»

27 November 2014

Hikayat Henfon Masuk Air...


Dah 5 hari JR pakai henfon antik lagi comel ni:


JR terpaksa pakai henfon comel di atas kerana henfon yang JR pakai sebelum ini dimasuki air:


                                               Bagaimana pula air boleh masuk? Misteri!!

Sampai sekarang masih tak terungkap misteri bagaimana air boleh masuk dalam Asus Zenfone 5 itu. Nak kata JR mandi laut atau mandi kolam dan henfon tu terendam sekali, tak juga. Nak kata henfon tu terselam dalam mesin basuh pun, tak juga. Nak kata JR sengaja rebus henfon tu untuk dapat kuasa magik lagi ler tidak...

Cuma henfon tu bermandi peluh pada Sabtu lepas, itu memang ada... Sabtu lepas hampir 4 jam JR bertungkus lumus buat operasi bersih kawasan luar rumah seorang diri. Bila operasi selesai peluh membasahi seluruh baju dan seluar. Sampai peluh boleh diperah...punya banyaknya peluh..hehehehe..

Tapi tak kan peluh pun boleh masuk dalam henfon hingga akhirnya henfon jadi gila? 

Apa yang pasti petang Sabtu itu henfon dah tak boleh guna. Nak buat callsms atau WhatsApp pun tak boleh kerana sistem dalam henfon tak dapat kesan sim card. Yang menakutkan bila on saja henfon ada keluar bunyi getaran agak kuat. Terpaksalah off henfon...takut! Takut esok masuk paper berita gempaq: "Lelaki melecur paha selepas henfon di dalam poketnya meletup"!

Dan petang Sabtu itu juga, JR terpaksa bawa henfon tu ke kedai yang JR beli dulu. Bila cover belakang henfon tu dibuka oleh Albert, budak Cina tu...adoiii..nampak kesan air di dalamnya. Bukan sikit kesan air, banyak juga. Dia lap macam mana pun bunyi getaran kuat di dalamnya masih tak hilang.

"Confirm.. henfon ni short!!" kata Albert.

"Warranty ada lagi kan..?" kata JR.

"Masuk air warranty tak cover. Kalau nak I boleh hantar ke technician. Esok technician akan telefon balik beritau boleh repair ke tak.."

Esoknya (Ahad) technician itu tak telefon JR pun. Hari Isnin baru dia telefon:

"Board henfon tu dah berkarat kena air, tak boleh pakai lagi. Sebab tu dia short. Kalau encik nak kami akan ganti board baru.."

"Berapa harga board baru?" tanya JR.

"Cuma RM280."

Cuma RM280...RM280 dia kata 'cuma'? 

Tapi aku ada pilihan ke untuk kata tidak? Kalau tak repair, simpan dalam musium (almari dalam rumah) boleh ke aku dapat beli smartfon baru lain dengan harga RM280? Mungkin boleh..banyak produk dari China di pasaran sekarang kan? Tapi dengan duit RM280 untuk dapatkan henfon baru 5" dengan ram 2 GB dan internal memory 16 GB seperti Zenfone 5 sangat-sangat mustahil.

Dan petang kelmarin JR pun pergilah ambil henfon yang dah siap dibaiki tu...

Korang nak tengok benda Allah bernama board yang harganya 'cuma RM280'  tu?

Inilah rupanya:



Keciknya board henfon...saiznya tak sampai satu jari pun...

Kecik-kecik cili padi
Walau kecik terpaksa beli...

24 comments:

  1. bila baca,saya pun heran..mcm mana hp dlm poket seluar JR boleh masuk air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau henset tu ada kotak hitam macam kapalterbang tentu misteri terjawab..

      Delete
  2. wap air kot.. :)

    ReplyDelete
  3. misteri betullah..tapi memang kos repair handphone lagi mahal dari beli baru..segala memori dalam hp ada lagi tak pas tukar board tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya hilang dihanyut air....

      Delete
  4. Hmmm...mungkin wap peluh tu JR....hahaha

    Tapi henfon zaman sekarang, mmg pondan !..hahahaha
    Zaman dulu punyai Nokia 3310, jatuh masuk dlm air laut, keringkan..boleh pakai lagi tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang kata Nokia 3310 kalau baling kena kepala anjing, anjing boleh mati, henfon sekarang pula dipijak anak anjing akan pecah habis skrinnya...

      Delete
  5. Ni mesti peluh macam kena siram air sebaldi nih..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah kena hujan lebat ketika henfon ada dalam seluar tak jadi apa pun, tak logik pula peluh sikit pun boleh masuk..

      Delete
  6. barang lama ni kalau dimasukkan barang baru di dalamnya takut takut tak 'ngam'....

    ReplyDelete
  7. Henfon saya tu tak lah lama sangat, baru beli dalam 3 bulan lepas...

    ReplyDelete
  8. apa nak buat... riwayat dia dah sampai situ walau baru 3 bulan... kena beli baru lah tu...

    ReplyDelete
  9. confirm..air peluh telah masuk dalam phone..phone skrg mmg sensitif

    ReplyDelete
  10. Baiklah...ayat melecur peha JR tu buat saya tergelak. Harapnya x jadi macam tu ye:)
    Cuma RM280?
    Saya pernah kena juga sumthing yang kena charga mahal macam ni..
    Tapi, macam biasa... Mulut saya akan otomatik cakap, " Ooooiii..mahalnyaa! Kenapa.mahal sangat? Ada warranty x? Cover berapa lama? Scope warranty? "
    Soklan memang macam bertih jagung..
    Pandai2 lah menjawab.
    Dah tiap hari kerja saya kena tanya bermacam-macam soklan kat patient sampai ketemu diagnosis.

    ReplyDelete
  11. Cover HP tu bocor kot.. Hehee..Apakata lepas ni beli sony Z series pula?

    ReplyDelete
  12. Sony Experia Z best tau JR....
    Ayat menggoda...hahaha..

    ReplyDelete
  13. boleh tumpang tanya.mainboard zenfone 5 berapa ya

    ReplyDelete
  14. boleh tumpang tanya.mainboard zenfone 5 berapa ya

    ReplyDelete
  15. boleh tumpang tanya.mainboard zenfone 5 berapa ya

    ReplyDelete
  16. boleh tumpang tanya.mainboard zenfone 5 berapa ya

    ReplyDelete
  17. boleh sy tahu dimana encik membaiki hp kerana sy juga ingin membaiki hp sy yg memasuki air.

    ReplyDelete
  18. kena tipu tu..tu charging board.bukan mainboard.xsampai 100 harga dia.bole google kalau xcaya

    ReplyDelete
  19. saya pn skrg tgh alami hp msuk air. sama mcm hp JR asus zen 5. betul2 sedih. sgt syg hp tu. nk hntr kedai tkt mahal. skrg tgh usahakan ltk dlm beras 2,3 hri dlu ikut tips.

    ReplyDelete
  20. sy pun dah 3 haqi fon oppo f7 antq kedau repair.. akibat oqg bsuh baju flm mesin ,sy xsengaja p bbuh fone dalam mesin bsuh.. mmg tqiak laaa bqu ja bli sbulan.. dan ketika itu..hilang arahkuuuuu... nk tny sgala apa dlm fon tu akan hilang ka kalo siap perbaik nnt? sygnya gambaq ada 4000 lebih dlm tu... uwaaaaaaa sedihhhh btoiii

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....