»
Showing posts with label perempuan simpanan. Show all posts
Showing posts with label perempuan simpanan. Show all posts

18 November 2014

Mengapa Aku Curang Kepada Isteri??


Sebenarnya JR baca cerita ini dalam akhbar 2 hari lepas. Jiwa JR agak terkesan dengan apa yang dicoret oleh isteri itu dalam suratnya. Isteri itu bernama Mah mempunyai 3 anak bersama suaminya. Selepas beranak 3 baru rahsia suaminya terbongkar. Suami mengaku dia berkawan dengan seorang janda sejak 6 tahun lalu dan mereka sudah banyak kali terlanjur. 

Mah yang terkejut dengan pengakuan berani suami bertanya apa salahnya hingga suami sanggup curang dan berzina dengan wanita lain? Suaminya menjawab isterinya tak bersalah, isterinya sangat baik, malah dia sangat menyintai isterinya. Dia menduakan isteri atas satu sebab yang dia tak tergamak berterus terang menyebut di depan isteri. Tapi jika isterinya nak tau juga, si-suami akan tulis surat menceritakan mengapa dia berzina dengan wanita lain walaupun dia sangat menyintai isterinya.

Dan inilah kandungan surat suami itu: