. Kadang-kadang lepas kahwin kita (bukan isteri saja tapi juga suami) terlupa menjaga penampilan diri.  Belum kahwin bukan main pandai bergaya, tapi lepas kahwin dah tak pandai menjaga bahasa tubuh...

23 comments:

  1. HIPOKRIT, saya langsung tak setuju, kalau betul seorang suami yang baik, dia akan terus bimbing dan beri teguran membina kepada isteri dari masa ke semasa.

    Apa2pun itu di antara alasan yang tidak munasabah dari insan bergelar LELAKI untuk pasang dua, tiga dan empat. Nafsu melebihi segala2nya dan surat itu adalah rekaan dari kaum ADAM semata2.

    Maaf JR, komen ikhlas dari seorang isteri & ibu bekerjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong umi alya!
      Kenapa tak berani tegur berdepan kalau sayang?

      Delete
    2. Kesimpulannya komen saya bukan secara emosional tapi hakikat yang perlu difahami oleh kaum adam.

      Lainlah dapat suami seperti JR, setiap pagi siapkan sarapan pagi untuk isteri dan anak2, pinggan mangkuk, kain baju semuanya JR bantu tapi secara realitinya berapa % seperti itu? (bukan nak puji tapi tak ramai yang memahami tugas dan tanggungjawab seorang suami yang sebenar)

      Delete
    3. Sokong kak Umi 200%. Takut JM nak kahwin ahahah

      Delete
  2. alasan si suami utk 'menghalalkan' perbuatannya...saya amat2 benci dgn lelaki spt itu...BERZINA..!! Ku igt dosa berzina tu ringan ke..

    ReplyDelete
  3. Kenapa tak berterus terang sahaja...dasar! Kalau dah buaya tu, buayalah juga...

    ReplyDelete
  4. Pandai sungguh pengarang surat ni nk naikkan whatever rating yg dia kejar....hihihi

    ReplyDelete
  5. Susah sangat ke nak berterus-terang..
    Salah isteri nampak di mata.. salah sendiri tutup mata..

    ReplyDelete
  6. Suami dayus!!!!geram betoi baca..JR jangan macam tu tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak macam tu cikgu... kalau tak caya tanya isteri saya...hehehehe...

      (Sebenarnya saya takut nak reply komen-komen di atas, semuanya emosional....)

      Delete
  7. Ramai betul yang marah... tapi kan... secara jujurnya la kan... mintak maaf cakap la ye... terutama kepada akak2, makcik2... apa yang diceritakan ni betul... kalau tak kena smash sekali camni, walalupun ditegur, ramai yang ambil remeh benda ni. Bila dah kena sekali macamni barulah nak tengok balik badan sekarang dengan 10 tahun dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat2 dengan komen Along. Ambik aspek positif dalam kejadian ini untuk memperbaiki diri, jadikan yg negatif itu sebagai sempadan..Bukan saja isteri tapi suami juga jangan ingat penampilan diri itu tak penting sama sekali dalam kehidupan berumah tangga....

      Delete
  8. biasanya kalau ikut pengalaman yg saya terima...mula2 tu bkn niat nak curang..tapi lebih kpd suka2..tapi bila dah dpt respon,mulalah syaitan memainkan peranan...kesimpulannya jgn coba2 nak menggatal..haha

    ReplyDelete
  9. Huiiiiihh..panjang betul surat tu JR...hahaha
    Nanti malam kang free2 saya mai baca balik nooooo

    ReplyDelete
  10. asalam..alamak, macam2 ya. Entah lah betul ke atau sekadar nak perhatian satu malaysia ni. Huuuu!!! wahai wanita tampillah cantikkan hatimu iman mu demi suami ada apa pada wajah sebenarnya. Iman hati yang baik tu yg murni bawa bahagia dunia akhirat..kecantikan adalah bonus saja JR.

    ReplyDelete
  11. klu mampu, kawen dua... tak perlu nak berzina. buat tambah dosa je

    ReplyDelete
  12. Bukan nak kata apa...
    Saya seorang doktor, pergi kerja memang bergaya..orang dok kata... "Waahh..pandailah Dr. Shikin berfashion...bla..bla..bla..".
    Tapi, kat rumah?
    Orang tau ke hakikatnya?
    Dari celik mata sampai nak pejam mata..kerja rumah jaga anak non-stop, memang x sempat nak berhias langsung.
    Kalau orang kata saya macam orang gaji pun saya terima..Dah memang betul!
    Mana ada masa nak berhias kalau suami x tolong satu benda pun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ringkasan je ni..
      Biarlah orang nak kata apa..
      The truth remains the truth,JR.

      Delete
  13. Jika lelaki mengahwini seorang wanita kerana KECANTIKAN nya..inilah hasilnya..hanya memandang kepad kecantikan luaran. Biasalah perempuan bila dah bersalin ada anak kemudian sibuk dengan hal urusan rumah tangga, ada masa diri sendiri tak terurus, tak sempat nk ke saloon, x sempat nk ber makup..jadi kepada lelaki di luar sana jgn itu yg korang cari kerana kecantikan x kekal lagi..jadilah seorang suami yg beriman dan bertanggungjawab jgn ikut NAFSU. Bantulah isteri di rumah, oleh itu si isteri akanada masa utk berhias

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul K.JM.
      Dok jaga anak dah berderet2.. Mane ada masa nak pegang eyeliner segala bagai.
      Suami, tolong beri space to wife.
      Jangan pandai nak itu ini, tapi memberinya tidak.

      Delete
  14. Takut nak komen pasal isu ni. Hehe. Ramai yang emosi... :D

    ReplyDelete
  15. Huhu...nak kena suruh isteri bacakan ni...haha

    ReplyDelete
  16. kedua-dua pihak kena ambil iktibar..susah nak cakap kan, sebab bukan kita yang kena.apa-apa pun, kalau betul suka, kahwin jelah, dari berzina.pfft!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....