»

16 November 2014

Spirit Of The Coin 2


Ini kali kedua JR nak cerita tentang permainan spirit of the coin. Kali pertama JR pernah ceritakan tentang spirit of the coin dalam blog ini ialah pada 28.6.12 seperti di sini.... 


JR tak tau sama ada korang pernah cuba permainan berpuaka spirit of the coin ini. Bagi yang belum pernah main, jangan cuba-cuba. Ini bukan permainan untuk dicuba-cuba!!

Masa zaman sekolah tinggal kat asrama dulu, JR dan kawan-kawan pernah main permainan ini seperti yang JR ceritakan dalam entri pada 28.6.12 itu. Kesan permainan itu masih  JR ingati hingga kini - sangat seram dan menakutkan! 

Mungkin zaman JR itu zaman jahiliyah, kami suka buat benda-benda yang kononnya untuk mencabar keberanian, tapi sebenarnya boleh menyebabkan akidah tergelincir. Guna spirit of the coin untuk mengintip rahsia yang manusia lain tak tau, guna spirit of the coin untuk mengintai masa depan yang sebenarnya cuma rahsia Allah, gunakan spirit of the coin untuk bercakap dengan 'roh orang mati' (sebenarnya jin!) bukankah ia perbuatan yang dilarang Allah?

Sebenarnya JR teringat nak cerita tentang game spirit of the coin ini bila 2 hari lepas kami anak beranak menonton video filem Ouija di rumah. Anak yang download cerita baru yang masih ditayang di pawagam itu ke layar TV kami, JR pun tumpang sekaki lah tengok....

JR tak nak buat review tentang filem Ouija ini. Kalau korang nak menikmati sebahagian adegan seram di dalamnya boleh tengok di sini...




JR rasa pengarah filem ini buat filem Ouija sebagai pesanan kepada penonton: jangan main-main dengan game spirit of the coin, ia sangat bahaya! Jangan jadikan jin, iblis dan setan sebagai teman permainan, jangan!

Masa JR ditimpa musibah lepas main spirit of the coin dulu, ustaz yang merawat JR menyindir: dalam dunia ini ada berbilion manusia, awat hang nak bermain dengan jin? Betul kata pak ustaz, di dunia ini ada 7 bilion manusia sebagai penghuninya. Kalau nak main apa-apa game pun, bermainlah dengan sebahagian dari 7 bilion manusia di atas muka bumi ini dan bukannya bermain dengan jin, iblis dan setan yang kerjanya cuma menyesat dan menyusahkan kita...

10 comments:

  1. saya tak berani nak tgk youtube tu...keseorangan kat rumah ni hehe

    terongat kes 7,8 th lepas...bdak2 hostel kat brunei kut...3 org meninggal..sorg sempat diselamatkan dek permainan ni...

    ReplyDelete
  2. Mujur x pernah try main mende ni... mcm syirik je..

    ReplyDelete
  3. bahaya..dulu masa dok rumah sewa,budak2 bilik atas selalu main.sampai bergelap..sanggup tu..huhu..

    ReplyDelete
  4. Mmg tak berani main lerr..

    ReplyDelete
  5. Asalam..setuju dengan JR ini peringatan agar semua genarasi muda ( remaja ) berhati2 permainan puaka ini

    ReplyDelete
  6. Asalam..setuju dengan JR ini peringatan agar semua genarasi muda ( remaja ) berhati2 permainan puaka ini

    ReplyDelete
  7. kat satu sekolah sini, pelajarnya telah di serang histeria selepas beberap orang bermain game ini.

    kononnya syaitan itu tak dapat kembali ke asalnya lalu merasuk pelajar lain.

    ReplyDelete
  8. Zaman budak2 dulu biasa tengok kawan2 main..sendiri tak pernah..

    ReplyDelete
  9. Ishhh..Nauzubillah tak pernah main benda khurafat macam ni.
    Erkkk..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....